chapter 34

650 65 13
                                    

"No."

"What? I'm not lying, trust me," Lucas tersenyum senget sambil menjongketkan keningnya beberapa kali.

"No."

"Hm, okay then. Bye," Lucas memejamkan matanya.

Aku mengerutkan kening, tak faham kenapa dia tetiba bye dekat aku. "Kau dah kenapa tetiba bye— oh."

Dan sekarang ni aku hadap Adam yang tengah gelabah tak tahu nak buat apa. Pandang aku pun tak sanggup. Great.

"Er, Adam—"

"Uh, sa— saya nak pergi tandas!" dia secara tiba tibanya bangun dari kerusi dan bergegas keluar kelas.

Maka, terasa semakin janggallah aku dibuatnya. Kenapa dia tak boleh nak act normal macam takda apa apa berlaku je kan lagi senang hidup aku.

"Hai, Lisa— kenapa hidung merah tu?" soal Sarah yang terkejut melihat hidungku yang serupa reindeer dah.

Muka aku terus masam mencuka bila teringat insiden yang menyebabkan hidung aku jadi macam ni. Aku lari dari Lucas, tapi bila aku toleh ke belakang sekali, terus tersadung ke depan dan yes, muka straight kena lantai. Nasib baik simen, kalau atas jalan tar tu? Bercorak batik darah muka aku nanti.

"Terjatuh," balas aku ringkas. Malas nak dibesarkan cerita. "Anyway—"

"Lisa!" tiba tiba suara orang lain memanggil nama aku. Aku toleh ke tepi.

Sarah pun pandang ke empunya suara itu dan mengeluh, bunyi macam penat. Penat setiap kali manusia tu muncul. Aku terus ketawa kecil.

"Ya, abang? Kenapa datang kelas Lisa ni?"

Rayyan tak menjawab, tapi dia terus berjalan ke arah meja aku dan menarik kerusi Lucas.

"Abang?" aku soal lagi. Since dia duduk dan berdiam diri sahaja.

"Hm?" dia pandang aku pulak. Eh dia ni, datang kelas aku lepastu buat senyap je macam ni kelas dia pulak.

"Datang sini buat apa?" aku pulak yang mengeluh kalini.

"Oh, takda apa. Saja," Rayyan tersengih, lepastu dia mengalihkan pandangannya ke depan. Terkelip kelip mata aku dengar jawapan tak munasabah dia. Jarang jarang dia nak datang kelas aku, ni bila datang, kata saja pulak. Tebiat apa pulak dia buang ni.

Sarah mendekati aku dan berbisik perlahan. "Woi, tak nampak ke abang kau tu macam ada masalah? Cuba tanya dia, muka dia nampak macam tension je tu."

Aku mengangkat kening dan tersenyum senget. "Oh? Nampaknya kau lagi kenal abang aku dari aku sendiri."

Sarah menjeling aku dan mengabaikan ejekan aku, dan suruh aku tanya Rayyan apa yang mengganggu fikirannya.

"Abang, ada masalah ke?"

Rayyan terkejut, memandang aku dengan mata bundar. "Nampak sangat ke?"

"Tak nampak sangat sebenarnya—" aku pandang Sarah dan menjongketkan kening, "tapi dapat rasakan aura negatif abang tu dekat sini. Cuba cerita sikit. Mana tahu Lisa ke, Sarah ke boleh tolong."

Sarah memijak kaki aku dari bawah. Dia pantang kalau aku suka usik dia dengan abang aku. Tah kenapa dia tak gemar dengan abang aku tah, tapi kelakar dna menyeronokkan bila tengok muka dia yang tersangatlah annoyed tiap kali aku kata diorang berdua tu otp aku.

"Abang sebenarnya—" dia pause kan ayatnya dan mengusapkan mukanya dengan gaya paling dramatik. Tension sangat ni nampaknya. Gaduh dengan kawan ke apa ni?

"Gaduh dengan kawan ke? Ke abang blackmail orang? Siapa yang benci abang pulak kalini?"

Rayyan menjeling aku. "Kalau abang blackmail orang tu buat apa abang yang nak sedih."

Aku mengangkat bahu. "Yelah, biasanya bila ada pergaduhan yang melibatkan abang, mesti orang lain yang end up sedih, abang pulak mesti gembira."

"Okay tu kejam. Abang tengah sedih ni tau!"

"Ha yelah yelah. Sorry. Sebab apa ni sedih?"

"Abang sebenarnya..."

"Sebenarnya...?"

Rayyan memandang beg aku, yang aku tengah sandar di belakang ni. "Bak jap beg Lisa."

Walaupun confused, aku bagi je. Tah apa kaitan dia sedih dengan beg aku pun tak tahu.

Dia mengeluarkan bekal makanan aku, yang dibuat oleh Mak Timah pagi tadi.

"Abang sebenarnya—" dia tiba tiba bangun dari tempat duduk Lucas. "Lupa nak ambik bekal tadi! So terima kasih bagi dekat abang!"

Dan dia terus berlari keluar dari kelas aku.

Macam tu je.

Aku mendengus geram. Dijelingnya Sarah sekali.

Sarah mula meningkat jarak antara kitorang. "And that's my cue to leave. Chow dulu!"

Tak lama lepastu, Adam masuk semula ke dalam kelas dengan kasual.

"Adam, boleh kita—"

"He's not here. Too much of a coward, that little brat."

"Um, okay. Apa yang dia takut sanga— omg, aku menakutkan dia ke?"

Boleh jadi jugak, kan? Dah kalau orang ramai takut dengan aku, tak mustahil Adam pun turut sekali rasa benda sama. Ke muka resting bitch face aku ni menakutkan dia?

"No, he's just being a loser. He rarely had a crush or people crushing on him before so he's freaking out."

Aku menekup mulut. How adorable. Dia buat macam tu sebab dia tak biasa rupanya.

"Anyway, he said he wants to see you this weekend. That's if you're not busy," kata Lucas.

"Oh, ada hal apa?"

Dia memandang aku dengan muka paling bored, seperti nak mengatakan 'you're seriously asking me a stupid question you piece of breadstick'

"What? Salah ke aku tanya?" aku terfikir. Bodoh ke soalan aku?

"He wants to take you out on a date, duh. Stop being so.. you."

Aku terus menjeling dia tajam. Ada patut dia kata stop being so me? Me tu as in me the bodoh one ke apa? Memang nak kena penampar dengan novel 600 muka surat dia ni.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Echoed DreamWhere stories live. Discover now