chapter 5

916 80 1
                                    

Aku berjalan ke hulur ke hilir tanpa arah tujuan. Aku tak boleh nak fikir benda lain selain sekolah.

Serious aku rasa takut sangat sekarang, walaupun harini hari sabtu. Tapi masa berlalu dengan pantas, so aku tak boleh nak buang masa!

"Assalamualaikum-" pintu rumah dibuka. Linda masuk ke dalam rumah, dan terus menuju ke dapur tanpa menghiraukan kehadiran aku. Mukanya nampak sangat kepenatan, so tak hairanlah tempat pertama dia pergi adalah dapur.

Aku menjawab salamnya dalam hati. Oh, aku belum bagitahu dia lagi. Kalau korang tak tahu, Linda tu kakak aku. Dia lagi tua daripada Rayyan, lagi muda daripada Yusuf.

Anyway, aku tak tau lagi bila aku boleh bagitau dia, sebab sepanjang masa aku nampak dia macam sibuk je.

Yusuf yang dah kerja ni pun aku tengok lenggang kangkung je dia. Ni tengah dok main handphone lagi tu, ketawa sorang-sorang.

Haish, terlupa pulak aku masalah sekolah ni! Apa patut aku buat?!

"Lisaa, jom lawan Naruto dengan abang!" aku terdengar suara Rayyan dari jauh. Aku agak bilik tetamu sebab tadi aku nampak dia terbongkang atas katil sana.

Aku pun menuju ke bilik tetamu, Rayyan sedang bermain Xbox dengan khusyuk. Mata dia begitu fokus memandang kaca tv sambil tangannya tanpa lenguh menekan butang controller.

Aku melihat kaca tv, dia sedang bermain game racing. "Kata naruto."

Dia terus memberhentikan game itu dan memasang game naruto. "Nah." dia menghulurkan second controller player kedua.

Aku menolak. "Nak player 1."

Jujur aku kata aku memang tak suka guna player 2 punya. Kenapa? Sebab sesiapa sahaja yang mendapat player 1, automatik dia anggap diri dia sebagai leader dan suka mengarah orang. Lepastu bila kalah, suka tuduh player 2 main tipulah apalah.

Aku tak tahu lah Rayyan macam tu ke tak, tapi rasanya aku dah selalu main sangat sampai dah masak dengan perangai player 1.

Eh, bila aku main? Aku main dengan kawan aku ke? Ingatan aku dah..

"Ah, tak payah. Abang dah cop player 1 dulu. Ambik jelah yang ni." dia menolak controller kedua kepada aku. Genggaman controller di tangan dia nampaknya sangat erat.

Aku terus menuding jari ke arah satu tempat. "Abang! Lisa Surihani!"

Dia dengan lajunya menoleh kepala ke tepi. Aku pun apa lagi, terus merampas controller tu dari tangannya.

Namun, dia pun cepat bertindak men'defend'kan controller itu.

"Ish, jangan nak main tipulah! Ni abang punya!"

"Lisa punyalah!"

"Hey, butthead! Lepaskanlah!"

"Diamlah, fartface! This is mine!"

"Buttface!"

"Poophead!"

"Farthead!"

Tiba-tiba Rayyan melepaskan controllernya kepadaku. Eh, kenapa dia bagi aku?

Rayyan memandang aku dengan muka yang hairan.

"Lisa nampak normal je. Kalau Lisa amnesia, kenapa Lisa layan abang macam biasa?"

Kata-katanya membuat aku sendiri tertanya-tanya. Macam mana aku boleh layan dia macam biasa? Dengan Yusuf pun macam tu. Walaupun aku baru kenal diorang pagi tadi, aku rasa selesa sangat, macam diorang abang aku sendiri. Eh, memang abang aku pun kahkah.

"Lisa tak tau macam mana Lisa boleh layan abang macam biasa, tapi Lisa janji, Lisa tak tipu pun pasal ni."

Dia mengangguk dan memandang ke kaca tv kembali. "Well then, kita jadi macam biasa jelah."

Dia menghulurkan controllernya, 1st player controller, kepadaku. Aku tersenyum dan mengambil controller itu.

Lepastu kitorang start main game. Sedang Rayyan memilih pemain, aku menekan butang controller, aku tekan kiri, tapi movement di tv ke kanan. Bila aku tak tekan apa apa, dia tekan dengan sendirinya. Rosak ke?

Aku memandang pemain Rayyan. Eh, kenapa dia 1st player..?

Cis, tak guna! Dia tak tukar pun controller tadi. I should've known!

Aku pandang Rayyan, dia tersenyum senget sambil membuat tanda peace dekat aku.

Tak guna punya fartface.

/ / / / / /

"Abang, macam mana ni? Lisa tak tahu nak buat apa?" aku pandang Yusuf dengan gelisah.

Dia mengurutkan kepalanya, sambil memegang kertas di tangannya.

"Hm, this is another solid proof. Lisa tak ingat ke ni? GSTK, FSTB? Ni form 1 punya tajuk kot."

Aku menggeleng kepala. Natang apa tu?

Dia suruh aku menjawab soalan-soalan Matematik tadi, nak tengok aku ingat ke tak. Bila aku tengok soalan tu, aku rasa macam bodoh sangat sebab aku tak tahu apa apa. Lepastu dia bagi aku soalan UPSR, thank god soalan-soalan tu semua basic je. Setakat tambah, tolak, bahagi, darab tu aku tahulah.

"You're actually a smart kid, Lisa. Nanti abang dapatkan private tutor untuk Lisa."

"Tapi sekolah macam mana? Lisa ada kawan ke? Lisa kelas apa?" aku tanya dia. The fact that esok hari Isnin membuatkan aku lagi gementar.

Yusuf menggeleng kepalanya dan mengeluh. "Abang tak tahu Lisa dekat sekolah macam mana. So, macam mana abang nak tolong?"

Aku melepaskan keluhan yang berat. Habislah aku esok.

Tiba-tiba Yusuf memetik jari. "Rayyan. Abang akan mintak tolong Rayyan, suruh dia guide Lisa. Ok?"

Aku mengerutkan kening, kenapa dia pulak... Oh. Aku lupa dia Form 5, dia tua setahun daripada aku.

Nampaknya aku cuma kena tunggu esok jelah. Harapnya Rayyan akan tolong aku. Haih, sekolah tak guna. Kenapa aku tak homeschooled je?


Echoed DreamWhere stories live. Discover now