chapter 12

798 70 6
                                    

Dari pagi tadi sampai sekarang aku duduk dekat dalam bilik aku, aku fikir habis habis pasal diri aku.

Yang aku pelik, perkara basic macam bawak basikal, guna handphone, semuanya aku ingat. Kecuali memori aku pasal manusia. Contohnya, dengan siapa aku belajar naik basikal, aku takda memori pun pasal tu.

Alhamdulillah lah memori pasal agama aku ingat. Aku tahu batas aurat perempuan, cara solat semua tu. Tapi siapa yang ajar aku pun aku tak ingat. Ha tapi lagi satu yang pelik, pasal pelajaran yang lain aku tak ingat pulak. Macam tahi betul.

Haih, takpa Lisa. Dugaan hidup. Allah sayangkan kau, sebab tu Dia bagi ujian. Ingat Lisa.

Tapi.. semalam tu. Tiba-tiba je aku teringat sesuatu lepas je aku ketuk kepala aku. Maybe aku kena ketuk lagi sekali kot? Manalah tahu dapat trigger balik memori lain.

Aku pun ketuk kepala aku tiga empat kali. Lepastu aku tunggu beberapa saat. Hm, takda pape pun.

Tengah aku duk mengelamun, tiba-tiba alarm handphone aku berbunyi. Dah pukul 6.00 pagi.

Ha maksud aku 'dari pagi sampai sekarang' tadi tu ialah pukul 4 pagi. Aku terjaga dari tidur dengan sendiri, bila nak tidur balik tak boleh so aku tak tahu nak buat apa. Deep ponder jelah.

Harini hari Isnin, which means bangunan yang penuh dengan manusia aku tak suka dan tak kenal sedang tunggu aku untuk datang. Sekolah.

Aku mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air. Lepas dah siap pakai baju, tudung, semua, aku turun ke dapur. Bau roti bakar sudah menusuk hidung. Bapak sedap!

Mak Ja tengah cuci pinggan, aku ambil kesempatan nak kenal-kenal dengan dia. Aku cubalah jadi friendly. Kononnya dah kenal lama.

"Mak Ja, Mak Timah mana?" aku tanya.

Sekarang ni aku dah cukup kenal rupa paras diorang. Mana taknya, dua-dua cukup berbeza penampilan diri. Personailiti aku tak tahu. Tu yang nak korek ni.

Mak Ja, badannya nak kata gemuk tak jugak, nak kata kurus tak jugak, sederhana lah kot. Badan dia nampak boleh tahan tough. Kulit dia pun tak putih, tak gelap sangat. Sederhana. Tinggi dia pun sama, tak pendek tak tinggi. Yang menarik perhatian aku adalah tahi lalat besar dekat pipi dia. Aku rasa tu memang daya penarik dia sebab bila dia senyum nampak lagi manis.

Mak Timah pulak bertentangan dengan Mak Ja, macam yang aku kata tadi. Mak Timah kulit dia putih dan berseri. Ada kedut pun tetap nampak flawless. Mak Timah tinggi orangnya, at least lagi tinggi daripada akulah. Oh ya, lagi satu, Mak Timah ni sangat sangat kurus orangnya. Kalau korang tengok lengan dia, macam tinggal tulang je. Tapi yang peliknya, hari-hari aku tengok dia makan sihat je.

Mak Ja pusing, memandang aku. "Dia tengah solat subuh tu. Kenapa? Lisa nak mintak tolong apa-apa ke?" soalnya dengan baik sekali.

Aku menggeleng kepala sambil membalas balik senyumannya. "Eh, takdalah. Saja je tanya. Um, Lisa nak tanya lagi, boleh tak?"

Mak Ja mengangguk, dia menarik kerusi dan duduk di hadapan aku. "Tanya je, Mak Ja pun tengah bosan ni asyik buat kerja rumah je."

Aku ragu-ragu pulak nak tanya sebab soalan aku ni nanti bunyi pelik pulak macam mana?

"Umm, antara Mak Timah dengan Mak Ja, siapa lagi rapat dengan Lisa?"

Automatik Mak Ja membuat muka bangga. "Semestinya Mak Ja."

Hm, agak dah. Semalam aku tanya Mak Timah benda yang sama, dia kata aku paling rapat dengan dia. Mak Ja pulak lain katanya.

Maybe aku patut tanya abang aku je. Diorang mesti tahu.

On the way ke sekolah, masa traffic light warna merah, aku tanya Rayyan.

"Abang, Lisa dulu okey ke dengan Mak Ja dengan Mak Timah?"

"Okey? Okey je. Kenapa?"

"Lisa lagi rapat dengan siapa antara diorang berdua?"

"Hmm, abang rasa sama rata je kot. Lisa pernah bagitau abang yang Lisa takut kalau lagi rapat dengan salah sorang, nanti mesti ada yang terasa."

Wuhu, baik jugak en diri aku yang dulu ni. HAHA.

"Dah takda apa apa nak tanyakan? Jangan kacau abang bawak motor ni, nanti mengganggu concentration abang."

Cis, dia ni. Baru tanya sikit je pun. Hm, takpalah. Betul jugak cakap dia. Demi keselamatan kitorang jugak.

Kelas.

Sekarang ni dah waktu ketiga. Cikgu takda masuk ke?

Aku pandang Lucas yang dari tadi tak bercakap dengan aku.

"Hey," aku tegur.

Dia diam tak menjawab. Matanya asyik tertumpu dekat buku yang dibacanya.

Hek eleh, tak habis habis dengan novel cinta dia ni. Tajuk apa pulak kalini?

Aku sengetkan kepala, nak tengok tajuk dia. Tapi Lucas sengaja tutup dengan tangan dia. Tak guna betul.

Lantaklah dia tu. Baik aku belajar. Dahlah sekarang ni aku tak tahu apa-apa. Haih, Lisa Lisa. Tak baik kau nak bazirkan masa.

So aku pun keluarkan buku Mathematics dan kalkulator.

Baru 10 minit berlalu, kepala aku dah penuh dengan tanda tanya.

Apa benda semua ni??

Aku menguap tanpa menutup mulut. Aduhmak, rasa mengantuk pulak. Baik aku tidur ngeh ngeh.

20 minutes into sleeping..

"Oi, get up!" meja aku diketuk kuat. Terus terjaga aku dari tidur. Bapak ah, kuat gila nak mati dia ketuk. Nak bagi aku heart attack ke apa?

Aku menjeling Lucas dengan tajam. Dia cuma tersenyum senget sambil menunjuk ke hadapan.

Oh, cikgu dah sampai rupanya.

"Okey, kelas. Macam yang kita bincang minggu lepas, hari sabtu ni kita akan buat lawatan ke KLCC. Semua dah bayar yuran?"

Wait what?

Lawatan? KLCC? Did I miss something here?

"Hei, bila cikgu bincang benda ni minggu lepas?" aku tanya Lucas.

Dia mengerutkan kening. "How the hell did you not know? You were in the class the whole time."

"Ei, manalah aku tahu. Tulah aku tanya kau."

Tiba-tiba air mukanya berubah, seperti baru teringat sesuatu. "Oh right. You were sleeping."

"What?! Habis kau tak fikir nak kejutkan aku? Some kind of friend you are." aku menggeleng kepala.

"Is it my fault you were sleeping? No, it was yours. Don't put the blame on me. And who says we're friends? We never were. Never are. Never will be."

Ouch.

Kejam betul dia ni. Aku bukannya nak salahkan dia, tapi at least dia boleh tolong kejutkan aku. Susah sangat ke? Dasar mamat tak guna betul dia ni.

Echoed DreamWhere stories live. Discover now