D A R I N | 4 4 |

71 9 0
                                    

ARASYA diam. Dia tak diberikan kesempatan untuk bercakap apa-apa lagi setelahnya. Dengan lesu Arasya mendekati kembarnya. Akasha dipeluk.

"Aku tak sedap hati..." bisiknya. Akasha mengangguk.

"Aku pun. Tapi kita perlu yakin dengan Fas. Allah ada dengan kita, Rasya." Arasya leraikan pelukan dan memandang pintu wad yang tertutup itu.

Sementara itu, Iqram di dalam wad itu ketawa kerana berjaya menyakitkan hati Afasya. Lihatlah wajah memerah itu. Dah macam tomato!

"Kenapa muka merah-merah?"

"Diamlah kau! Aku bagitahu bini kau nanti!" Iqram menggeleng.

"Kau dah lah tak datang majlis aku. Nak mengadu pula?" Afasya menjeling.

"Iqram, jagakan abang-abang aku. Tengokkan tok daddy juga. Abang-abang aku tu tak boleh harap sangat. Diorang tu cucu-cucu derhaka," ujarnya. Iqram ketawa.

"Sempat lagi kau mengutuk." Afasya tersengih.

"Iqram..."

"Ya?" Iqram menjawab dengan senyuman.

"Terima kasih." Iqram kerut dahi.

"Terima kasih untuk?"

"Semuanya. Terima kasih atas nasihat, gurauan dan lain-lain hal yang mungkin aku terlepas pandang." Iqram terkekeh dan mengusap beberapa kali kepala Afasya.

"My pleasure." Afasya hanya tersenyum.

"Aku minta maaf kalau aku ada salah." Iqram mengangguk.

"Aku maafkan. Sebelum keluar, aku pun nak minta maaf kalau aku ada berkasar atau guris hati kau," ujar Iqram ikhlas. Afasya mengangguk.

Iqram minta diri keluar. Azz Muhammad sudah tertunggu dari awal. Kesian pula dia tengok muka tak puas hati Azz Muhammad.

Tengoklah sekarang, dia baru buka pintu nak keluar tapi Azz Muhammad dan menonong masuk. Iqram ketawa. Sayang sangat dekat kawan baik dia tu.

Pintu ditutup rapat dan tinggal Azz Muhammad bersama Afasya di dalam. Azz Muhammad pandang Afasya lama.

"Apa tujuan kau?" soal Azz Muhammad.

"Tak ada." Jawapan Afasya buatkan Azz Muhammad berang. Dia mencengkam kedua belah sisi bahu Afasya.

"Jujur! Bagitahu aku apa tujuan kau?!" Afasya pandang Azz Muhammad dan membiarkan air matanya mengalir.

"Tak ada..." jawabnya lagi.

"Habistu kenapa? Kenapa buat semua ni? Kau buat semua orang risau! Kau buat aku... Kau buat aku takut, Rin..." Afasya kalih pandangan ke arah lain.

"Kau buat aku tak karuan. Aku dengar dari diorang apa yang kau cakap dan aku takut. Kau tak cuba untuk tinggalkan aku. Cakap dengan aku kau takkan!" Afasya menunduk dan melepaskan cengkaman Azz Muhammad dari bahunya.

Azz Muhammad merenung Afasya dengan tatapan sayu. Matanya agak berkaca-kaca. Dia tak mahu hal buruk terjadi.

"Muhammad... Sebelum ni aku selalu takut. Aku selalu takut kalau aku tidur, aku tak dapat buka mata dah. Aku takut aku tak sempat untuk minta maaf atau berterima kasih pada mereka. Pada kau." Azz Muhammad menggeleng.

"Tak-"

"Muhammad, ajal tu ditangan Allah. Kita tak dapat ramal. Sebab tu, selagi aku masih ada kesempatan untuk buat semua ni, aku akan buat. Sebab aku rasa mereka semua layak untuk tu dan aku layak untuk dimaafkan." Cepat Afasya memintas.

"Tapi kau-" Azz Muhammad terdiam saat Afasya memeluknya. Azz Muhammad tak bergerak kerana takut menyakiti Afasya. Dia takut jika luka Afasya terbuka.

"Maafkan aku, Darin..."













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now