"Sayang, bangunlah...", panggil Adwa lembut. Tangannya menarik-narik hujung duvet yang digunakan untuk menutup seluruh tubuh Qiss itu. Namun, tiada tindak balas dari cik isteri."Sayaaanng...", panggil Adwa lagi. Tetapi kali ini agak meleret.
Qiss diam tak berkutik. Tangan setia memegang duvet yang membaluti tubuh dan wajahnya kemas. Bukan dia tak nak bangun lagi, tapi dia ingin Adwa keluar dulu. Takpun, Adwa solat dulu ke apa ke. Asalkan mereka tidak bersua muka kerana dia malu ingin bertentang mata dengan encik suami.
Kejadian semalam kembali menghangatkan wajahnya yang putih melepak itu. Bibir bawahnya digigit perlahan untuk menghilangkan rasa segan di hati. Tiba-tiba duvet yang menutup wajahnya, direntap sedikit kasar. Dan tindakan itu membuatkan Qiss pantas memejamkan matanya rapat.
Berpura-pura tidur!
Kening kiri Adwa terjongket naik seketika sebelum terletus sengihan kecil di bibirnya saat melihat tingkah cik isteri yang berpura-pura tidur itu. Kepalanya digeleng-geleng perlahan. Dia merangkak perlahan mendekati tubuh cik isteri bersama senyuman nakal.
Cuping telinga Qiss, Adwa tiup perlahan. Namun, Qiss masih kekal begitu. Hanya kulit pipinya yang bertukar rona. Kening kiri Adwa terjongket naik lagi sekali. Bibirnya perlahan-lahan menyeringai senyuman penuh makna.
"Still tak nak bangun lagi ye, sayang? Hmm?", bisik Adwa lagi. Melihat tiada sebarang gerakan dari tubuh itu, bibirnya semakin menyeringai lebar. Heh, kita tengok sayang nak tidur sampai bila. Bisik hatinya nakal sebelum turun dari katil.
Satu minit berlalu...
"Arghhh! Nooo!", jerit Qiss tiba-tiba saat betis dan pahanya disentuh tangan kasar seseorang dari dalam duvet. Pandai betul tangan Adwa menyelinap masuk dari bawah duvet tanpa dia sedari.
Tidak menunggu lama, Qiss bingkas bangun tegak. Tangan setia memegang duvet agar menutup tubuhnya tak berbaju. Dan saat mata Qiss beradu pandang dengan mata helang encik suami, pipinya semakin membahang merah. Tidak betah begitu, pandangannya cepat-cepat dilarikan.
"Did you want another round, sayang?", soal Adwa bersama sengihan nakal. Matanya sempat mengerling jam di atas nightstand.
"Sempat lagi satu round ni, sayang. Nak?", soal Adwa lagi. Tubuh Qiss didekati. Dia sembunyikan senyum bila Qiss menginjak ke belakang, menjauhinya.
"Nak tak?", soal Adwa sambil menari-narikan keningnya. Sengaja mengusik Qiss.
"Hubbyy... Tak nak lah main-main macam nii...", rengek Qiss. Tubuh Adwa yang masih basah itu ditolak agar menjauhinya. Ish, suka betul pakai tuala separas lutut macam tu. Bebel Qiss dalam hati.
Mata Adwa yang tadinya biasa terus mengecil. Bibir merah jambu Qiss direnung penuh minat. Liurnya ditelan perlahan. Wajahnya didekatkan dengan wajah jelita Qiss. Dan tanpa amaran, leher Qiss ditarik dan dipaksa agar mendekat sebelum bibir itu dipagut penuh kelembutan.
"Morning, sayang", ujar Adwa sebaik bibir itu dilepaskan. Bibir Qiss diusap perlahan bersama senyuman manis sebelum dia beranjak turun dari katil perlahan-lahan. Kalau ikutkan hati, ingin sahaja diterkam cik isteri. Namun, disebabkan dia punya pembedahan pagi ini, dia terpaksa sabarkan hati.
Qiss menghela nafas kelegaan bila Adwa turun dari katil. Duvet yang digunakan untuk membaluti tubuhnya, ditarik-tarik supaya senang untuk dia melangkah ke bilik air. Tiba-tiba...
"Nah towel, sayang", hulur Adwa.
Mata Qiss terdongak ke atas, memandang encik suami. Melihat renungan dan sengihan nakal Adwa, wajah Qiss yang tadinya normal, kembali bertukar rona. Huluran tuala itu disambut bersama wajah yang memerah merah. Cepat-cepat Qiss balutkan tubuh sendiri dengan tuala yang dihulur sebelum berlalu masuk ke dalam bilik air.

YOU ARE READING
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING
RomanceQISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang...