Bab 70

3.3K 48 2
                                    

Tiga minggu ini, Nia selalu berasa tidak sedap badan. Bangun sahaja tidur pada pagi itu, Nia terus meluru ke tandas untuk memuntahkan isi perutnya. Beberapa orang pelajar yang menggunakan tandas memandangnya pelik. 

Mana tak pelik? Setiap pagi dia muntah, macam orang terkena morning sickness. Nia mengabaikan pandangan mereka sebelum berkumur. Maya yang kebetulan masuk ke dalam bilik air, terus menghampirinya.

"Nia, kau okey tak?" tanya Maya.

"Aku okey. Cuma aku tak tahu kenapa tiga minggu ni aku selalu rasa loya setiap kali bangun pagi. Kepala aku pulak asyik sakit aje setiap kali lepas Solat Isyak," balas Nia sambil cuba menahan rasa loya yang datang.

"Kau dah checkup dengan doktor? Bagitahu suami kau?" Sebaik sahaja perkataan suami itu meniti di bibir Maya, Nia terasa dadanya sesak. Fikirannya melayang mengingati kejadian di pejabat agama tempoh hari.

Zafran tetap dengan keputusannya untuk tidak menceraikan Nia. Walaupun puas Nia merayu namun Zafran hanya buat tidak peduli. Sehinggakan pegawai pejabat agama itu menyuruh Nia untuk berfikir semula akan keputusannya.

Bengang betul Nia. Buang masa, buang tenaga. Ingatkan bila balik daripada cuti sambutan hari pertama Ramadhan, dia sudah bebas. Namun, dia masih terikat dengan perkahwinan yang menyeksakan ini.

"Nia, aku tanya ni? Kau dah checkup belum?" tanya Maya lagi, sekaligus mematikan lamunan Nia. Nia menggeleng sebelum kembali memuntahkan isi perutnya. Maya menggosok-gosok belakang tubuh sahabatnya.

"Kau salah makan kot," tebak Maya. Nia berkumur sekali lagi.

"Aku tak tahulah, Maya. Kalau salah makan takkan sampai tiga minggu tak baik-baik. Lagipun rasa loya ni datang waktu pagi aje," balas Nia sambil mengelap mulutnya. Maya terdiam seketika.

"Nia, dalam tiga minggu ni, kau dah period ke belum?" soal Maya.

"Belum lagi. Tak tahu kenapa bulan ni lambat sangat period. Dah dekat sebulan dah period aku tak datang. Mungkin aku tak sihat ni sebab aku lambat datang period kot," ujar Nia. Maya menyentuh bahu Nia.

"Dah lewat datang period, lepas tu muntah-muntah. Nia, aku rasa kau mengandunglah." Ayat Maya itu membuatkan jantung Nia berhenti berdegup. Tak mungkin!

NIA duduk menghadap doktor yang merawatnya. Puas juga Maya memujuk Nia untuk buat pemeriksaan di klinik kesihatan yang berada di dalam kawasan kampus itu. Berkali-kali doktor itu memandang ke arahnya. "Adik, boleh saya tanya sesuatu dulu sebelum saya beritahu result?" tanya doktor itu.

"Boleh, doktor." Nia berdebar-debar menanti soalan daripada doktor.

"Hm, adik ada suami?" Terkedu Nia dengan soalan daripada doktor itu. Nia menggelengkan kepalanya, enggan memberitahu status perkahwinannya. Biarlah, lagipun dulu Zafran sendiri yang tidak mahu menghebahkan perkahwinan mereka.

"Adik, dari result yang kami dapat daripada ujian tadi, adik disahkan mengandung. Dah sebulan lebih." Berita yang diterimanya itu bagaikan menghempap kepalanya.

"Me-mengandung?" ulang Nia tidak percaya. Doktor itu mengangguk. Air mata mula bertakung di kolam mata Nia. Berkali-kali dia menggelengkan kepalanya.

"Tak, doktor dah check sekali lagi ke? Boleh doktor check sekali lagi? Saya yakin mesti ada yang silap. Saya tak mungkin mengandung kan?" tanya Nia sambil menggenggam erat tangan doktor itu. Maya yang menunggunya di ruang menunggu, menghampiri meja doktor.

"Nia, kenapa ni?" tanya Maya.

"Maya, Maya, kau suruh doktor double confirm result aku. Aku tak mungkin mengandung kan, Maya? Aku tak mengandung. Saya tak mengandung kan, doktor?" Nia mula tidak dapat mengawal diri.

"Adik, tenang dulu. Kami dah double confirm. Hasilnya memang positif, dik. Adik nak buat report polis ke, sebab kalau ni melibatkan kes rogol, adik tak boleh berdiam diri," pujuk doktor itu. Maya memandang pelik ke arah doktor itu.

"Kenapa doktor cakap macam tu?" tanya Maya.

"Kawan adik ni tak ada suami kan? Jadi kami suspect ni kes rogol." Maya memandang ke arah Nia yang sudah mula menangis teresak-esak itu. Kepalanya digeleng berkali-kali. Nia, Nia. Kalau kau memang tak boleh terima suami kau pun, janganlah cakap kau tak ada suami, desis hati Maya.

"Doktor, kawan saya ni ada suami. Dia dah kahwin hampir setahun," jelas Maya. Nia memandang tajam ke arah sahabatnya.

"Aku tak ada suamilah, Maya! Lelaki kejam tu bukan suami aku!" Nia sudah mula terjerit-jerit. Maya pantas memeluk tubuh Nia, cuba menenangkannya.

"Ya Allah, Nia! Mengucap, Nia! Ingat Allah banyak-banyak!" pujuk Maya. Nia menghamburkan tangisannya dalam pelukan Maya.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang