Bab 9

774 41 3
                                    

"Weh Ijat. Nak ke mana malam-malam ni?"

Azam menyoal sambil memandang Izzat yang kelihatan kalut menyisir rambut. Mahu berdating dengan Fatimah kah?

"Lah. Kau ada ke kat rumah. Aku ingat kau stayback kat library hari ni,"

Lumrah dengan kehidupan bergelar pelajar kejuruteraan, asainmen mengalahkan tinggi Gunung Datuk. Azam yang merupakan top student selalu lepak santai di perpustakaan. Senang nak cari buku rujukan katanya. Pelajar contoh la katakan.

"Mana... Aku terlelap habis kelas tadi ha. Nasib baik aku dah baca nota untuk kelas esok,"

Balas Azam sambil menggaru dahinya.

Kan dah kata. Azam ni memang terbaiklah. Mana ada siswa yang komited macam dia membaca nota selalu jika bukan kerana test semata.

"Aku nak keluar ni. Lan ajak cari makan, nak pesan?"

Izzat mematikan lamunan dirinya. Bimbang Mazlan akan tarik muncung angsa pula jika dia berlengah lagi.

"Tapau burger ayam dua bungkus. Nah duit."

Azam senang memberi pesanan sambil menghulurkan sekeping not merah. Izzat hanya mengangguk sambil melangkah laju keluar rumah. Khalid yang sedang menyarungkan selipar mengajak Izzat ke kereta dengan menggunakan isyarat kepala.

Izzat hanya turut serta sambil berpaling untuk menutup pintu. Sebaik saja dia menoleh, kelihatan Khalid telah berada jauh di depan pagar.

"Eh, lajunya dia jalan,"

Izzat menggumam pelik. Dia pasti Khalid ada bersamanya sebentar tadi. Ah, biarlah. Janji perut dia bakal diisi sebentar lagi. Adib yang baru hendak berdiri setelah menyarungkan sandal terdiam mendengar omelan Izzat.

'Biar betul dia ni? Khalid dah lama kot ada kat pagar.'

Bisik hati Adib. Dia menepuk bahu Izzat sebelum melangkah mendekati Mazlan yang seakan bosan menanti dalam kereta merahnya.

"Woi, Lan! Bukak ah pintu! Main kunci pulak!"

Kata Izzat sambil mengetuk-ngetuk cermin di bahagian pemandu.

Eh? Mazlan bingung sendirian. Seingatnya, dia tidak kunci kereta tadi. Ah! Mungkin auto lock kot.

Enggan membiarkan otaknya dibayangi perkara aneh, Mazlan membuka kunci kereta tanpa banyak soal.

"Woi, Khalid! Tepi ah sikit! Aku langgaq hang baru tahuan hala!"

Jerit Mazlan dari tingkap kereta. Khalid hanga tercengang kaku seolah baru tersedar dari mimpi berundur dalam lima langkah untuk memberi laluan kepada Mazlan memandu keluar.

Pagar rumah dikunci sebelum kakinya melangkah menuju ke kereta. Tiada lagi bayangan perempuan yang duduk di sebelah Mazlan.

Adakah Khalid tersilap nampak? Apakah matanya cuba bermanja dengan Khalid dengan menghasilkan bayangan yang bukan-bukan?

Ahhh! Gasaklah! Perut dia pun dah lapar ni. Kalau dilayan perasaan, sampai esok pun tak habis!

Dalam diam, Azam menjengah keluar dari tingkap, ingin memastikan pagar rumah ditutup setelah mereka keluar. Wajah Khalid yang kelihatan sedikit muram dapat dilihat dari dalam rumah.

Ada masalahkah Khalid?

Bunyi kuakan pintu bilik Najib dan Adib berjaya menarik perhatiannya. Mata Azam pantas dilirikkan ke arah Najib yang melangkah longlai menuju ke dapur sambil memegang gelas kosong.

"Eh, Jib! Kau dah kenapa ni?"

"Oh, Azam. Aku pening sikit ah. Panadol ada?"

"Aiseh. Aku baru telan petang tadi. Paracetamol ada la, nak?"

"Cincai ah. Aku tak tahan sangat ni,"

"Kalau kau sakit sangat, lepas makan ni try baca satu doa untuk hilangkan sakit kepala,"

"Huh? Ada jugak ke doa macam tu?"

"Ada, nanti aku ajar kau."

Begitulah sikap Azam yang tak pernah lokek berkongsi ilmu walaupun sedikit. Padanya, ilmu yang diperoleh bukan untuk diperam seorang. Lagi bahagia kalau kawan-kawan dapat manfaat bersama.

"Nah, makan dulu ubat ni. Jangan lupa baca doa,"

Azam menghulurkan sepapan Paracetamol kepada Najib yang kembali berbaring di atas tilamnya. Pemberian daripada Azam disambut lemah sambil tangannya laju memicit keluar dua biji ubat tersebut. Setelah ubat diteguk bersama air suam, Najib bersandar sambil melihat Azam yang setia menemaninya.

"Kau kata ada doa untuk bagi hilang sakit kepala, apa dia?"

"Oh. Tapi kau kena betul niat dulu ah. Yakin pada Allah untuk sembuhkan sakit kau ni,"

Najib terdiam sambil kepalanya cuba menghadam kata-kata Azam. Kepalanya diangguk sambil bibir menghadiahkan secalit senyuman kepada Azam.

"Baca La Yu sodda'auna anha wala yun zifun sambil picit kepala kau. Baca ulang ulang sampai kau terlena. Dengan izin Allah, hilanglah sakit kau tu,"

"Terima kasih weh. Err, surah mana ni?"

Soal Najib berhati-hati bimbang mengguris hati Azam. Bukannya tidak percaya tapi zaman sekarang dah terlalu banyak orang cuba seleweng manusia yang kurang ilmu agama dengan pelbagai cara. Bacaan yang bunyinya seakan Al Quran kerana dipertuturkan dalam Bahasa Arab. Sesiapa yang tidak menghafal kitab suci tersebut seperti Najib sudah tentu akan mudah dibohongi.

"Oh, surah Al Waqiah, ayat 19. Check lah Al Quran kalau kau nak tahu maksud,"

Balas Azam sambil tersengih seolah tahu apa yang bermain di benak Najib.

"Arrr, ok thanks. Aku lena dulu,"

Kata Najib sebelum selimut ditarik laju. Malu dengan Azam yang seakan tahu apa yang terdetik dalam hatinya.

Azam tersenyum sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya.

P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

Media showed Azam. It is Tae Yong from Sm Rookies. Is it fit Azam in your imangination guys?

IDENTITI:2Where stories live. Discover now