H² = 19

124 31 21
                                    


🇵🇸🇵🇸🇵🇸


3 Mei 2024, Jumaat; 8:00 pm

Mimbar di kanan tempat sujud imam menyapa pandangan. Seketika dia melilaukan pandangan ke setiap penjuru di dalam rumah Allah itu. Kalimah suci al-Quran yang elok diukir di bahagian kubah nyata membuatkan lelaki itu kagum buat seketika. Angin yang sejuk datang dari penghawa dingin tidak sekalipun mengganggu tumpuan lelaki itu untuk mengagumi reka bentuk di dalam masjid itu.

"Kim kau tengok tu Kim."

Adma menepuk lutut Kim yang sedang bersila di sebelahnya. Dari tadi dia cuba mengalihkan tumpuan Kim dari duduk termenung tengok karpet solat. Sejak habis solat Maghrib tadi sahabat dia dah macam tu. Riak muka Kim lepas balik dari hospital memang tak dapat ditafsirkan. Risau member sorang tu kena sampuk ke apa, terus dibawa solat Maghrib berjemaah ke masjid.

Kim masih di dalam dunia sendiri. Masih terimbau semula memori di hospital tadi.


Sebaik saja meletakkan dulang makanan ke dalam bilik Haifa, Misi melangkah keluar dari bilik itu. Kim yang masih menunggu di situ menegur. "Err Misi."

Misi berhenti berjalan dan menoleh ke Kim.

"What's wrong with err... Haifa?" Sambil melafaz, Kim tunduk. Rasa bersalah mula menghantui diri.

"Boleh saya tahu awak ni siapa?" Misi senyum kekok.

"Err. Friend. Her friends."

Misi pandang Kim atas bawah. Eh? Unbelievable. Walaupun Kim mengenakan mask muka, Misi dapat menduga kekacakan paras rupa Kim hanya dengan memandang separuh daripada wajahnya. Rupa kacak seperti orang Korea ni, lebih kepada kekasih daripada kawan...

"Maafkan saya, dia... tengah koma sekarang. Ada masalah dekat peparu."

Tak semena-mena riak wajah Kim jadi pucat. Tak percaya dengan apa dia dengar. "Peparu? What happen to her lungs?"

Misi menundukkan sedikit kepala. 

"Kami dapati ada banyak asap terperangkap dalam peparu dia. Macam peparu perokok. Tapi parent dia emphasise kata Haifa tak pernah merokok. Sebab Haifa alergik dengan asap rokok. Jadi, dengan keadaan dia sekarang ni, pihak hospital kena pantau dia sebab bila-bila masa je dia boleh kritikal." 

"Dia bangunkah tadi?"

Misi tersenyum kelat. "Dia koma sekarang. Dah hari ketujuh."

Lidah Kim kelu tak tahu nak cakap apa membuatkan lelaki itu menekur lantai. Mukanya bertukar pucat. Kalau ditoreh, darah takkan keluar.

Dalam ruang legar hospital tu terasa hanya ada dunianya sendiri. Sekeliling mereka ibarat tiada orang. Dunia di mana hanya ada dia dan Haifa sahaja. Dia sedang berdiri di ruang legar itu, manakala Haifa sedang 'lena' di atas katil di dalam biliknya. Hanya mereka berdua.

Did this happen because of me?


Memori dia merokok semasa dia di dalam tubuh Haifa.

Memori dia sanggup meminta sebatang rokok daripada seorang pak cik random di kedai mamak.

Memori dia sengaja abaikan mesej Haifa semasa dia sedang menikmati setiap sedutan rokok.

Segalanya berputar balik di dalam minda.

Tik!

Air mata tiba-tiba menitis di atas paha Kim. Kim kembali ke alam nyata. Adma yang dari tadi perhati di sebelah, menjerit terkejut.

H Squared ✓Where stories live. Discover now