chapter 11

913 72 9
                                    

Uh, apa dia buat dekat sini ni? And aku tak boleh nak tegur dia lagi sebab takut salah orang lol. 

"Is it just me or lelaki tu berjalan ke arah kita?" tanya Linda, dia pun tengah pandang Lucas/Adam. Rayyan yang tengah sibuk bergaduh dengan Yusuf pun terus memandang ke arahnya. 

Lepastu dia pandang aku. "Eh, tu bukan ke.. uh, siapa eh. Lupalah. Eh, abang pernah nampak ke? Entah, salah orang kot." katanya sambil menggaru kepala. Ei, dasar pelupa betul. Eh tapi dia baru nampak Lucas sekali je kot haritu haha.

Aku tak mengendahkan diorang, dan terus berjalan ke arah Adam or Lucas or whatever. 

"Kau buat apa kat sini?" soal aku, sebaik sahaja aku berdiri depan dia. 

Dia pandang aku ragu-ragu, lepastu dia bercakap perlahan. "You know it's me, right? Not that guy you sent me -- Oh, and if you don't believe me, my eyes are blue."

Aku terus pandang dia dengan pelik. Apa kena dia ni? Takda pulak aku cakap aku curiga dia ni Adam ke apa, tapi dia sibuk pulak nak yakinkan aku. Dan.. macam mana dia tahu perbezaan dia dengan Adam cuma mata diorang? 

Aku bukak phone dan check balik gambar Adam tadi. Aku zoom in kan semampu yang boleh. Mata Adam bukannya nampak sangat tadi. I mean, kitorang duduk dalam gua kot. Okay, this is getting way too suspicious. Kalau dia tak cakap ni tadi aku mesti ingat coincidence je. Heh, nak buat macam mana. Kalau dia ni jadi spy, dah lama kena dedah identiti.

 "Alright, you're Lucas. Tapi apa kau buat dekat sini? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Ni lagi satu yang pelik, macam mana dia tahu aku dekat sini? Nak kata aku bagitahu Adam, mana ada. 

Lepastu dia tiba-tiba je smirk dekat aku. "Haven't I told you? I know things, Lisa."

Oh. 

Oh. 

Oh.

Nah, aku sebenarnya still tak faham macam mana dia 'know things'. Omg, jangan kata..

Lucas menggeleng kepalanya. "I'm not a stalker, if that's what you're thinking." 

Aku terus memandangnya dengan muka terkejut. Dia ni..

Lagi sekali dia menggeleng kepala. Ha sudah, apa pulak kalini. "And I don't read your mind. I'm not a psychic." 

SAH, DIA BACA MINDA AKU GILA. 

"I'm not." 

Aku ketawa hambar. "Habistu macam mana kau tahu exactly apa yang aku fikir? And don't tell me you 'know things'. That's a bunch of crap."

Dia terus mencebik. "Fine. I don't read your mind, but I read your face. Your face tells me everything." 

"What does that even mean?" 

"It means, you are--" 

"WAIT, don't change the topic. Apa kau buat dekat sini?" 

Dia buka mulut nak jawab, lepastu tutup balik. Dia menggaru kepala dan menongkat dagunya. "You're right, what am I doing here anyway? This is pointless, bye." dia terus berlalu pergi begitu sahaja. 

Aik? 

What even?

Aku memang speechless gila, sebab dia tinggalkan aku macam tu je. Bukan dia ada benda penting ke nak cakap? Wait, aku nak tanya pasal Adam tapi dia dah hilang pulak. Hish, salah aku jugak tetiba frozen tadi eii.

Aku pandang belakang, nampak Yusuf, Linda dengan Rayyan perhatikan aku. Uh, memang diorang dari tadi ke dekat situ?

Aku jalan balik ke arah diorang. Tak sampai lima saat aku sampai dah terus kena attack dengan soalan tak munasabah diorang.

Echoed DreamWhere stories live. Discover now