Bab 39

6.2K 226 4
                                    

Tangan Lily menggigil apabila membaca keratan berita di telefon pada pagi itu. Anggota Paskal berjaya menumpaskan cubaan lanun yang berasal dari Thailand untuk merampas kapal dagang milik syarikat perkapalan di Malaysia. Lily letak telefon di atas meja, peluh dingin berkeringat di dahi.

Jadi, ada kemungkinan Khalid terlibat dalam operasi ini. Mimpi aku.....hampir betul sepenuhnya?" Kepala Lily terteleng tidak percaya. Lily telan air liur pahit.

"Lily......." sergah Aisya apabila perasan Lily seakan hanyut dalam lamunan. Aisya tarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Lily.

"Kau berangan apa? Tak berkelip mata tu? Ada berita buruk ke?" Aisya beriak risau. Apatah lagi, Lily sedang mengenggam erat jemari sendiri.

Lily pejamkan mata, lalu nafas berat dihela, mengusir resah yang hampir menguasai jiwa. "Tak.....tak ada apa-apa pun. Eh, sekejap lagi Cik Maira nak datang kan? Ke dia cancel lagi appointment hari ini?"

Lily mengubah topik perbualan. Telefon bimbit yang telah gelap segera disembunyikan ke dalam poket blazer. Cik Maira merupakan salah seorang pelanggan VIP untuk mereka berdua. Cik Maira merupakan anak perempuan sulung kepada Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan akan melangsungkan perkahwinan di Sabah tidak lama lagi. Lily dan Aisya merupakan pereka baju yang bertanggungjawab untuk menghasilkan persalinan terbaik bagi bakal pengantin itu.

"Aku janji dalam pukul sebelas, ini dah pukul sepuluh lebih. Tak lama lagi, muncullah dia. Inshallah, kita boleh buat final confirmation untuk design baju hari ini juga. Memang tak boleh nak tangguh lagi, kita yang kalut nanti. Bukan baju dia aje yang kita perlu siapkan. Memang dia pelanggan VIP, tapi kalau nak guna khidmat, masa kita berdua dia kena hormat." Aisya akan bertegas sekiranya pelanggan sengaja melengahkan masa mereka berdua. Aisya tidak suka kerjanya tertangguh kerana orang lain.

Lily angguk. "Faham! Aku nak cek stok kain di belakang sekejap." Lily mencari alasan untuk menghilangkan diri.

Lily berkurung di dalam bilik stor, memeluk lutut sambil membaca dengan teliti berita penuh berkaitan Operasi Taring yang sudah berjaya dilancarkan. Lily mengeluh hampa kerana tiada satu pun nama anggota Paskal yang tercatat.

"Macam mana eh aku nak tahu sama ada dia terlibat atau tak?" Lily menggigit bibir. Lily hempuk dahi. Dia terlupa seketika yang anggota Paskal itu antara anggota yang penuh rahsia, identiti mereka tidak boleh dibocorkan dengan mudah. Semua berkaitan pasukan khas negara itu sangat sulit.

Lily duduk berlunjur pula. "Lily, lupakan aje. Jangan fikir sangat. Yang kau risau sangat dah kenapa? Khalid dah tak ada apa-apa kaitan dengan kau. Sedar diri tu sikit!"

Selesai berperang dengan diri sendiri, meninggalkan kesan luka yang paling minimum di hati, Lily angkat punggung. Tombol pintu dipulas ke bawah, sempat melihat penampilan di cermin sebelum berjalan ke ruang utama butik. Tidak sedar masa berlalu pantas, Lily disambut dengan senyuman Cik Maira di meja utama. Aisya sedang membentangkan rekaan dress untuk memperoleh persetujuan wanita itu.

Lily angguk kecil. Bibir manisnya pula melorek senyuman nipis sebagai tanda hormat. Lily tidak mahu menganggu. Oleh itu, Lily sibukkan diri dengan mengemaskan baju pada mannequin berdekatan dengan pintu utama. Lily tenggelam dalam perbuatannya sehingga butiknya menerima pelanggan lain. Barulah, Lily tegakkan badan semula.

"Hi! Selamat datang.......ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Lily bermanis muka, menegur terlebih dahulu seorang lelaki yang muncul sendirian tanpa berteman. Tidak pelik kerana perkara itu biasa.

Lily menunggu lelaki itu yang terus mengunci mulut, tetapi butir mata bergerak laju, memerhati segenap penjuru butik itu.

"Saya nak tengok baju di sana....." jawab lelaki itu, pantas berjalan ke arah baju yang bergantungan.

Let It Rain (Complete)Where stories live. Discover now