Bab 6

18 1 0
                                    

2023

Sibuk suasana di lapangan terbang antarabangsa itu. Langkah Faradhiya di atur kemas menuju ke kereta yang menunggu ketibaannya. Walid, umi dan Uzair di larang untuk menyambut kepulangannya di lapangan terbang. Dia hanya mahu berjumpa keluarganya di rumah sahaja.

Perjalanan pulang dari lapangan terbang ke rumah keluarganya memakan masa yang agak lama kerana kesesakan lalu lintas. Matanya ralit memandang ke luar tingkap. Tiada apa sangat yang berubah dengan pemandangan di luar. Kota ini semakin penuh dengan bangunan tinggi, menara pencakar langit, serta bingit dengan bunyi enjin dan hon kenderaan. Kota ini tetap bising.

Namun, seorang Faradhiya telah berubah. Paling jelas di bahagian penampilan, pakaiannya lebih longgar dan labuh. Stokin tangan dan kaki kini sebahagian wajib dari pakaian. Dia lebih selesa berjubah dan mengenakan abaya, mudah dan menutupi. Bukan sahaja badan yang ditutup elok, hati dan emosinya juga.

Jika dahulu wanita itu disegani dan dihormati. Kini, dia disegani, dihormati dan ditakuti. Pandangan dingin yang dihantar mampu menimbulkan perasaan gentar. Sekali dia buat keputusan, tiada guna merayu. Paling seram adalah intonasi yang tidak berubah, muka tidak berperasaan apabila dia sedang marah. Banyak yang lebih rela diamuk dan di maki daripada di marahi dengan cara Faradhiya. Senada tapi merendah-rendahkan. Mampu mematahkan semangat orang.

Dia selesa begini. Menjadi seorang yang sukar didekati. Kalau tak dekat, tiada hubungan, tiada emosi terlibat maka dia tidak akan disakiti lagi. Tembok pertahanan Faradhiya kini sudah menjadi keluli besi. Jika orang merasakan mereka kenal siapa Faradhiya, patut fikir semula.

Kepulangannya ke rumah agam Tan Sri Faizal disambut dengan air mata umi dan pelukan erat walid dan Uzair.

"Subhanallah makin cantik anak umi." wajah Faradhiya diusap. Tangan tidak dilepaskan. Rindu sungguh dia terhadap anaknya selepas tiga tahun dia membawa diri, memilih untuk mengurus dan membangunkan anak syarikat di Jepun.

Selesai sahaja misinya, dia pulang. Walid juga sudah tidak larat untuk bekerja. Baginya cukuplah tiga tahun walid dan Uzair menanggung beban kerjanya. Sudah tiba masa untuk dia pulang.

"Jom masuk. Umi dah masak ketam masak lemak cili padi untuk kamu" diheretnya Faradhiya ke dalam rumah. Membiarkan Uzair untuk mengangkat bagasi.

"Kakak balik je terus Uzair kena buang. Nak merajuklah macam ni." omel seketul Uzair perlahan.

Riuh tengah hari itu bila keluarga kecil itu lengkap ahlinya. Makan tengah hari bersama sambil masing-masing rancak bercerita. Perihal 3 tahun lalu lansung tidak disentuh, lebih selesa untuk melupakan.

_____________________

"Good morning, welcome back Cik." sapa Aida teruja. Faradhiya mengambil keputusan untuk mengekal Aida sebagai pembantu peribadinya. Aida yang telah berkhidmat untuknya saban tahun. Dari dia mula memegang jawatan di Equil dan tetap setia mengikutnya ke Jepun sewaktu dia lari membawa dari ke Jepun. Jawatan baru yang dipegang olehnya memerlukan bantuan dari orang yang cekap dan memahami setiap kehendaknya tanpa perlu disuruh. Aida ialah orang yang tepat.

"Assalamulaikum, Aida. Excited betul awak. My schedule, please." pandangan lembut di hantar ke arah Aida yang berjalan di sebelahnya. Hari ini dia mengenakan suit Muslimah berona biru gelap, ditempah khas menurut permintaanya. Labuh dan longgar namun masih kelihatan professional, digayakan dengan bawal bulat biru cerah yang labuh menutupi dada. Kemas dan elegan.

"Sure, Cik. Fairly empty today. Your first guest dah sampai harini. Wakil dari Armada. Newly appointed COO, anak Ku Ghazali. Ghaz Ukasyah. Pukul 10 meeting dengan BoD. Lunch Cik kosong, boleh date dengan saya. Pukul 3 online meeting dengan wakil anak syarikat. Pukul 5 last meeting dengan team Cik for your new position." Terang Aida.

TemuWhere stories live. Discover now