RKT | 17

1.8K 154 1
                                    

"SYIFA..."

Tubuh badan gadis itu terpaku bila mendengar suara menyeru namanya. Belum sempat dia menoleh, bunyi langkah menghampiri tubuh itu mula kedengaran. Syifa diam di posisi sebelum memandang kelibat itu.

Datin Adruja.

"Nak balik dah ke?" Tanya Datin Adruja selepas saja selesai kelas memasak. Akhir-akhir ini Datin Adruja sedar, Syifa seakan-akan cuba menjauhkan diri dengannya. Tapi kenapa?

"Ya, nak balik."

"Tak nak minum-minum dengan aunty?" Sekali lagi wanita itu mengajak.

"Tak apalah, aunty. Lain kali rasanya..." Gadis itu mempamerkan senyuman nipis. Dengan halus, penawaran Datin Adruja ditolak. Sedar atau tak sedar, dia sendiri menjauhkan diri daripada Datin Adruja. Bukannya apa, mungkin ini lebih baik sebelum dia bertukar perasaan.

"Syifa..." Kali ini namanya diseru. Kedua-dua kaki Syifa terhenti sejenak.

"Aunty tak tau apa jadi antara kamu dengan Luth. Tapi kenapa Syifa kena jauhkan diri dengan aunty. Aunty ada salah apa-apa ke?" Halus tutur kata Datin Adruja. Timbul rasa kecil hati bila Syifa seakan-akan tidak senang dengannya. Kenapa? Sebelum ini hubungan mereka okey saja.

"Bu-Bukan macam tu, aunty. Syifa..."

"Syifa tau ke Luth sukakan Syifa?"

Syifa kebam bibir itu dengan rapat. Kepala menunduk ke bawah untuk sekian kalinya.

"Betullah apa yang aunty cakap ni, kan? Syifa dah tahu Luth tu sukakan Syifa."

Gadis itu kekal diam. Hanya daripada gerak geri, dia tahu Luth menyukainya. Tetapi untuk membalas perasaan lelaki itu, awal-awal Syifa menggelengkan kepala. Dia tidak mampu. Dia tidak mampu untuk mendampingi seorang lelaki seperti Luth Qayyid.

"Tak ada ubah apa-apa, aunty. Kalaupun Syifa tau Luth sukakan Syifa. Syifa dengan dia tetap kawan. Tak lebih daripada itu."

"Tapi kenapa Syifa nak jauhkan diri dengan aunty? Inikan masalah Syifa dengan Luth." Soal wanita itu menyebabkan lidah Syifa kelu. Ya, kenapa dia harus menjauhkan diri dengan Datin Adruja? Sedangkan yang memiliki masalah adalah dia dan Luth. Bukan Datin Adruja.

"S-Syifa minta maaf. Syifa betul-betul minta maaf. Syifa tak ada niat nak jauh-"

"Syifa..." Datin Adruja kini datang menghampiri. Lengan halus Syifa diraih kemudian digenggam erat. Iris mata wanita itu kini merenung dalam anak mata gadis di hadapannya.

"Aunty sebenarnya tak kesah pun kalau Syifa nak tolak Luth. Cuma, jangan disebabkan ni... hubungan aunty dengan Syifa tak baik. Kita jagalah hubungan kita baik-baik ya? Aunty gembira tau jumpa Syifa. Kalau boleh aunty nak jadikan Syifa ni anak perempuan aunty. Bolehlah kita masak sama-sama, borak sama-sama." Tersenyum wanita itu bila menatap wajahnya.

Saat itu, Syifa ketap bibir sambil menunjukkan perasaan serba salahnya. Datin Adruja terlalu baik. Macam itu juga dengan Luth. Anak beranak itu terlalu baik dengannya sampai dia keliru.

Keliru dengan perasaannya sendiri.

"Janganlah terlalu terbeban dengan perasaan Luth. Kalau itu yang buat Syifa tak selesa, aunty minta maaf."

Syifa menggelengkan kepalanya. Bibir tersenyum nipis.

"Aunty tak payahlah minta maaf. Bukan salah aunty pun."

"Ya, walaupun bukan salah aunty. Tapi aunty sepatutnya cuba hentikan Luth..."

Gadis itu mengigit bahagian bawah bibir itu. Hentikan Luth? Kenapa ayat itu terasa sakit sekali?

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now