"Doktor!", panggil Naim yang merupakan salah seorang doktor pelatih yang diketuai Adwa.Adwa yang baru sahaja keluar dari officenya segera berpaling ke belakang. Kening kirinya terjongket naik sebaik melihat Naim yang tercungap-cungap mencari nafas.
"Yes? Any emergency happened?", tanya Adwa. Tubuhnya sudah berdiri tegak di hadapan Naim.
"I got a call from the flight emergency... Ada... Ada pesakit...", belum sempat Naim menghabiskan kata, Adwa menyampuk laju.
"Slow down. Take a deep breath and relax", ujar Adwa penuh sabar.
Naim tarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya kasar beberapa kali. Tubuh ditegakkan dan bibirnya tersengih memandang wajah serius ketuanya itu.
"Ada seorang pesakit collapse kerana mengalami pendarahan otak semasa dalam flight. Pesakit dalam perjalanan ke sini dengan ambulance bersama Doktor Nadia", ujar Khai.
"Doktor Nadia?", tanya Adwa inginkan kepastian.
"Yep. Kebetulan ada Doktor Nadia ada sekali dalam flight", jawab Naim.
"Alright. How about her condition?", tanya Adwa.
Dahi Naim berkerut. Masalahnya dua-dua perempuan. Pesakit ke Doktor Nadia? Gumam hati Naim blur.
"I mean... The patient's condition", ujar Adwa lagi.
"Kritikal. Pesakit perlukan pembedahan dengan segera", jawab Naim.
Adwa menganggukkan kepalanya.
"Anggaran masa patient sampai dekat sini pukul berapa?", tanya Adwa sambil mata menilik jam tangan yang terletak elok pada pergelangan tangannya.
"She'll be here soon", jawab Naim yakin.
"Alright. Prepare the operating room now. Jangan lupa panggil Doctor Zar sekali untuk assist saya", arah Adwa.
"Alright, noted", jawab Khai sebelum berlalu pergi.
Sebaik Naim berlalu pergi, Adwa melangkah ke arah ruang emergency. Lima belas minit kemudian, Zar berlari anak mendapatkan tubuh doktor muda yang segak bergaya itu. Wajah yang putih itu tenang tanpa senyuman.
"Sorry I'm late", ujar Zar.
"Punctuality is not about being on time. It's basically about respecting your own commitments. Kalau doctor tak punctual, macam mana pesakit nak percaya dengan kebolehan you? Being a doctor is not easy. Every second that we waste can save thousand lives. Bear this on your mind", nasihat Adwa sambil jari telunjuk dituding di kepalanya sendiri.
"Alright, noted. Thank you doktor", ujar Zar.
"Back to our patient. Berapa umur patient?", tanya Adwa. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket jubah putih yang tersarung pada tubuhnya itu.
"Umur patient 23 tahun, jantina perempuan. Sawan tiba-tiba, kaki dan tangan kejang sebelum tidak sedarkan diri. Doktor Nadia suspect pesakit mengalami pendarahan otak. Pesakit telah pun diberikan bantuan pernafasan tapi kadar denyutan nadi tak stabil. Tekanan darah pun rendah", jawab Zar panjang lebar.
"Alright, noted", jawab Adwa.
Tidak sampai setengah jam berdiri di ruang kecemasan, ambulance telah pun sampai. Stretcher diturunkan. Beberapa orang nurse yang turut berada dalam ambulance menolak stretcher pesakit masuk ke ruang kecemasan. Adwa dan Zar segera mendapatkan pesakit.
*******
Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari balai berlepas, Qiss Medina menggeliat kecil. Bibir comelnya yang baru sahaja ingin menguap, pantas ditutup dengan tangan. Kang dituduh tidak senonoh pula. Lagi-lagi Malaysia. Eh?

YOU ARE READING
MY NAUGHTY GIRL | ON GOING
RomanceQISS MEDINA seorang penari Ballet antarabangsa yang lincah dan cantik bergaya. Dia juga seorang anak manja yang hidup dalam serba kemewahan. Walaupun dia punya segalanya, tetapi jiwanya seakan inginkan perhatian yang dia sendiri tidak pasti. "Abang...