CHAPTER 42

1.7K 173 28
                                    


Langsir jarang berwarna putih itu ditarik ke tepi sebelum pintu gelangsar ditolak seluasnya. Sebaik pintu terkuak, bibirnya tersenyum melebar saat melihat keindahan laut yang terbentang luas di ruang mata pagi itu. Bunyi deruan ombak yang menghempas batu-batu yang dijadikan tembok penghadang amat menenangkan jiwa dan raganya.

Nafasnya ditarik dalam-dalam sebelum dihembusnya panjang. Angin sepoi-sepoi bahasa sedikit sebanyak menggigilkan tubuhnya yang hanya mengenakan linen dress berwarna krim dan bertali halus itu. Lengannya digosok-gosok perlahan bagi merangsang haba.

"Sejuk sayang...", gumam Adwa separuh merengek. Comforter tebal yang menyelimuti separuh tubuhnya, ditarik hingga ke pangkal leher.

Seiring dengan rengekan, kepala Qiss ikut menoleh ke arah encik suami yang masih lagi terbaring enak di atas tilam empuk itu. Kakinya menapak perlahan mendekati katil sebelum melabuhkan duduk di sebelah Adwa.

"Hubby, bangun lah...", kejut Qiss lembut. Digugah tubuh itu dua tiga kali.

"Hmm...", sahut Adwa bersama mata yang masih terpejam.

"Semalam hubby cakap nak tengok matahari terbit sama-sama", luah Qiss bersama bibir yang sudah memuncung sedepa.

"Sekejap lagi la sayang...", balas Adwa perlahan.

Suasana bilik sunyi seketika. Tiada bicara yang diungkap mahupun Adwa atau Qiss. Hanya kedengaran ombak menghempas tembok dan angin yang bersiung lembut.

Tiba-tiba dahi Adwa berkerut kecil apabila tiada bicara dari Qiss Medina. Tidak berlengah, Adwa pantas mencelikkan mata. Bibirnya tersengih saat melihat riak wajah Qiss yang sudah berubah kelat.

"Sini, temankan hubby tidur sekejap", pelawa Adwa. Ruang di sebelahnya, ditepuk-tepuk lembut.

Namun, Qiss tetap begitu. Menayang riak kecewa dan tidak puas hati dengan jawapan dan pelawaan Adwa.

Sekali lagi bibir Adwa tersenyum kecil. Arif benar dengan sikap Qiss yang sedang protes dengannya. Tidak betah melihat Qiss mencuka, lengan Qiss direntap sedikit kasar, dan sekelip mata sahaja tubuh langsing itu sudah berada di dalam pelukannya. Tubuh Qiss yang sengaja dikeraskan itu, dipeluk erat.

"Janganlah stress macam ni, sayang... Tak elok untuk kesihatan", tegur Adwa seraya mengucup leher jinjang Qiss sedikit lama bersama mata yang terpejam. Ahh, wanginyaaaa! Jerit hatinya suka!

"Lagipun kita datang sini nak enjoy", bisik Adwa lembut. Dan, sekali lagi bibirnya berlabuh pada leher itu.

"Siapa suruh hubby mungkir janji", rungut Qiss tidak puas hati.

"Mana ada hubby mungkir janji, sayang... Baru pukul 6. Awal lagi ni. Nanti kita tengoklah sunrise sama-sama dekat balkoni tu", pujuk Adwa. Kali ini bahu Qiss pula yang dikucup untuk mengambil hati.

"Tak nak dekat balkoni... Qiss nak turun tengok dekat bawah..."

"Tapi sama je sayang... Tengok dari balkoni bilik ke, tengok dekat tepi pantai ke, sunrise juga."

"Tak sama!", bentak Qiss, tegas! Tubuhnya dikeraskan bila Adwa semakin mengemaskan pelukannya.

"Sama, sayang..."

Namun hati Qiss tetap tidak terpujuk. Sedar Qiss masih protes dengannya, Adwa kembali bersuara.

"Lagipun hubby penat la, sayang... Sayang bagi chance dekat hubby untuk rehat dulu, boleh?"

"Itulah, siapa suruh menggatal semalam. Kan dah mengantuk. Penat", perli Qiss bersama nada yang tidak puas hati.

"Aiii... Sayang yang goda, hubby pula yang salah? Hmm?", kepala Adwa diangkat sedikit untuk mengintai reaksi cik isteri yang sudah terbaring menelentang itu.

MY NAUGHTY GIRL | ON GOINGTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang