ARASYA mengeluh berat. Dia memandang Afasya yang terus termenung itu. Tadi Azz Muhammad menelefon agar dia ke mari kerana lelaki itu mahu mengurus sesuatu.
Sekarang, Azz Muhammad cakap yang Afasya dah boleh balik. Padahal baru tadi Afasya cakap lama lagi sebelum dia boleh balik rumah.
"Pelik-pelik je perangai." Azz Muhammad ketawa.
Afasya buang pandangan keluar. Tubuhnya terasa lesu tak bermaya.
"Aku kena pergi esok. Aku dah bagitahu dokter, aku dah yakinkan mereka. Kau boleh balik. Aku tahu kau tak suka dekat sini."
"Aku nak balik rumah aku," ujarnya tanpa menoleh. Azz Muhammad duduk di kerusi sebelah katil.
"Tapi-"
"Biarkan aku duduk sana! Aku perlu masa..." Sakit jika memandang Azz Muhammad. Lebih baik dia melihat awan di luar.
"Rin, please..."
"Aku tak nak, Muhammad. Kau tahu aku tak boleh. Kau tahu aku macam mana dan kau tahu, aku benci ditinggal." Mahu tak mahu dia memandang Azz Muhammad.
"Aku benci kau." Azz Muhammad berdiri memeluk Afasya.
"Maafkan aku."
"Aku yang salah. Aku yang bodoh sebab bergantung pada kau. Bila kau perlu pergi, aku terus gila. Aku minta maaf..." Pelukan dileraikan dan Azz Muhammad ukirkan senyuman.
"Aku janji takkan lama. Kerja dekat sana aku akan siapkan dengan cepat. Bila kau balik, kita pergi mana-mana yang kau nak. Aku janji." Afasya memandang ke dalam mata sahabatnya itu. Dia tersenyum.
"Teman aku." Azz Muhammad mengangguk. Afasya tersenyum gembira.
Arasya yang melihat hanya diam. Dia tak menyangka yang dia dapat melihat senyuman itu. Senyuman yang ikhlas dan terpancar sedikit kegembiraan.
"Sebahagia tu ke kau, Fas?"
AFASYA menggeleng. Dia tak mahu makan. Akasha yang mengeluh. Dia letak dulang makanan itu kembali.
"Habistu kau nak apa? Makan tak nak, tidur tak nak, kau nak apa? Hm?"
"Muhammad..." gumamnya.
"Fas, Muhammad kena siapkan barang." Afasya berdecit.
"Yang kau ni degil sangat kenapa? Memang minta penampar betul!" Arasya mula bersuara. Akasha mengeluh berat.
"Aku tak minta kau berdua dekat sini."
"Eh, dah baik kami ni ada dekat sini jagakan kau! Jangan cabar aku, Darin Afasya. Makan kaki kau nanti." Afasya ketawa sinis.
"Apa yang kau tak puas hati dengan kami, Fas? Bagitahu kami, biar kami baiki. Kenapa kau benci sangat dengan kami?" soal Akasha lembut.
Afasya memandang kedua kembarnya itu. Apa yang dia tak puas hati? Bukan. Bukan sekadar rasa tak puas hati. Tapi juga rasa tersisih. Dia benci. Benci melihat betapa dekatnya Akasha dan Arasya. Benci saat rasa cemburu itu datang tanpa dipinta.
"Kau nak tahu apa yang aku tak puas hati dengan kau berdua? Okay, aku bagitahu." Afasya memandang Akasha.
"Kau. Aku benci kau. Aku benci semua perlakuan kau." Afasya ketawa. Matanya berkaca-kaca.
"Aku tak pernah rasa yang kau berdua ikhlas pada aku. Pernah aku cuba untuk buang fikiran tu. Awalnya aku usaha rapatkan diri dengan kau berdua. Aku cuba... Tapi... Aku tak boleh. Aku cuba untuk dekat, aku cuba untuk masuk dalam hidup kau, tapi aku rasa tersisih. Aku rasa terpinggir. Kau tahu kenapa?"
Mereka menggeleng. Yang mampu mereka lakukan saat ini hanya diam. Ingin tahu apa yang Afasya benci sangat pada mereka.
"Sebab aku dengar. Aku tak pekak, aku tak bodoh, aku tak buta untuk nampak semua tu. Aku peluk kau, aku bermanja dengan kau, aku menangis dengan kau. Tapi, Kasha... Aku tak dapat rasa apa-apa. Aku tak rasa perasaan hangat yang aku rasa waktu aku peluk dan bermanja dengan Muhammad. Aku tak rasa..." Air matanya jatuh. Akasha kelu lidah. Mahu bersuara namun tak mampu.
"Aku tak rasa perasaan tenang atau rasa kasih sayang adik beradik tu. Semua yang aku rasa berbanding terbalik dengan apa yang aku rasakan bila aku dengan Muhammad."
"Aku ni adik korang. Aku ni kembar korang tapi ikatan tu aku tak dapat rasa. Aku tak tahu sebab terlalu lama berpisah atau kau berdua memang bencikan aku..." ujarnya.
"Kau salah, Fasya." Afasya menggeleng.
"Aku tak salah. Kau berdua yang salah. Kau buatkan aku rasa sakit. Aku benci yang namanya keluarga. Perasaan aku selalu terseksa bila aku ada dekat dengan korang semua. Aku rasa sakit."
Air matanya diseka. Dia kalih pandangan ke arah Arasya. Lelaki itu tampak tenang. Tak terkesan langsung. Kemudian dia kalih pandangan keluar tingkap.
"Aku tahu kau berdua anggap aku ni menyusahkan. Aku tahu kau berdua malu sebab ada adik yang dah gila. Aku tahu aku tak patut muncul dalam hidup korang. Aku bukan tak puas hati. Tapi aku benci dengan apa yang aku rasa. Aku sakit dan terseksa dengan korang semua." Pertama kalinya dia mampu luahkan itu pada abang-abang kembarnya itu.
"Kau tak gila, Fas. Rasya salah." Afasya menggeleng. Dia pandang Akasha dengan senyuman kelat.
"Dia betul. Aku gila. Kenapa aku mengamuk bila dia cuba bantu aku, semua sebab aku dah gila. Aku dah bertahun-tahun dirawat oleh psikiatri dan pakar psikologi. Aku memang gila dan Asya betul. Aku dah hilang akal."
"Aku ni selalu keluar masuk hospital gila, selalu check in wad psikiatri. Aku ada kad OKU. Sejauh mana aku mengelak, sejauh mana aku sangkal, semua tu kenyataan."
Akasha dan Arasya benar-benar tak tahu reaksi seperti apa yang harus mereka berikan. Informasi ini terlalu mendadak untuk mereka hadam.
"Aku boleh tanpa sedar cuba bunuh diri, aku boleh tanpa sedar sakitkan orang lain, cederakan diri, halusinasi, semua tu sebab aku dah gila, Kasha... Asya... Aku dah gila," ujarnya perlahan.
"Muhammad banyak kali kena. Banyak kali cedera, banyak kali hadap aku yang macam orang tak betul. Tak terkira. Tapi aku tak boleh lepaskan dia. Aku terlalu bergantung pada dia. Aku tahu aku bebankan hidup dia... Tapi setidaknya dia tak pernah cakap aku menyusahkan dia. Tak pernah... Walau sekali."
"Berbeza dengan kau berdua yang selalu... Selalu cakap aku menyusahkan. Selalu buat aku sakit dan rasa terseksa."
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...