chapter 27

683 70 13
                                    

Sampai pukul 10.30 malam aku masih tak dapat khabar tentang Lucas daripada Adam.

Apa yang sebenarnya terjadi? Macam mana dia boleh hilang macam tu je? Mesti ada faktor di sebalik perkara yang berlaku. Itu wajib. Kalau takda faktor, macam mana nak tahu?

Masalahnya satu klu pun aku tak tahu. Adam ni pulak hilang ke mana? Aku whatsApp dia dari tadi asyik satu tick je. Ah sudah, jangan kata dia hilang jugak?

God, please no. Aku taknak hilang dua dua kawan aku.

Sementara nak menunggu Adam balas whatsApp, baik aku study. Wuhu rajinnya aku.

Buku modul Sejarah dan buku teks, laptop dan headphones aku capai. Aku nak belajar dekat ruang tamu. Heh, kalau buat sejarah time malam malam gini, dekat katil aku yang teramatlah empuk, memang terbongkanglah aku gayanya.

Mama dan papa masing masing khusyuk membaca surat khabar dan majalah Solusi sambil menghirup kopi. Rayyan pula tengah main phone. Dari tadi asyik tersengih dan ketawa sorang sorang. Apa nak jadilah abang aku ni, SPM dah dekat dia masih boleh leka (perli-ing meself i mean wth sempat lagi nak post chapter wth) dengan phone.

"Rayyan, pergi buat kerja sana. Kata homework banyak tadi." kata Mama tanpa mengangkat mukanya dari majalah.

"Dah siap." balasnya ringkas, disertakan dengan tawa yang tiba tiba. Linda serta merta terus membaling salah satu bantal di sofa dengan keras kepadanya.

"Tak payah nak menipu! Kakak ngintai kau tadi duduk terbongkang atas katil je. Dosa tau menipu?"

Pandangan pelik Rayyan dihadiahkan kepada Linda. Riak wajahnya bagaikan nak kata ew? gross.

Linda pun faham sangat dengan muka Rayyan yang satu tu. Maka dibalingnya lagi satu bantal yang tepat kena mukanya.

"Masa kakak tengok Rayyan tu memang baru je Rayyan habis homework. Kakak jeles je tu. Assignment berlambak ada hati nak jaga tepi kain orang." balas Rayyan penuh sindiran.

"Uuuu burn!" kata Yusuf yang baru muncul dari dapur. Dia meng-high five Rayyan. Eh, baik pulak dua orang ni. Haritu gaduh sampai tak bertegur sapa.

"Tak payah nak burn sangat. Kau tu kerja bawah papa pun asyik merengek kata 'pa, yusuf tak mampu nak handle case macam ni lagi', 'pa, yusuf baru setahun kerja', 'pa, yusuf bayi lagi', 'pa, yusuf minum susu botol lagi. Macam mana nak kerja?'" Linda membalas dengan gaya mocking yang teramatlah serupa dengan gaya Yusuf bercakap.

Maka serentak kitorang semua ketawa, kecuali Yusuf yang tengah speechless di tengah tengah ruang tamu.

Papa serta merta meng-high five Linda. "Wooo, tu baru burn! Dengar tu Yusuf! Jangan nak merengek lagi dekat papa." pesan papa sambil ketawa yang masih bersisa.

"Dah dah, masing masing tak payah nak burn sangat. Karang mama burn korang semua dalam oven nanti. Pergi buat kerja memasing." dengar je suara tegas mama, serentak kitorang semua kembali serious.

Yusuf kembali ke biliknya, Linda membuat assignment yang berlambak bak kata Rayyan tadi, papa kembali membaca surat khabar.

"Rayyan nak buat apa?" soal Rayyan terpinga pinga. Dia seorang je yang macam blur tengok semua orang serious.

Linda dengan tak semena mena, membaling bantal buat kali ketiga kepadanya. "Pergilah study kau tu nak SPM!"

Baiklah, mari buka buku!

Aspek aspek peningkatan tamadun. Tamadun Yunani dan Rom. Corak pemerintahan di Yunani mengalami pelbagai perubahan daripada monarki, oligarki, aristokrasi, diktator dan akhirnya demokrasi.

Ok, monarki, oligarki, aristokrasi bagai ni apa pulak?

"Kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul." tiba-tiba Rayyan menyampuk. Aku pandang dia. Eh? Tapi dia tengah main phone. Dahlah tersengih sengih lagi tu. Takkan dia yang cakap tadi? Ok aku test sikit.

"Tu apa?" aku soalnya.

Kemudian barulah dia memandang aku. "Oligarki." Lepastu sambung balik tatap phone dia.

Aku check balik apa yang dia kata tadi dalam buku teks. Nak tengok betul ke tak.

OLIGARKI: Kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul.

Whaaaat?

Biar betul abang aku yang jawab tadi? Macam tak percaya. Ok, bukan aku fikir dia nampak bodoh ke apa HAHA (astaghfirullahalazim), cuma aku jarang nampak dia belajar dalam rumah. Plus dahlah tengah main phone sambil tersengih sengih. Macam susah-

"Apa? Tak percaya ke abang pandai? Abang dapat A+ tau subjek Sejarah exam haritu." katanya sambil tersenyum senget. Suka sangatlah tu tengok muka aku yang susah nak percayakan dia.

"Since abang pandai, apa kata abang ajar Lisa? Boleh?"

"Nope."

"Alah, kenapa?"

"Sejarah ni tak payah nak kena ajar. Fahamkan dan hafal je. Hafal paling penting. Ha tu abang dah bagi nasihat, pergi belajar."

"Tch, fine."

Kurang asam punya abang. Adik sendiri mintak tolong bukan nak ajar. Diri sendiri nak SPM asyik pegang phone je lagi. Kang aku cakap macam tu, nanti ada orang balas burn pulak. Tak pasal pasal mama burn kitorang semua nanti dalam oven kesayangan dia.

Tiba tiba phone di atas meja berbunyi. Ding!

Notification. Adam ke?

Adam: lisa, ada benda nak bagitahu awak ni. satu family saya dah freak out tak tahu nak buat apa. kitorang semua serious takda klu langsung.

Me: awak try tak malam ni? tak berjaya ke?

Adam: tu lah pasal. bukan tak dapat nak tukar, tapi lagi teruk

Uh, dia nak cakap apa ni. Hati aku macam tak sedap je..

Me: apa dia?

Adam: saya tak boleh nak contact dia langsung. he's gone.

Echoed DreamWhere stories live. Discover now