Bab 14

2K 28 0
                                    

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah rasmi dikeluarkan. Nia hadir ke sekolah bersama Datin Zahra. Mana Zafran? Zafran beri alasan sibuk dengan kerja dan tidak sempat menemani Nia ke Kuala Lumpur untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM. Dia hanya menghantar Nia ke stesen bas untuk balik ke Kuala Lumpur sendiri. 

Dalam hati, Nia sedikit terkilan. Dia ingin berkongsi kegembiraan bersama suami tercinta, namun hajatnya tidak kesampaian.

"Mama pun tak fahamlah dengan Zaf ni. Isteri dia nak ambik result SPM pun, bukannya reti nak balik temankan. Tak ada rasa teruja ke nak tahu result menantu mama yang cemerlang ni?" bebel Datin Zahra. Nia tersenyum mendengar bebelan ibu mertuanya.

"Abang busy kerja, ma. Nak buat macam mana? Tak apa, Nia okey aje. Nanti dia tahu jugak result Nia ni," balas Nia. Datin Zahra mengusap kepala Nia yang dibaluti tudung berwarna hijau itu.

"Zaf layan Nia, okey? Dia ada berkasar dengan Nia tak, sayang?" tanya Datin Zahra.

"Tak ada, mama. Abang baik sangat. Dia layan Nia dengan baik, sama macam dulu," bohong Nia. Biarlah hanya dia dan Zafran sahaja yang tahu bagaimana hubungan mereka. Tanpa sedar, Nia membuang keluhan.

"Tu mengeluh tu, ada masalah ke?" risik Datin Zahra. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak kena dengan menantunya itu.

"Taklah, mama. Nia rindukan ayah. Yelah, dia dekat Tanah Suci kan, buat umrah. Kalau ayah ada sekali, mesti best," luah Nia. Benar, dia rindukan ayahnya. Fikiran melayang mengingati saat sebelum ayahnya pergi ke Tanah Suci bersama kawan baiknya minggu lepas.

"Nia, jaga diri baik-baik ya? Jangan susahkan suami dan jangan abaikan tanggungjawab sebagai isteri," pesan Pak Ngah Adli.

"Ya, ayah. Insya-Allah, Nia takkan lupa nasihat ayah tu. Oh ni, abang Zaf kirim salam. Dia mintak maaf sebab tak dapat nak ikut hantar ayah ke airport ni. Dia busy sikit, student dia tengah exam kan?" ujar Nia.

"Tak apa. Ayah faham kerja dia. Nanti, Nia balik Kedah, kirim salam pada dia ya?" Nia hanya mengangguk. Perbualan mereka terhenti apabila kedengaran pengumuman dari corong audio KLIA. Nia menyalami tangan tua ayahnya sebelum memeluk tubuh Pak Ngah Adli.

"Nia?" Nia terus mematikan lamunannya apabila suara Datin Zahra memanggilnya. Datin Zahra tersenyum ke arah menantu merangkap anak saudaranya.

"Jauh termenung? Nia rindu ayah dengan suami Nia kan?" teka Datin Zahra.

"Rindu, ma." Memang dia rindu. Dengan ayah dia rindu, dengan suami lagilah rindu. Rindu dengan kenangan manis mereka. "Nia dah apply untuk sambung belajar kan?" Datin Zahra menukar topik.

"Dah, ma. Nia apply course akaun. Harap-harap dapatlah, sama tempat dengan abang kalau boleh," balas Nia.

"Insya-Allah, mama doakan yang terbaik untuk anak dan menantu mama."

"Nia!!!!" Perbualan mereka terhenti apabila suara Maya menerjah ke telinga. Nia bangun dari kerusi sebelum memeluk tubuh gempal sahabat baiknya. "Rindunya kat BFF aku ni!!" ujar Maya, teruja.

"Aku pun, rindu BFF aku yang kiut miut ni," balas Nia sambil mengeratkan lagi pelukannya. Seketika, mereka merenggangkan pelukan. Maya menghampiri Datin Zahra sebelum menyalami tangannya.

"Apa khabar, auntie? Auntie sihat?" tegur Maya, sopan.

"Sihat, alhamdulillah. Maya macam mana? Sihat? Result okey tak?" tanya Datin Zahra.

"Alhamdulillah, Maya sentiasa sihat, auntie. Result pun cemerlang, alhamdulillah. Berkat belajar dengan Nia. Dia kan pandai," puji Maya.

"Kau ni mulalah kan? Nak bodek," ujar Nia.

"Alah, macam tak biasa pulak. Nia ni, auntie, sebenarnya malu bila orang puji-puji dia. Bila orang puji, dia kata orang bodek pulak," cerita Maya pada Datin Zahra. Datin Zahra hanya ketawa kecil melihat kerenah dua sahabat itu.

"Dahlah, apa kata auntie belanja korang berdua makan, sebagai hadiah sebab korang berdua dapat result cemerlang dalam SPM?" ajak Datin Zahra.

"Betul ke ni, auntie? Maya sekali?" tanya Maya. Itulah Maya. Pantang orang ajak makan, memang excited lah.

"Iya, kamu sekali. Kamu kan BFF Nia," balas Datin Zahra dengan senyuman manis. Mereka bertiga berlalu dari kawasan sekolah sebelum menuju ke restoran untuk makan tengah hari.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now