Bab 15

2.1K 28 8
                                    

Bunyi ketukan pintu membuatkan Zafran mengangkat wajah dari kerjanya. "Masuk!" arahnya. Serentak itu, pintu dikuak dari luar. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki masuk ke dalam bilik pejabatnya. Zafran mengukir senyuman ke arah pelajar-pelajarnya sebelum mengarahkan mereka duduk di kerusi berhadapan dengannya.

"Assalamualaikum, Sir Zafran. Kami ni nak tanya sir pasal ada beberapa bab yang kami tak faham. Boleh sir ajarkan tak?" tanya salah seorang pelajar.

"Boleh. Bahagian mana yang kamu tak faham?" Begitulah Zafran, tidak lokek ilmu. Jika pelajarnya menghadapi masalah dalam pelajaran, pasti dia akan membantu. Tetapi dengan isteri sendiri? Hampeh betul perangai.

Walaupun Nia menunjukkan keputusan SPM padanya, dia hanya buat bodoh. Tidak berminat untuk mengambil tahu, apalagi mengucap tahniah. Belikan hadiah? Lamberttt lagi.

"Oh, macam tu rupanya. Baru kami faham. Thank you, sir Zafran," ucap salah seorang pelajar.

"No worries. Kalau kamu masih ada masalah untuk faham sesetengah tajuk, boleh aje datang jumpa saya bila-bila masa. Tapi jangan datang rumah saya waktu saya tidur pulak," seloroh Zafran. Serentak bilik pejabatnya riuh dengan tawa pelajar-pelajarnya.

"Boleh, sir. Sir, boleh tak kami nak tanya something?"

"Tanya apa?"

"Betul ke sir dah kahwin?" Tersentap jantung Zafran mendengar soalan yang diajukan.

"Dah, saya dah kahwin," jawab Zafran, jujur. Kalau mengaku bujang nanti, tak pasal-pasal terjatuh talak pulak. Bukankah itu yang Zafran mahukan? Bukankah Nia Adellia bukan isteri yang diimpikan?

Amaran keras Datin Zahra sewaktu menghantar Nia pulang ke Kedah semalam masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Zaf jangan nak buat perangai ya? Zaf jangan pandai-pandai nak ceraikan Nia kalau Zaf tak nak jadi anak derhaka. Ingat Zaf, mama takkan halalkan susu mama pada Zaf kalau Zaf ceraikan Nia."

"Oh, mesti wife sir cantik kan? Sebab tu sir kahwin muda." Suara pelajarnya menyahkan amaran Datin Zahra seketika.

"Kahwin muda? Saya dah nak masuk 30-an dah pun. Memang kena kahwin pun kan?"

"Tapi sir nampak mudalah. Tak nampak macam orang nak masuk 30-an pun."

"Betul tu. Sir sharelah tips macam mana nak kekal awet muda. Senang kami nak cari awek nanti," seloroh pelajarnya. Zafran tertawa kecil.

"Dah, tak payah nak bodek saya. Ingat, saya takkan bagi markah kesian kalau kamu gagal tau. Belajar rajin-rajin," pesan Zafran. Pelajar-pelajarnya hanya mengangguk faham. Mereka meminta diri untuk pulang ke asrama memandangkan hari sudah lewat petang.

Sebaik sahaja kelibat pelajar-pelajarnya hilang dari pandangan, dia melepaskan keluhan kecil. Telefon bimbit dicapai sebelum dibuka. Wajah Raihana yang menghiasi latar belakang telefonnya, diusap perlahan.

"Zaf rindukan Hana. Hana janganlah marahkan Zaf lagi. Sumpah demi Allah, Zaf sayangkan Hana. Cinta Zaf tak pernah padam untuk Hana. Zaf cintakan Hana, sayang." bisik Zafran. Tatkala itu, telefonnya berbunyi menandakan ada pesanan whatsapp masuk.

-Abang, abang balik makan kat rumah ya? Nia dah masakkan makanan kegemaran abang. Tak sabar Nia nak tunggu abang balik. Balik tau, abang. Nia sayang abang.-

Tidak semena-mena, moodnya hilang. Pesanan daripada Nia itu dibiarkan tidak dibalas. Keluhan berat dilepaskan. Makin hari, dia makin membenci gadis yang menjadi isterinya itu. Sekali lagi telefonnya berbunyi.

-Assalamualaikum, Zaf. Boleh kita jumpa sekejap? Hana tunggu Zaf kat location ni.-

Pesanan whatsapp daripada Raihana itu terus membuatkan hati Zafran berbunga-bunga. Terus sahaja dia membalas.

-Waalaikumussalam. Okey, Zaf akan sampai dalam setengah jam. Kita jumpa nanti ya?-

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now