PROLOG

3.2K 104 7
                                    


Dari jauh kelihatan seorang budak perempuan yang berumur 12 tahun sedang berdiri tegak di hadapan pintu kelas tarian Ballet yang terukir cantik. Nafasnya ditarik dan dihembus beberapa kali sebelum pintu kayu itu dikuak perlahan.

Matanya terpegun sebaik melihat setiap tindak tanduk beberapa budak perempuan yang sebaya dengannya. Masing-masing sedang memanaskan badan dengan pelbagai gerakan tarian yang telah dipelajari.

Bibir budak perempuan itu tersenyum nipis. Badannya dibongkokkan. Tali kasut ballet yang dipakainya dikemaskan sebelum badannya ditegakkan kembali.

"You can do it!", bisik hatinya.

"Hello, I'm a newcomer", perkenal budak perempuan itu.

Sebaik sahaja si gadis bersuara, semua mata budak perempuan yang berada di dalam kelas itu fokus padanya. Masing-masing mula tegakkan badan.

Budak perempuan itu hanya melontarkan senyuman mesra. Wajahnya nampak tenang, tetapi tidak cik jantung. Dia takut akan penerimaan mereka semua.

"What's your name?", soal seorang gadis yang rambutnya disanggul gaya knots bun itu. Warna rambutnya agak perang.

"Qiss. Qiss Medina", perkenal budak perempuan yang bernama Qiss Medina itu. Senyuman masih tidak lekang dari dua ulas bibir merah bak delima itu.

Budak perempuan yang menyoal tadi mula memerhati Qiss Medina dari atas sampai bawah. Rambut coklat keperangan yang disanggul gaya messy bun, anak mata hazel, hidung kecil yang mancung dan dua ulas bibir merah bak delima.

She's beautiful.

Bisik hati budak perempuan itu. Bibirnya mula membalas senyuman Qiss Medina. Tangan dihulurkan untuk bersalaman.

"Nice name. I'm Emelda", perkenal budak perempuan itu. Salam bersambut.

Fuh lega!

Bisik hati Qiss.

"Where are you from?", soal Emelda.

Qiss memandang budak yang bernama Emelda itu seketika.

"You're not from here, right?", soal Emelda lagi.

"Yeah. I'm from Malaysia", jawab Qiss.

"Really? You're Malaysian?", soal Emelda penuh teruja.

"Yes, I'm Malaysian", Qiss mengiyakan pertanyaan Emelda.

"Emelyn! Nellysa! Both of you are Malaysian too right?", soal Emelda pada dua orang budak perempuan yang sedang melakukan pelbagai gerakan memanaskan badan pada stainless steel ballet barre yang tersedia khas di tepi dinding kelas itu.

Dua orang budak perempuan yang sedang melakukan gerakan plié itu terhenti. Badan mereka ditegakkan sebelum berpaling menghadap mereka. Rambut dua orang budak perempuan berwarna hitam pekat itu disanggul gaya donut bun.

"Yes, I am", jawab budak perempuan bernama Emelyn itu senada. Manakala Nellysa hanya mengangguk kepala.

"Emelyn, Nellysa, this is Qiss! She's from Malaysia too!", perkenal Emelda sekali lagi. Wajahnya nampak begitu teruja.

"I heard it too. Don't be too excited. It's annoying", balas Emelyn dengan riak beku.

Emelda tersengih. Dia sudah terbiasa dengan sikap dingin Emelyn. Nellysa tergelak kecil. Wajah cantik pelajar baru itu dipandang mesra.

"Hi, I'm Nellysa. Nice to meet you Qiss", tegur Nellysa ramah.

"You, as well", balas Qiss mesra.

"Well... You should warm up!", ujar Nellysa seraya kembali memegang ballet barre. Hujung tumitnya dirapatkan bersama. Lututnya dibengkokkan ke luar. Badannya perlahan-lahan turun ke bawah. Diulang gaya itu beberapa kali sebelum bertukar kepada pergerakan yang lain.

MY NAUGHTY GIRL | ON GOINGWhere stories live. Discover now