RINGISAN perlahan keluar tatkala kepalanya terasa amat pening. Dia melihat jam dan berusaha mengingat apa yang terjadi semalam.
Klak!
"Lah, dah bangun? Baru ingat nak jirus air tadi," perlinya.
"Diamlah. Kepala aku sakit ni. Nanti tak pasal-pasal kau makan kaki aku." Tawa mengejek kedengaran.
"Kau pergi mandi sana, Fasya. Lepastu turun. Tok daddy nak jumpa." Afasya yang sedang memicit kepala itu terus memandang Akasha.
"Kau... Tak suruh aku solat?" soal Afasya bingung.
"Aku penat dah nak suruh kau solat, Fasya. Kau tu dah dua puluh dua tahun. Bukan baru dua tahun sampai semua benda nak kena suruh." Afasya diam.
"Lagipun, kalau aku suruh kau solat... Kau nak solat ke?" Afasya buang pandangan ke arah lain. Akasha ketawa.
"Dah lah, pergi siap-siap. Tok daddy mengamuk nanti." Afasya hanya berdehem.
Akasha terus beredar. Afasya menghela nafas berat. Akasha tak menyerah dengannya bukan? Malas mahu berfikir, dia terus turun dari katil dan menahan rasa sakit di kepala untuk membersihkan diri.
TEMPAT kosong di sebelah Arasya diambil. Bukan dia tak nampak semua orang pandang dia.
"Pergi mana semalam?" soal tok daddy.
"Fas... Erm... Fas pergi rumah kawan..." bohongnya. Arasya ketawa sinis. Rumah kawanlah sangat. Mungkin ada betulnya. Kawan setan. Sebab tu kelab malam itu Afasya sebut rumah kawan.
"Are you sure?" soal tok daddy lagi. Afasya mengeluh.
"Fasya cakap apa pun takkan ada yang percaya kan?"
"Memang takkan ada yang percaya. Kau tu kuat menipu, Fasya." Sengaja Arasya menambah minyak.
"Ka-"
"Cukup. Fasya, tok daddy sendiri nampak keadaan kamu waktu kamu balik. Mabuk!" Afasya berdecit.
"Habistu kenapa masih nak tanya?"
"Darin Afasya!" Si sulung mula menegur tingkah sang adik yang keterlaluan.
"Lantak korang lah! Aku penat tahu tak?! Duduk rumah macam duduk dalam penjara!" Dia terus bangun dan membuka langkah lebar menuju ke arah pintu utama.
Tok daddy menghela nafas. Akasha memandang Arasya yang mula mencapai alat kawalan jauh televisyen.
"Rasya, jangan sengaja cari masalah." Arasya angkat kedua belah tangannya.
"Fine. Tak buat dah." Akasha mengeluh kecil dan terus minta diri meninggalkan tok daddy dengan Arasya.
"Rasya-"
"Rasya tahu, tok daddy. Rasya faham. Tapi apa hak yang dia ada untuk langgar semua perintah hanya sebab alasan tu? Dia salah dan Rasya takkan menangkan dia atau bela dia walau sikit." Potong Arasya. Dia tahu betul yang semua orang cuba memahami sikap tak bertamadun milik Darin Afasya itu.
Namun, dia takkan terjebak sama. Dia takkan biarkan apa yang menimpa adik kembarnya itu menjadi alasan untuk dia turut abaikan segala silap Afasya.
Dia tak mahu seperti mereka yang lain. Dia juga tak larat mahu menanggung beban kerana tidak menegur atau berkeras mengambil tindakan terhadap adik kembarnya itu.
DARIN Afasya saat ini berada di tempat rahsianya. Dulu waktu dia melarikan diri dari neraka buatan, dia terjumpa tempat indah ini.
Hutan yang cukup indah dan menenangkan. Kawasan lapang di tengah-tengah hutan itu menjadi tempat rahsianya.
Dia terbaring menatap langit. Memikirkan setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya. Tangan terangkat seolah mahu menggapai langit.
"Kalaulah..." gumamnya perlahan. Tangan kembali jatuh. Mata indahnya terpejam. Tak kuat menahan sinar matahari yang menusuk ke dalam mata lebih lama.
Darin Afasya memiliki rupa paras yang menawan. Walau wajahnya serupa dengan abang-abangnya, dia mudah dibezakan kerana manis wajahnya.
Dia memiliki bulu mata yang lentik, tatapan sayu yang begitu indah dan wajah yang manis. Namun, seperti kata abang-abangnya sebelum ini... Dia ibarat iblis berwajah malaikat.
Meski begitu, Afasya sikit pun tak pernah peduli dengan itu. Iblis berwajah malaikat? Setiap kali memikirkan kata-kata itu, dia jadi ingin ketawa dan marah disaat yang bersamaan.
"Aku... Aku tak pernah minta semua jadi macam ni..." gumamnya lagi. Tanpa sedar, dia terlena.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...