ғ ᴀ ʜ ɪ ᴍ | 37

135 11 0
                                    

    FAHIM memimpin tangan kecil milik isterinya sehingga ke ruang tamu, kedengaran suasana yang meraih diluar rumah tak lupa juga kaum-kaum Hawa yang sedang berbual sambil memasak di dapur.

"Abang, Liya kena pergi dekat dapur ni nanti apa pula orang cakap kalau Liya ni asyik berkepit dengan abang je"
Fahim memandang isterinya sebelum dia tersenyum nipis
"Ok, elok-elok tau"
Liyanna mengangguk sekilas sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Fahim sempat dia mengucup sekilas belakang tapak tangan Fahim.

Fahim berjalan menuju kearah sekumpulan lelaki yang sedang menyusun kerusi sambil berbual.
"Fahim, lama aku tak jumpa dengan kau sejak ada isteri ni"
Satu suara menyapa gegendang telinga Fahim lalu dia memusingkan badannya ke belakang kelihatan seorang figura lelaki iaitu Afiq atau lebih tepat sepupunya.

"Eh Fiq, aku ingatkan siapa tadi"
Mereka melagakan bahu sesama sendiri
"Makin sihat kan kau sekarang ni Fahim"
Afiq memandang Fahim dari atas hingga bawah

"Mesti, Aku kan bahagia sekarang"
Terletus tawa kecil di bibir Fahim apabila melihat sepupunya membuat wajah cemberut.

"Macam lah kau sorang yang dah kahwin"
Ingat dia tak ada isteri ke, eh hello padahal dia dulu kahwin daripada Fahim siap ada seorang anak lagi.

"Aku tak cakap pun yang aku sorang dah kahwin. Isteri dan anak kau dekat mana?"
Sudah cukup 2 tahun Afiq sudah berkahwin dengan isterinya dan setahun selepas itu mereka dapat meminang seorang cahaya mata lelaki yang bernama Aqif.

"Ada dekat dapur"
Fahim mengangguk sebagai jawapan sebelum mereka menyambung perbualan sambil menolong apa yang patut.

   "HAI awak Liya isteri Fahim kan?"
Liyanna yang sedang membasuh pinggan terus mengangkat wajahnya apabila mendengar namanya diseru oleh seorang wanita. Dia melihat  seorang figura wanita yang sedang tersenyum manis kearahnya sambil mendukung seorang bayi lelaki.

"Haah, er awak ni siapa?"
Liyanna menutup paip singki itu sebelum dia mengelap tangannya yang basah di menggunakan kain yang tersedia disitu.

"Saya Aira isteri sepupu Fahim, jom lah kita duduk berborak"
Liyanna tersenyum sebelum mereka melabuhkan punggung diatas kerusi.

"Liya umur berapa sekarang?"
"Liya baru umur 21 tahun ni"

"Muda lagi, Jadi Liya kena panggil Kak Aira lah dekat saya sebab Kak Aira dah umur 25 tahun ni Abang Fiq pula 26"
Kak Aira tersenyum manis kearah Liyanna.

"Oo, berapa bulan dah anak Kak Aira ni?"
Ralit Liyanna menilik wajah yang bersih milik bayi lelaki yang berada dalam dukungan Kak Aira .

'Comel!'

"Baru 3 bulan, Aqif namanya"
"Oo, com-"
Tidak sempat Liyanna ingin menghabiskan percakapannya tiba-tiba satu suara wanita datang menyampuk.

"Terdesak sangat ke nak anak?"
Liyanna tersentak apabila kata-kata Maksu Selina menghiris hatinya.
Kak Aira terus menggelengkan kepalanya, kenal sangat Maksu ni macam mana.
"Eh apa pula maksu cakap macam tu dekat Liya, mungkin bukan rezeki diorang lagi"

"Kau tak payah nak bela sangat perempuan ni, dahlah mandul!"
Serentak itu Maksu Selina melangkah pergi meninggalkan dapur tanpa dia sedari Fahim yang berada di belakang pintu dapur itu mendengar segala herdikannya terhadap isterinya sambil mengetap rahangnya dengan kuat.

"Astaghfirullah al-azim, Liya tak payah ambil hati sangat lah dengan Maksu tu"
Kak Aira memandang Liyanna dengan pandangan yang bersimpati sebelum tangannya naik mengelus bahu Liyanna dengan lembut.

Liyanna menggelengkan kepalanya sambil tersenyum hambar
"Liya nak pegang Aqif sekejap boleh tak Kak Aira?"

"Eh boleh!"
Bayi lelaki itu bertukaran tangan, Liyanna melihat wajah Aqif yang sedang lena dibuai mimpi. Dia bukan tidak menginginkan anak akan tetapi dia masih lagi tidak bersedia lagi-lagi doktor tidak menyarankan dia untuk mengandung dalam masa terdekat kerana ia boleh menjejaskan kesihatannya. Tanpa sedar air matanya jatuh setitis di tepi pipi Aqif lalu dengan pantas dia mengelapnya.


    "LIYA boleh tak tolong nenek buat air? Nenek nak pergi Mandi kejap"
Nenek Kasmah menyuruh Liyanna yang baru selesai membasuh pinggan untuk membuat air.
"Boleh nek"
Tanpa bantahan Liyanna terus mengambil satu jag kaca yang tersusun didalam almari itu dengan penuh berhati-hati.

Sedang dia mengacau air tiba-tiba satu suara perempuan yang dibenci olehnya menegurnya dari belakang.
"Kak Liya"
Liyanna terus berpaling kearah Nellysha sambil mengangkat sebelah keningnya sempat dia melihat Nellysha yang sedang tersenyum sinis kearahnya.

Nellysha mengambil jag kaca yang di isi oleh air sirap yang baru dibuat oleh Liyanna.
Dihempasnya jag itu diatas lantai dengan kuat.
Nellysha mengambil satu serpihan kaca lalu dia menoreh kakinya menggunakan serpihan kaca itu.

Terbeliak mata Liyanna tatkala melihat Nellysha yang tidak berperasaan menoreh kakinya sendiri belum sempat Liyanna ingin menolongnya tiba-tiba Nellysha meraung dengan kuat sehinggakan orang yang berada diluar rumah turut melihat adegan yang berlaku didapur.

"Tsk, Kak Liya ni kenapa tolak Nelly!?"
Maksu Selina yang berada di ruang tamu terus melangkah kedapur apabila mendengar suara anaknya yang sedang meraung.

"Ma tengok ni Kak Liya tolak Nelly, Nelly nak tolong dia buat air je tapi tiba-tiba dia tolak Nelly"
Liyanna terus membulatkan matanya sambil menggelengkan kepalanya
"T-ta-"

Tanpa sempat Liyanna menghabiskan ayatnya Maksu Selina terus menolaknya sehingga tubuhnya tersembam ke belakang

















VOTE AND COMMENT
APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS INI HEHE

Fahim:Attractive Husband [OG]Where stories live. Discover now