CHAPTER 2

1.8K 92 5
                                    


Selepas keluar bersama dengan Adwa, Qiss pulang ke rumah. Matanya meliar sekeliling ruang tamu, namun tiada siapa di situ. Nafas dihela panjang sebelum bibirnya mengorak senyum nipis. Baru sahaja kakinya menapak anak tangga pertama, dia ditegur seseorang.

"Eh, Qiss? Bila sampai?", sapa Mak Som.

Qiss menoleh. Raut wajah tua Mak Som dipandang bersama senyuman. Mak Som merupakan pembantu rumahnya sejak daripada dia kecil. Dengan Mak Som lah dia menumpang kasih sayang seorang ibu. Hanya Mak Som tempat dia meluahkan rasa kerana daddynya sibuk dengan hospital.

"Baru je Mak Som. Qiss naik atas dulu la Mak Som", jawab Qiss lembut.

"Qiss tak nak makan dulu? Mak Som dah masakkan lauk kegemaran Qiss, ayam masak lemak cili api. Kalau Qiss nak makan, Mak Som boleh siapkan", ujar Mak Som ramah.

"Eh takpe Mak Som. Qiss baru je lepas makan tadi. Ni pun kenyang lagi", balas Qiss.

"Baiklah. Kalau macam tu, Qiss naik lah rehat-rehat dekat atas", ujar Mak Som.

"Okay", jawab Qiss sebelum menapak anak tangga kedua. Baru ingin berlalu, tiba-tiba dia bersuara kembali.

"Mak Som", panggil Qiss.

"Ye Qiss?", soal Mak Som.

"Daddy dah balik?", soal Qiss perlahan.

"Dato' belum balik. Kenapa Qiss tanya?", soal Mak Som kembali.

"Owh... Qiss ingat daddy dah balik. Takpe la kalau macam tu. Qiss masuk bilik dulu lah Mak Som", ujar Qiss bersama wajah yang sedikit suram.

Mak Som hanya memerhati langkah Qiss berlalu naik ke tingkat atas. Satu keluhan terbit di bibir tua itu.

"Apa yang dikeluhkan tu Som?", soal Pak Dollah merangkap suami kepada Mak Som. Dia ikut berdiri di sebelah isterinya. Matanya turut meliar ke sekeliling rumah.

"Takde apalah abang. Abang dah siap makan?", soal Mak Som.

"Ha, sengaja la tu nak ubah topik bila saya tanya", ujar Pak Dollah tak puas hati.

"Mana ada saya tukar topik abang oi. Saya tanya abang dah siap makan ke belum aje. Kalau dah, saya nak kemaskan meja makan", bebel Mak Som seraya berlalu ke dapur.

Pak Dollah turut mengekori langkah isterinya. Dia tahu mesti isterinya ada terfikirkan sesuatu. Kalau tidak, masakan isterinya mengeluh.

"Iye la tu. Pokok takkan bergoyang kalau tak ditiup angin. Abang tahu la Som mengeluh tu, mesti ada sesuatu tengah ganggu fikiran Som kan?", ujar Pak Dollah dengan ayat berlapik.

Melihat isterinya berdiam diri, dia kembali bersuara.

"Ni mesti tak lain tak bukan pasal Qiss kan?", tebak Pak Dollah lagi. Mak Som kembali mengeluh.

"Entah la bang. Saya kesian dekat Qiss tu. Dari kecil sampai besar, macam tu la dia. Selalu kena tinggal dengan Dato'. Sebab dia selalu kena tinggal la Qiss buat keputusan untuk belajar jauh", luah Mak Som.

Kali ini giliran Pak Dollah pula mengeluh.

"Aih abang pula yang mengeluh? Tukar shift ke apa ni?", seloroh Mak Som.

Pak Dollah tersengih.

"Abang pun tak tahu nak cakap apa. Dari mata kasar, abang nampak Qiss kurang kasih sayang walaupun kita berdua dah cuba yang terbaik. Tapi apa yang kita bagi takkan sama dengan kasih sayang seorang ayah. Abang tahu Qiss sedih, cuma dia tak tunjuk aje. Abang pun kesian dekat Qiss", luah Pak Dollah.

"Nasib baik Qiss ada kita kan bang? Kalau tak, mesti hidup Qiss kosong lagi. Ye la, hilang mommy sebaik sahaja lahir. Daddy pula asyik sibuk dengan kerja. Kadang-kadang je ada masa dengan Qiss", keluh Mak Som.

MY NAUGHTY GIRL | ON GOINGWhere stories live. Discover now