BAB 57

127 6 0
                                    


"Erghhh... Aku kat mana ni?"

Soal Mazlan sambil membuka matanya yang terasa sangat berat. Tangannya cuba untuk digerakkan, namun ada sesuatu yang membelenggu dan menghalang pergerakan tangannya. Matanya dikerdipkan beberapa kali dan ternyata kedua-dua tangan milik Mazlan kini tertambat pada handcuff yang tergantung di dinding. Mazlan kini berada dalam posisi berdiri dengan tubuhnya terikat ketat pada dinding.

"Apa... Semua ni?"

Mazlan menyoal dirinya sendiri apabila cahaya samar-samar dalam ruang yang mengurungnya tidak langsung membantu Mazlan merungkai persoalan mengenai keberadaannya pada saat itu. Matanya dikerdipkan beberapa kali dan akhirnya, mata Mazlan berjaya melihat keadaan yang samar-samar di matanya. Pelbagai alat penyeksaan zaman Medieval kelihatan berselerakan di seluruh ruang tersebut.

Beberapa peralatan penyeksaan kelihatan di depan matanya. Mazlan meneguk air liurnya apabila melihat The Brazen Bull, iaitu sejenis alat penyeksaan di mana seorang pesalah akan dimasukkan ke dalam arca lembu tersebut. Kemudian, orang yang berada dalam arca tersebut akan dipanggang hidup-hidup. Mazlan mengecilkan matanya apabila dia terbayang situasi di mana dia akan disumbatkan ke dalam arca lembu tersebut. Kepalanya digelengkan beberapa kali, cuba mengusir keluar pelbagai fikiran aneh yang mula menghuni mindanya.

Mata Mazlan merenung pula ke bahagian kanan arca lembu tersebut dan melihat sebuah bangku yang berbentuk pyramid di bahagian tempat duduknya. Mazlan teringat akan nama bangku tersebut yang pernah dilihatnya dalam sebuah majalah sejarah lama. Bangku berbentuk piramid tersebut bernama Judas Cradle, satu kerusi di mana pesalah akan didudukkan di atas bucu tersebut.

Bergantung pada jantina si pesalah, bucu tersebut akan terus menusuk pada bahagian vagina ataupun anus. Si pesalah tersebut akan diikat sebelum sebarang beban ditambahkan pada si pesalah. Perlahan-lahan, beban tersebut akan terus menekan pesalah pada bahagian runcing piramid tersebut. Secara tidak langsung, bahagian anus ataupun vagina si pesalah akan dirobek dan pesalah berkemungkinan mati kerana berlakunya pendarahan yang melampau. Jika hidup pun, pesalah pasti akan dijangkiti kuman dan mesti hidup dalam keadaan penuh seksa.

Mazlan menoleh ke bahagian lain dalam ruang tersebut dan dia menemui pelbagai alat seksaan zaman Eropah Medieval yang nyata akan membuatkan nyawanya melayang. Terkebil-kebil mata Mazlan apabila dia mendapati sebenarnya dia terikat pada alat seksaan bernama Cat's Paw, di mana akan ada satu cangkuk tajam seperti kuku kucing yang akan digunakan bagi menyiat-nyiat kulit belakang tubuh Mazlan.

Bunyi derapan kaki mematikan lamunan Mazlan mengenai detik-detik kematiannya. Nafas Mazlan memberat apabila bunyi tapak kaki tersebut kian mendekatinya.

"Si-siapa kau?! Apa urusan kau dengan aku?" soal Mazlan garang sambil menanti ketibaan kelibat tersebut sampai.

"Dah bangun, Lan?" sapa suara tersebut lalu menampakkan wajahnya.

"Kau?"

***

"Mummy! Jom jumpa abang?"

Sapa suara kecil tersebut sambil menarik tangan ibunya agar bergerak dengan lebih pantas. Si ibu hanya mengeluh apabila dia menjejakkan kaki ke tempat tersebut sekali lagi. Tujuan lawatannya saban hari adalah untuk mengetahui keadaan anak lelakinya yang menghidap leukemia. Para doktor sepakat mengatakan bahawa budak lelaki tersebut punya harapan yang amat tipis untuk pulih kerana kondisinya yang seakan enggan lagi meneruskan hidup di dunia. Seolah-olah dunianya telah sedia hancur sebelum dia disahkan menghidap penyakit tersebut.

Namun, baru-baru ini, satu keajaiban telah berlaku di mana budak lelaki tersebut menunjukkan progress yang amat menakjubkan dalam setiap sesi rehabilitasinya. Daripada remaja yang murung dan menghitung hari kematian kepada seorang lelaki yang sangat positif. Ibunya juga tidak tahu apakah punca budak lelaki tersebut tiba-tiba saja memperoleh semangat untuk terus hidup yang luarbiasa. Oleh sebab anak lelakinya merupakan waris tunggal lelaki untuk mengepalai syarikat suaminya, si ibu tidak punya pilihan selain terus memantau kesihatan anak lelakinya, bimbang harta yang telah terkumpul bakal jatuh ke tangan adik-beradik suaminya.

IDENTITI:2Where stories live. Discover now