RKT | 52

1.1K 97 2
                                    

"TAK lama lagi kilang tu nak buka. So, sebelum aku nak bawa masuk pekerja-pekerja kilang tu. Aku kira nak bawa kau sekali. Lagi satu, kau dah uruskan pasal kontrak pekerja kilang?" Suara itu kedengaran di balik talian. Luth duduk di atas sofa sambil dia membelek Ipad sendiri.

"Sedang."

"Okey, good. Kalau ada sesuatu yang buat kau rasa kurang, bagitahu je." Kali ini Luth hanya menganggukkan kepalanya. Dia menuruti segala perintah Ammar dengan baik. Segala urusan undang-undang syarikat dalam kendaliannya sebagai peguam, dia lakukan tanpa berdalih.

"Kau seorang je ke kat rumah?" Soal Ammar. Sedikit lari daripada topik perbualan mereka sebentar tadi.

"Ya, seorang."

"Syifa? Tak pulang lagi?"

"Hm." Luth membalas biasa. Mata masih fokus membaca setiap ayat yang tertulis di atas skrin Ipad. Inilah mata seorang peguam, kena bijak mengamati segala ayat yang tertulis. Takut-takut dia pun tertipu sekali.

"Oh, aku lupa nak bagitau kat kau," kata Ammar.

"Nak bagitau apa?" Luth kerut dahi. Selesai dia membaca ayat terakhir fail itu, Ipad di tangan segera diletakkan di atas meja.

"Bekas suami Syifa, kau kenal tak?"

"Tak." Luth tak ambil peduli. Belakang tubuh mula bersandar pada sofa dengan helaan nafas berat.

"Hati-hati dengan dia, Luth. Dia tu licik. Aku rasa dia dah tahu siapa Syifa dan dia tahu kau dah kahwin dengan dia. Beberapa hari yang lalu, aku dengar daripada staf lain. Ada yang tanya pasal kau... aku tak sure tu daripada lelaki tu ataupun yang lain. Tapi yang aku pasti, dia tanya pasal kau dan Syifa. Yalah, selama ni aku tak pernah nak uar-uarkan yang bini aku ada kaitan dengan keluarga Tan Sri Sufyan," beritahu Ammar.

Selama perkahwinan Ammar dan Rose, Ammar jarang menunjukkan siapa keluarga lelaki itu. Semua itu kerana cara Ammar cuba melindungi Rose, Izz dan Orked daripada kuasa-kuasa jahat dalam dunia bisnes. Lagipun Ammar tahu, dalam dunia bisnes semuanya akan melihat duit. Bila semua dikuasai dengan ketamakan, hati manusia jadi hitam.

"Siapa dia?" Luth menyoal tanpa rasa gentar. Tidak ada raut wajah ketakutan pada wajah itu.

"Ahmad Baharuddin."

Luth angguk kepala. Raut wajah berubah tidak peduli sama sekali tentang hal itu.

"Aku dah warn kau awal-awal, Luth. Dia tu gila. Kau tak tahu ke dah berapa ramai perempuan dia dah cekup? Sampai bini sendiri pun dia sanggup pukul, apatah lagi orang lain. Lelaki tu licik, memang tak sedar diri."

"Kau kata dia licik, kan? Jadi aku nak tengok sampai mana perangai licik yang dia nak bawa tu," balas Luth tanpa berselindung. Teringin pula mahu bertemu dengan lelaki yang pernah memainkan perasaan isterinya.

"Dia boleh manipulasi semua undang-undang. Syarikat dia pun, kebanyakannya kontrak pekerja berat sebelah. Bila ditanya, aku tak pasti kenapa dia susah sangat nak dikenakan hukuman sedangkan salah. Bukan sekali, dah banyak kali. Family dia pun dua kali lima, semua tak waras. Mak bapa dia lagi... Tak payah cakap, dia orang semua memang muka dan perangai sepesen."

"Itu namanya orang tak bijak. Kalau kerja tak ikut undang-undang apa hal tu? Kontrak pekerja berat sebelah, kau nak syarikat kau maju. Nak ada investor besar, tapi perangai? Selfish. Upah pekerja dengan gaji yang kecil, tapi kerja bukan main kaw kaw lepastu marah sebab tak capai visi dan misi syarikat. Gila ke apa?" Luth melempiaskan kemarahannya. Orang tak bijak memang selalu macam itu, hanya fikirkan tentang diri sendiri.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now