AFASYA ketawa kecil. Dia mengambil kusyen kecil dan dipeluk erat sebelum dia berbaring atas sofa beralaskan paha Azz Muhammad.
"Jadi, kenapa aku boleh terpilih sebagai orang istimewa tu?" soal Azz Muhammad. Afasya ketawa ingatkan dah lupa.
"Sebab... Sebab kau istimewa! Itu pun tak tahu," ujarnya main-main. Azz Muhammad tanpa ampun menjentik dahi sahabatnya itu.
"Auch! Jari besi! Mesti dah merah dahi aku!" Azz Muhammad acuh.
"Ish, yelah... Kau terpilih sebab cuma kau yang ada dengan aku. Waktu keluarga aku buatkan aku gila sebab akademik, kau datang jadi penenang. Kau banyak ajarkan aku tentang hal yang tak pernah aku belajar." Afasya tersengih saat Azz Muhammad menunduk memandang dirinya.
"Kau manjakan aku disaat keluarga aku sendiri buat aku macam patung dan orang asing. Kau kutip aku bila aku dibuang. Aku dah tak nampak orang lain... Aku cuma nampak kau. Sebab tu kau terpilih untuk jadi insan istimewa tu." Sambungnya. Azz Muhammad tersenyum.
"Jangan pernah lari dari aku. Kalau kau lari, aku akan kejar kau sampai hujung dunia sekalipun, Muhammad." Pecah tawa Azz Muhammad.
"Kenapa pula? Jangan cakap kau cintakan aku pula ya? Aku tumbuk kau nanti." Gurauan itu mendapat jelingan daripada Afasya.
"Tak kebulur! Maksud aku, kau dah buat aku bergantung dengan kau selama ni kan! Kau buat aku jadi budak kecil selalu bila dengan kau! Jangan lari, kau kena tanggungjawab sebab buat aku tak membesar dan tak pandai berdikari!"
"Alah, kau boleh duduk rumah orang tua. Dekat situ kau akan dimanja juga," ujar Azz Muhammad selamba.
Pap!
Mulut lancang itu ditampar perlahan. Cih! Macam dah ada niat nak lari je tu. Benci betul dengan Azz Muhammad ni. Benci!
"Kau dah ada niat buang aku?!" soalnya garang.
"Tak ada pun. Cuma kalau kau masih degil, masih nak pergi kelab, masih nak minum air kencing setan, masi-" Belum sempat habiskan kata-kata, mulutnya sudah ditekup.
"Iya! Iya! Tak buat dah... Muhammad... Tak baik ungkit!" Azz Muhammad ketawa mendengar rengekan itu.
"Janji?"
"Iya! Aku janji, Muhammad... Janji..."
Azz Muhammad tersenyum dan mencubit pipi sahabatnya itu. Tembam betul! Macam pegang squishy je. Lembut!
"Erm! Muhammad... Sakit! Jangan cubit!" Dia menampar kasar tangan Azz Muhammad yang bertenggek dipipinya.
"Pipi kau tumpah-tumpah. Bagilah aku cubit sikit," ujarnya tanpa lepaskan pipi itu. Malah semakin kuat dia cubit hingga meninggalkan kesan merah.
"Sakit! Muhammad! Hiks..."
Laju sahaja Azz Muhammad lepaskan pipi itu. Ah sudah, menangis. Lupa pula yang Afasya itu masih demam. Kalau biasanya Afasya bawa bertumbuk, harini Afasya bawa nangis. Jenuh nak memujuk macam ni.
"Aku minta maaf... Mana yang sakit? Meh aku gosok." Afasya terus tunjuk kedua belah pipinya yang memerah dengan esakan dan air mata.
"Aku gosok ya? Pergilah sakit!" Afasya biarkan. Asal tak kembali dicubit. Azz Muhammad terkekeh melihat Afasya saat ini. Haih... Masih macam kanak-kanak lima tahun. Kalau masih kecil macam dulu sudah dia gomol sahaja pipi Afasya itu.
Pipi itu menjadi kegemarannya sejak kecil. Kalau tak dicubit sehari dia tak tenang. Rasa tak lengkap hidup.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...