Tepat 11.00 malam, Qiss membaringkan tubuhnya ke atas tilam. Tubuhnya menggeliat kecil sebelum tangan mencapai iPad Pro yang berada di ruang kosong di sebelahnya. Jarinya lincah menari di atas skrin membuka aplikasi Netflix. Itulah rutinnya sebelum bergelar isteri kepada Adwa.Bercakap pasal Adwa, hampir setiap hari suaminya berkampung di sini semata-mata ingin memujuknya dengan kata-kata manis. Manis dia sampaikan Qiss naik rimas mendengarnya. Ikutkan hati, ingin sahaja dia sellotape bibir sensual itu dari terus berbicara. Dari mana entah Adwa belajar semua itu.
"Mata abang tu pandang tempat lain boleh tak?", soal Qiss geram. Mana tak geram, daripada tadi lagi mata helang itu asyik merenungnya dengan pandangan yang menyesakkan dadanya.
"I tried but, I can't take my eyes off you. Siapa suruh baby cantik sangat. Geram hubby tengok. Rasa nak gigit-gigit je", balas Adwa sambil melirik nakal ke arah Qiss. Kali ini dia mencuba nasib dengan membahasakan diri sendiri sebagai 'hubby'. Mana lah tahu Qiss akan berlembut hati. Belum cuba, belum tahu.
"Ceh! Tak payah berubah jadi mat Romeo ala-ala buaya darat tengah jual minyak la dekat sini. Qiss tak berminat nak beli", selar Qiss bersama jelingan maut. Matanya kembali fokus pada novel English yang berada di tangannya.
Adwa tergelak kecil.
"Kenapa baby tukar gaya rambut? Hmm?", tangan Adwa leka bermain dengan rambut baru Qiss gaya beach wave perm seperti Madonna, yang merupakan penyanyi American. Dia suka dengan penampilan baru Qiss kerana Qiss nampak tersangat cantik. Dan... Sexy!
"Bosan hadap gaya yang sama. Better tukar. Sama macam hati. Buat apa sayang orang yang tak sayangkan kita. So, why not kita buka hati untuk orang lain yang lagi sayangkan kita, kan?", ujar Qiss sarkastik.
Zap!
Dalam betul kata-kata yang Qiss ucapkan. Adwa hanya tersenyum nipis untuk menutup rasa pedih di hati.
"Tak kisah la sayang tukar hairstyle sebab apa pun. Yang penting...", Adwa berjeda seketika. Tangannya asyik mengusap ubun-ubun Qiss.
"You look so gorgeous with this hairstyle, baby. Hubby suka sebab baby nampak makin sexy", Adwa berbisik lembut di telinga Qiss dengan suara husky.
Pipi Qiss mula bertukar rona. Jantungnya mula berdetak lembut. Tipu la kalau cakap dia tak suka bila dipuji begitu. Lagi-lagi kata-kata itu lahir dari mulut encik suami!
Fuh!
Rasa nak menggedik, tapi...
"Jangan nak menggatal", Qiss memberi amaran untuk menutup debar di dada.
Adwa mengulum senyum saat terpandangkan wajah membahang Qiss. She's so beautiful! Jerit hatinya suka!
"Kenapa baby tak cakap pun dekat hubby yang baby nak keluar harini? Hmm? Kalau hubby tahu, hubby temankan baby pergi salon tadi", ujar Adwa lagi tanpa menghiraukan amaran cik isteri.
Qiss buat gaya ingin termuntah dengan kata-kata Adwa. Ada hati nak temankan dia konon. Padahal, selama ini bila Qiss mengajak Adwa keluar, mahu berbakul-bakul encik suami membebel. Huh!
Bibir Adwa tersenyum kecil apabila melihat reaksi Qiss. Rambut Qiss dihidu-hidu lagi dan lagi. Wangi sangat! Dan dia dapat rasakan yang dia semakin ketagih dengan haruman rambut Qiss.
"Tangan tu boleh duduk diam tak?", Qiss menoleh ke sisinya bersama renungan garang. Matanya dikecilkan saat jurang antara dia dan Adwa semakin dirapatkan encik suami. Dia ni sengaja ke apa? Bentak hati Qiss geram.
"Tak boleh la sayang. I can't control myself when I'm with you. You attract me like a magnet."
Qiss buat muka. Dan tanpa Qiss sedar, Adwa sudah menghimpit tubuh kecil itu sehinggakan tiada lagi ruang yang memisahkan mereka.

YOU ARE READING
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING
RomanceQISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang...