Suara yang merdu memenuhi ruangan itu. Nyanyinya dengan tengah sambil mata merenung satu masa yang bergerak cepat. Tapi fikirannya teringat akan kenangan mereka dahulu.
"...just gonna stand there and watch me burn?.." dengan tenang dan sepi Dahlia menyanyikan lagu yang bertajuk 'Love The Way You Lie'.
Lagu yang dia selalu dengar dan bernyanyi dengan perasaan yang sepi. Lagu yang membuatkan hatinya merasa dalam apabila mendengar lagu ini.
Setiap kali dia didera , dipukul, dipaksa dan tidak lupa semasa hatinya terasa kecewa hanya lagu ini yang mampu membuatkan dia fahami dirinya sendiri.
"..Well, that's alright.." nyanyi Dahlia bersama air mata yang mula menitis saat dia bernyanyi terselit kenangan dia bersama Xavier.
"....because I like the way it hurts..."
"Just gonna stand there and hear me cry.." terbit senyum nipis Dahlia memandang perutnya yang hampir sarat sambil dia mengusap perlahan perutnya itu.
"..well,that's alright"
"Because I love the way you lie"
"I love the way you lie" Dahlia mengangkat kepala memandang waktu pada bende dihadapannya.
Benda yang bakal membakar tempat ini bersama dirinya dan anaknya.
Dahlia tersenyum.
"Mummy minta maaf sebab baby tak sempat nak tengok daddy untuk kali terakhir" getus Dahlia apabila melihat waktu mesin pemgeboman kian ke penghujung.
Hampir tinggal beberapa saat lagi bom itu akan meletupkan tempat ini.
5 saat.
4 saat.
3 saat.
2 saat.
1 saat.
Dan......
Ting! Ting! Ting!
Bom itu berbunyi kuat gerangan masanya sudah ke 0 saat.
"Lia minta maaf ,abang" guman Dahlia dengan perlahan dan dia menutup matanya perlahan sambil memeluk dirinya.
BOM!!!
Hampir seluruh barisan kedai itu meletup dan terbakar. Ramai orang yang menjerit gerangan menerima letupan bom yang mengejut itu.
Selang beberapa minit. Bunyi ringtone bomba yang datang untuk memadam api-api yang kian membara dan ada beberapa anggota bomba yang lain bertugas untuk membawa keluar mangsa kebakaran yang terperangkap di dalam kedai-kedai tersebut.
Dahlia yang terasa pening di kepala kerana dahinya terhantuk pada bucu meja selepas bom itu meletup.
"Ahuk..ahuk...ahuk" terbatuk Dahlia apabila menghidu asap-asap yang kian memenuhi ruangan ini.
"Auch" adu Dahlia apabila kakinya terasa sakit.
Dahlia memandang ke arah kakinya yang berasa sakit. Terdapat kayu yang masih merah kejinggaan jatuh terkena pada kakinya itu.
Mata cuba mencari sesuatu yang berada berdekatannya untuk dia cuba mengalih kayu yang terbakar di atas kakinya itu.
Handbagnya menjadi senjatanya untuk mengalih kayu itu.
"Aduhhh...ahuk.." Dahlia menolak tubuh ke belakang menjauhi daripada api-api yang kian membara di ruangan kedainya itu.
Tudung shawl yang dipakainya digunakan untuk menutup mulut dan hidungnya bagi mengurangkan dia menghidu asap-asap .
YOU ARE READING
My Dahlia [SS] | ©️
Non-Fiction𝑊𝑂𝐶 𝑆𝐸𝑅𝐼𝐸𝑆 𝑆𝐴𝑀𝑃𝐼𝑁𝐺𝐴𝑁 𝓧𝓪𝓿𝓲𝓮𝓻 𝓐𝓭𝓻𝓮𝓪𝓷 𝔁 𝓓𝓪𝓱𝓵𝓲𝓪 𝓐𝓻𝔂𝓪𝓷𝓪 Dahlia Aryana. Dipaksa bekerja di kelab malam oleh ibu kandungnya sendiri. Berhari-hari dipaksa memakai yang tidak senonoh dan melayan kaum lelaki yang had...