Tepat jam 5 pagi, Adwa tersedar dari lena. Tubuhnya meenggeliat kecil untuk meregangkan tangan kanan yang terasa lenguh dihempap sesuatu. Namun, tingkahnya terhenti saat otaknya tersedarkan sesuatu. Matanya yang tadi terpejam, pantas dicelikkan.Kepala ditoleh laju ke bahu kanannya sebelum nafasnya dihela lega. Bibirnya perlahan-lahan mengoyak senyuman melebar sampai ke telinga. Tangan runcing yang berada di atas dadanya itu diraih dan diusap dengan penuh kasih. Tubuhnya dibawa mengiring ke kanan perlahan-lahan.
Mata Adwa galak menjelajahi setiap inci raut wajah jelita yang masih terlena dihanyut mimpi di sebelahnya itu. Bibirnya tidak lekang dari senyuman manis. Tidak cukup dengan hanya memerhati, tangannya naik menyentuh setiap anggota wajah cik isteri dengan lembut.
Adwa sembunyikan ketawa sebaik melihat Qiss bergerak-gerak kecil menepis setiap sentuhan di mukanya. Jauh di sudut hatinya, dia bersyukur sangat-sangat kerana masih berpeluang untuk menatap wajah cantik jelita isterinya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa suramnya hidup dia selama seminggu lebih ini tanpa Qiss Medina di sisi.
Wajah cantik isterinya yang masih pulas tidur direnung tanpa jemu. Tanpa Adwa sedar, ibu jarinya yang leka mengusap bibir lembut Qiss berjaya mengejutkan Qiss daripada lena. Mata Qiss terkedip-kedip perlahan sebelum dicelikkan perlahan-lahan.
"Hi, hubby kacau sayang tidur ke?", soal Adwa bersama suara serak-serak basah. Dahinya disatukan dengan dahi Qiss.
"Tak", Qiss geleng kepala bersama sebelum menggeliat kecil ke kiri dan ke kanan.
Siku kanan, Adwa tongkatkan pada tilam. Kepalanya tergeleng-geleng perlahan sebaik melihat keletah Qiss Medina yang satu itu. Bibirnya tersenyum lagi sebaik tubuhnya kembali dipeluk cik isteri. Manja betul Qiss Medina bila dengannya. Tidak kisah la sewaktu dia beku atau tidak, manja Qiss masih lagi sama!
"Morning, sayang", bisik Adwa perlahan. Wajah Qiss yang disembamkan pada dadanya cuba diintai.
"Morning, abang", gumam Qiss perlahan bersama mata yang terpejam. Walaupun perlahan, tetapi masih lagi didengari Adwa. Bibir Adwa tersenyum kecil.
"Amboiii... Mengantuk betul ni sayang. Mata pun tak nak celik. Padahal bukan kita buat apa pun semalam", usik Adwa.
"Abang cakap tak buat apa? Habistu siapa yang buat kejutan malam tadi kalau bukan abang? Hmm? Siap berlakon accident tengah-tengah malam lagi", rungut Qiss.
"Sorry... Hubby janji tak buat lagi dah", janji Adwa.
"Hmm... Give me a morning kiss first, and I will forgive you", ujar Qiss bersama mata yang masih terpejam rapat.
"Huh?", dahi Adwa berkerut kecil.
"Where's my morning kiss?", soal Qiss lagi.
Adwa tergelak. Pejam-pejam mata pun nak morning kiss juga. Haih, Qiss... Qiss... Comel je perangai. Bisik hati Adwa.
"Pejam-pejam mata pun nak morning kiss juga?", soal Adwa bersama ketawa yang bersisa.
Qiss mengangguk manja.
"Open your eyes first, and I will give you a morning kiss", umpan Adwa.
"Alaa... Mengantuuukk...", Qiss merengek manja.
"Nak morning kiss tak?", duga Adwa.
"Naakk... Tapi kenapa kena buka mata?"
"Bukan ke orang kiss sambil pejam mata?", soal Qiss bertalu-talu.
"Itu orang lain. Hubby bukan kategori tu."
"Why?", Qiss bukakan juga matanya dalam keadaan terpaksa. Wajahnya diraup perlahan. Raut tampan encik suami dipandang bersama mata yang kuyu.

KAMU SEDANG MEMBACA
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING
RomansaQISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang...