Bab 6

2.2K 36 4
                                    

Bagaikan hendak melompat keluar jantung Nia apabila mendengar berita yang baru disampaikan oleh Pak Ngah Adli petang tadi. Mak Long Zahra melamarnya untuk Zafran? Lelaki yang selama ini memang menjadi idaman dia? Ya Allah! Tak terucap rasa syukur pada Maha Pencipta kerana akhirnya dia dan si jejaka idaman akan bersatu selepas dia tamat peperiksaan SPM.

"Betul ke ni, ayah? Mak long lamar Nia untuk abang Zaf?" soal Nia, tidak percaya.

"Ya, Nia. Nia, anak ayah ni memang nak kahwin dengan Zafran ke? Bukan ke...." Belum sempat Pak Ngah Adli menyambung ayatnya, Nia menyampuk.

"Ayah, Nia cintakan abang Zaf, daripada dulu lagi. Mestilah Nia nak jadi isteri dia. Ayah, tak setuju ke?" tanya Nia. Pak Ngah Adli hanya diam membisu. Dia tahu, Zafran tidak mencintai anaknya dan dia tidak mahu Nia menanggung derita di kemudian hari.

"Nia, dengar cakap ayah ya nak? Nia call mak long, bagitahu yang Nia tak nak kahwin dengan Zafran. Zafran tak cintakan Nia, nak. Macam mana Nia nak hidup dengan lelaki yang tak cintakan Nia?" soal Pak Ngah Adli.

"Ayah, Nia nak kahwin dengan abang Zaf. Cinta tu boleh dipupuk kan, ayah? Nia yakin, abang Zaf akan cintakan Nia jugak satu hari nanti," balas Nia. Pak Ngah Adli mengeluh perlahan.

"Bila tu? Kalau Zafran tetap tak boleh cintakan Nia, macam mana?" Pak Ngah Adli sengaja hendak memancing emosi anak dara tunggalnya.

"Nia sanggup tunggu, ayah. Nia sanggup tunggu abang Zaf balas cinta Nia. Ayah, terima lamaran mak long tu ya? Please, ayah. Nia sayangkan abang Zaf. Nia setuju nak kahwin dengan dia. Tolong, ayah."

Apalagi yang mampu Pak Ngah Adli katakan apabila Nia merayunya begitu. Nia Adellia satu-satunya anak bersama arwah isterinya. Dia pernah berjanji untuk membahagiakan Nia namun hatinya tetap berat untuk menerima lamaran daripada kakak kandungnya.

"Ayah..... Kenapa ayah senyap aje? Ayah, tak setuju ke?" Lirih suara Nia.

"Yelah, ayah akan terima lamaran daripada Mak Long Zahra." Hanya dengan ayat itu sahaja mampu membuatkan hati Nia berbunga-bunga.

"Terima kasih, ayah. Terima kasih sangat-sangat. Nia sayangkan ayah," ucap Nia, ikhlas.

"Sama-sama, nak. Ayah harap sangat, Nia tak salah buat keputusan, sayang." Masih terselit nada kerisauan dalam ayat terakhirnya.

"Insya-Allah, keputusan Nia tak silap. Nia ikhlas cintakan abang Zaf. Terima kasih, ayah," ucap Nia sekali lagi.

"HOI, berangan!" Teguran daripada Maya itu mematikan khayalan Nia. Gadis itu tersengih, menayangkan giginya yang putih itu. "Maya, aku ada good news nak share dengan kau," ujar Nia. Maya terus melabuhkan duduk di sisi sahabat baiknya. Teruja hendak mengetahui berita yang dimaksudkan Nia itu.

"Berita apa? Kau jangan cakap, kau nak kahwin dengan abang Zaf kau tu pulak eh?" tebak Maya. Dan sebagai respon, Nia tersipu-sipu malu. Maya membeliakkan matanya.

"Seriuslah?! Kau.....kau nak kahwin dengan abang Zaf?!" jerit Maya. Nia pantas menutup mulut Maya. "Kau ni, janganlah jerit-jerit macam tu. Nasib baik tak ada sesiapa kat koridor kelas ni. Haah, mak long Zahra masuk meminang aku semalam.

Bahagianya aku, Maya. Akhirnya hajat aku nak kahwin dengan abang Zaf akan tercapai. Alhamdulillah, Allah dengar doa aku selama ni," balas Nia dengan raut wajah bahagia.

"Nia, kau betul ke nak kahwin dengan abang Zaf tu? Bukan ke dia tak cintakan kau?" Sama seperti Pak Ngah Adli, Maya juga risau jika Nia tidak bahagia di samping Zafran.

"Memang dia tak cintakan aku. Tapi aku takkan putus asa untuk buat dia jatuh cinta dengan aku. Cinta tu boleh dipupuk, Maya. Aku yakin, abang Zaf akan cintakan aku jugak satu hari nanti."

"Hmm, kalau dia tetap tak jatuh cinta dengan kau? Kau masih nak tunggu dia? Kau masih nak menagih cinta daripada lelaki yang tak pernah cintakan kau?" soal Maya bertubi-tubi.

Nia menunduk seketika. Bukan dia tidak memikirkan tentang hal itu. Namun dia tidak mahu berfikiran negatif.

"Maya, aku sanggup tunggu abang Zaf. Sampai bila-bila. Kalau aku boleh tunggu dia selama lapan tahun ni, aku yakin aku boleh tunggu sampai abang Zaf terbuka hati untuk cintakan aku."

"Nia...."

"Maya, kau tak tahu betapa bahagianya aku bila ayah beritahu aku pasal lamaran mak long tu. Dah lama aku cintakan abang Zaf, dan cinta aku pada dia tak pernah padam sampai sekarang. Tolong, support aku?" Nia menggenggam erat tangan Maya.

"Nia, aku tak nak kau seksa diri kau nanti. Abang Zaf tu cuma anggap kau macam adik dia aje," pujuk Maya. Nia hanya tersenyum.

"Aku tahu. Tapi aku akan buat dia jatuh cinta pada aku. Aku nekad, Maya. Lepas aku jadi isteri abang Zaf, aku takkan lepaskan peluang untuk memiliki hati dia." Apalagi yang Maya boleh katakan?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang