Bab 22

17 0 0
                                    

Ketukan di pintu mematikan pergerakan Faradhiya yang dari tadi asyik dengan komputer. Jam dinding dikerling, 12 tengahari. Sepatutnya dia tidak ada sebarang temu janji sekarang.

"Aida, Cik." Berkerut sedikit dahinya hairan.

Kenapa Aida tidak guna interkom sahaja?

"Masuk." Seraya mendengar arahannya, Aida masuk dengan satu fail putih yang dipeluk rapat ke dada. Fail tersebut kemudiannya diletakkan di atas meja.

'Alam Indah' Besar tulisan di muka fail tersebut. Kepala diangguk tanda faham. Ini adalah fail maklumat tentang Alam Indah yang diminta oleh Faradhiya tempoh hari. Kaca mata dicapai kemudian disarungkan ke muka.

"Brief me." Arah Faradhiya sambil tangan mula menyelak isi fail.

"Alam Indah was established in 2018. They first dabbled in digital marketing for housing and properties, they got into the properties and architecture in 2021, exactly 2 years ago. They have been successful since then. Very successful. They first got the project with the Ministry of Works, which is a massive project for such a young company. Since then, they have been labelled as a new and upcoming company in the industry." Lancar sahaja Aida membacakan maklumat dari tab miliknya. Faradhiya pula sekadar mengangguk tanda dia sedang mendengar sambil matanya laju membaca senarai projek Alam Indah.

"CEO?"

"President and CEO. Shauki bin Ali, 31 years old, graduated from Oxford with MBA. Right after his graduation, he opened up Alam Indah. He was 26 at the time." Nafas dihela selepas dia berjaya menjawab soalan majikan. Nampaknya Faradhiya sudah masuk mod inspektor.

"MBA from Oxford at 26 the his own company?" terjongket kening Faradhiya mendengar profil Encik Shauki.

Universiti Oxford bukan calang-calang universiti. Sangat terkemuka, syarat kemasukan bukan hanya kepintaran dan profil diri yang cemerlang tetapi juga duit.vOxford tidak murah, kebanyakkan pelajar di sana datang dari keluarga yang sememangnya berharta.Sesetengah ibu bapa pelajar di sana ada yang menggunakan lubang kecil dengan menderma sejumlah duit yang banyak, demi memastikan anak mereka dapat menuntut di universiti itu. Jadi amat hairan bila Encik Shauki yang tidak mempunyai data keluarga, mampu untuk belajar di universiti tersebut tanpa sebarang biasiswa.

"Oxford University fresh grad, then he start up a company. Datang dari mana duit dia?" Jarinya semakin kuat mengetuk permukaan meja. Terlalu banyak benda yang pelik tentang Encik Shauki. Terlalu banyak bendera merah sehingga menimbulkan tanda tanya.

"Apparently he got a private sponsorship for Oxford." Jawab Aida sambil memerhati sahaja tingkah laku majikannya. Tahu yang otak Faradhiya sekarang ini sedang bekerja lebih masa.

"That's only for his education. Still doesn't explain how he can start up a company with more than 10 workers. Siapa taja dia ke Oxford?" soal Faradhiya lagi.

"An individual called Ahmad Burhan bin Ahmad Kamal. Tapi kalau ikut rekod, dia dah meninggal dunia lima tahun lepas."

"Sebelum atau selepas Alam Indah?"

"Tiga bulan sebelum." Naik lagi kening Faradhiya mendengar jawapan dari Aida.

"How convenient. Do we have any information on Ahmad Burhan net worth?"

"Estimated, 4 million Ringgit Malaysia." Terjawab juga datang dari mana duit modal Alam Indah. RM 4 juta adalah satu jumlah yang lebih dari cukup untuk dijadikan modal untuk syarikat rintis. Ia juga menjawab persoalan bagaimana Alam Indah mampu menyara 10 pekerja pada awal penubuhan syarikat mereka.

"Kita ada maklumat ke tak tentang hubungan Encik Shauki dan Ahmad Burhan?"

"Nothing except the sponsorship." Mendengar jawapan pembantunya, Faradhiya menyandarkan diri ke kerusi. Kecewa.

TemuWhere stories live. Discover now