RKT | PROLOG

4.3K 219 2
                                    

"LUTH QAYYID."

Dia menghulurkan tangan itu sebelum berjabat tangan dengan seorang lelaki. Muhammad Zayran, anak kepada Tan Sri Sufyan.

"Muhammad Zayran." Zayran memperkenalkan dirinya. Bibir mengukir senyuman saat menyapa. Dan Luth penuh sopan turut mempamerkan senyuman itu. Melihat ruang di sekeliling, Luth angguk kepala. Tak hairanlah kenapa keluarga ini boleh dikatakan keluarga yang berpengaruh.

Beberapa minggu yang lepas, dia pulang dari Paris. Baru saja tiga tahun menjadi peguam setelah mengundur diri daripada menjadi ahli perniagaan. Disebabkan sudah terlalu penat dan bosan menguruskan syarikat. Kali ini Luth mahu mencuba benda lain.

Kebetulan pula Ammar membuka syarikat firma guaman dan memberikan tawaran kepada lelaki itu untuk menjabat jawatan sebagai Ketua Peguam dalam firma tersebut.

"Bila sampai?" Tanya Zayran pada Luth.

"Dua minggu lepas."

Zayran angguk kepala. Ini pertama kali dia melihat Luth. Selama ini Ammar hanya menceritakan siapa itu Luth Qayyid. Tapi tidak sangka pula seorang businessman boleh jadi seorang lawyer. Lawyer paling top pula itu.

"Mar, aku nak pergi tandas sekejap." Luth tepuk bahu Ammar yang ada di sisinya. Pantas, Ammar mengangguk mengiyakan. Dan begitu saja melihat reaksi Ammar, Luth terus membuka langkah menuju ke sesuatu tempat.

"Ya Allah apasal aku tak tanya?" Luth mendengus sendiri. Sudahnya rumah itu besar, dia pula tak dapat tilik mana satu tandas. Nanti tersalah masuk, buat malu nusa dan bangsa aje!

Seketika langkah terhenti. Mata berpindah ke satu tempat, ke tempat yang lain hinggalah...

"Hoi!" Jeritannya keluar bersama langkah spontan menuju ke belakang luar rumah besar itu. Mata membulat seakan-akan terkejut dengan posisi gadis yang sedang bercangkung di tepi kolam renang dengan kedua-dua tangan dicelupkan ke dalam air. Jangan cakap nak terjun.

"K-Kau nak terjun ke?" Kata Luth lantang. Langkah kaki cuba semakin maju.

"Hah?" Gadis itu kelipkan mata.

"Kau nak terjun?" Soalnya lagi. Dari atas ke bawah, dia memandang gadis itu. Takkanlah nak bunuh diri.

"Tak..." Gadis itu menjawab dengan menggelengkan kepalanya. Tubuh bercangkung terus berdiri tegak sambil merapikan baju kurung.

"Kenapa kau ada kat sini?"

"Kenapa awak ada kat sini?"

Mereka menyoal serentak. Masing-masing lontarkan pandangan antara satu sama lain. Dia menatap wajah jelita gadis itu dengan lama.

"Tak, sekarang ni kenapa kau macam nak terjun?" Luth berani menyoal. Gadis itu pula terpinga-pinga bila berdepan dengan dia. Mungkin terkejut? Mungkin pelik?

"Bila masa saya nak terjun? Saya duduk je."

"Dengan baju kurung?"

"Salah ke saya pakai baju kurung?"

"Okay, sorry..." Dia hela nafas panjang. Pantas, Luth cuba melarikan pandangannya daripada terus menerus memandang gadis itu. Nampaknya dia dah salah faham, bukan setakat itu. Salah tempat lagi. Niatnya nak ke tandas. Haih!

"Awak siapa?"

Belum sempat Luth melarikan diri, tiba-tiba suara gadis itu mula kedengaran menyoal dirinya. Ah sudah...

"Manusia." Jawab Luth ringkas menyebabkan gadis itu terdiam. Kedengaran macam dia tak faham soalan, kan?

"Saya maksudkan nama. Awak tak ada nama ke?"

"Luth." Laju dia memberitahu namanya. Luth. Iya, orang mengenalinya sebagai Luth. Tapi gadis itu tidak akan mengenalinya sebagai Luth Qayyid.

"Okey, kenapa awak ada kat sini?" Tegas.

"Aku ingat kau nak terjun dalam kolam tu, jadi aku datang. Tapi bila dengar kau tak jadi nak terjun, I'm so sorry. Salah masuk kawasan." Dia berdiri berjarak beberapa meter dengan gadis di hadapannya itu. Tipulah jika dia tidak terkejut dengan posisi gadis itu tadi. Dari jauh ingatkan nak terjun, rupanya sangkaan meleset.

Malu yang dia dapat. Luth berusaha untuk menebalkan muka, kaki segera menyusun langkah masuk semula ke dalam rumah itu. Tak jadi niatnya hendak ke tandas bila semakin bertambah malu.

Bukannya apa, dia siap jerit tak ingat dunia.

"Bebal betul kau ni, Luth." Bisiknya. Luth mengutuk diri sendiri.

BERSAMBUNG

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now