Bab 48

710 36 41
                                    

"Hoih! Jom la balik. Dah dah la tu nak buat benda haram pun,"

Panggil Azam apabila dua jam telah berlalu. Bateri telefon pintarnya mulai merah. Azam agak kesal kerana tidak membawa bank kuasanya. Jika tidak, boleh saja dia duduk sambil bermain game.

"Arghhh.... Ahhhh... Ahhh..."

Bunyi erangan yang kuat membuatkan Azam mengeluh.

'Aduhhh. Kalau bunyi macam tu, lama lagi la nak habis,'

Bisik Azam malas dalam hati.

Izwan dan Najib juga tidak kelihatan. Mungkin masing-masing masih lagi hanyut dalam dunia mereka sendiri bersama pasangan masing-masing. Unbelievable. Senang sungguh nak dapat apa yang mereka nak. Apa tak terfikir dosa pahala?

Azam hanya tersenyum lemah sambil melangut memerhatikan butiran bintang yang bertaburan di dada langit. Sejak bila ya, rakan-rakannya mula menunjukkan sisi liar sebegini? Sebelum ini tidak pula mereka bersikap seperti ini. Apakah punca yang mengubah mereka?

Prap!

Bunyi derapan ranting berjaya menarik perhatian Azam untuk berpaling ke belakang di mana pandangannya beralih pada satu figura yang sedang berdiri di bawah pohon besar itu. Siapakah dia?

Baru saja Azam mahu berdiri dan berjalan menuju ke arahnya, bahunya tiba-tiba ditepuk dari belakang.

"Zam, jom ah balik."

Tegur Najib sambil tersengih-sengih. Jelas kelihatan beberapa tompokan air di seluarnya. Namun, itu bukan prioriti Azam buat masa sekarang.

Matanya cepat-cepat dialihkan untuk melihat kembali figura tadi namun hampa. Apa yang tinggal hanyalah pohon besar terbabit.

'Haram jadah. Timing tak kena la Jibby sekor ni pun,'

Marah hati Azam. Matanya masih lagi melilau mencari kelibat yang muncul sebentar tadi.

Adakah mata Azam cuba bermain-main dengannya? Baru saja dia melihat sesusuk tubuh sebentar tadi, sekarang dah hilang?

Kepalanya yang tidak gatal digaru-garu sambil kepalanya berpusing. Ajakan daripada Najib tidak diendahkan oleh Azam.

'Ah! Kenapa mesti sekarang korang nak ajak? Tadi aku ajak taknak pulak!'

Marah hati Azam lagi sekali.

Wajahnya sedikit cemberut kerana bengang dengan kehilangan figura tadi. Entah kenapa, Azam seakan mengenali susuk terbabit, tetapi siapa?

Sedang Azam leka berfikir, Khalid dan Izwan melaung dari seberang jalan. Entah bila pula mereka siapkan kerja.

"Oiiii! Jom la balik! Esok tak larat pulak nak pi Skytrex!"

"Ya la! Ya la! Tunggu la jap!"

Laung Najib kembali.

Azam hanya diam melihat aksi mereka. Tidak pula dia nampak di mana Idris pada saat ini. Sudah pulangkah dia? Jika ya, dengan apa? Mereka datang sekereta sebentar tadi.

"Mana Derih?"

Soal Azam inginkan kepastian. Dia tidak suka hidup diselubungi misteri.

"Tu... Dok jalan kat seberang,"

Balas Najib sambil menjuihkan bibirnya ke seberang jalan. Kelihatan satu kelibat sedang berjalan menuju ke arah Khalid dan Izwan.

Baru saja Azam mahu mengangguk, terlihat satu cahaya silau dari tangan kiri lelaki terbabit. Apabila diamati, sebilah pisau tersisip kemas dalam genggaman lelaki terbabit.

IDENTITI:2Where stories live. Discover now