Bab 18

851 33 0
                                    

"Hah!"

Najib terjaga bangun dari lena panjangnya. Amaran dari lelaki tua tersebut bergema dalam mindanya.

Kenapa Najib dituduh buta pula?

Apa yang lelaki tua itu cuba sampaikan?

Bab balasan dari Tuhan itu...

Najib hanya meneguk air liur yang terasa kesat di kerongkongnya. Matanya mula melilau mencari kelibat Adib. Di manakah sahabatnya itu?

"Adib, bangun Dib,"

Kedengaran suara Mazlan dari ruang tamu rumah mereka. Najib bangkit dari tilam nipisnya dan bergerak ke arah rakan lain. Kelihatan Adib sedang tersandar lesu pada dinding bercat kuning. Apa yang terjadi pada Adib?

"Lan, Khalid, Ijat, apa yang dah jadi ni?"

Soal Najib yang kebingungan. Rakan-rakannya kelihatan cemas dalam usaha mengejutkan Adib.

Adib yang mulai tersedar membuka matanya secara perlahan sambil dahinya sedikit berkerut.

"Arghhh, apa dah jadi kat aku?"

Soal Adib sambil memegang kepalanya. Matanya memandang rakan-rakan serumahnya yang sedang berkerumun di hadapan pintu rumah. Masing-masing mempamerkan riak wajah bimbang sambil berteleku di samping Adib. Talk about bromance.

"Kau tu yang tiba-tiba jatuh, pehal?"

Soal Mazlan tidak sabar. Izzat hanya mengetuk belakang kepala Mazlan sambil menjeling tanda menyuruh Mazlan diam.

"Asal kau pukul aku?"

Mazlan cukup marah apabila ada orang yang bermain dengan kepalanya. Bahagian lain boleh disentuh, kepala sahaja kawasan larangan bagi rakan-rakan lain untuk dijadikan mainan.

"Tunggu ah dia elok sikit. Ni kau sembur terus. Lagi gelong la dia wey,"

Ujar Izzat sambil mempamerkan riak wajah yang sangat serius. Entah kenapa dia terasa debaran yang sangat tidak menyenangkan. Seolah-olah ada perkara buruk yang bakal berlaku.

"Aku okay la. Chill semua,"

Kata Adib sambil bingkas bangun. Darah menyerbu naik ke bahagian atas kepalanya. Seketika, Adib terpaksa menahan tangannya pada dinding, bimbang akan tumbang sekali lagi. Desingan di telinganya membuatkan Adib pening.

"Weh, kalau tak larat lagi, duduk dulu,"

Ujar Najib bimbang. Adib hanya mengukir senyum sambil berjalan perlahan menuju ke arah biliknya. Otaknya masih lagi tidak mampu memcerna 'mimpi' yang dia alami sebentar tadi.

Pintu bilik ditolak perlahan sebelum ditutup. Najib enggan membiarkan sahabatnya keseorangan menanggung sakit di dalam bilik, kakinya pantas dihayun menuju ke arah kamar mereka.

"Jib, tunggu."

Terpacul suara Izzat yang kedengaran seperti amat terdesak. Najib berpaling menghadap Izzat, Khalid dan Mazlan yang masih lagi berada di pintu rumah.

"Pehal weh? Aku nak tengok Adib. Nanti dia muntah, susah,"

Najib berasa terganggu apabila Izzat cuba melengahkannya daripada mendapatkan Adib di dalam bilik. Apa yang Izzat mahukan?

"Kau... Ada bagi tahu Adib ke pasal benda tu?"

"Aku tak bodoh nak cerita benda yang kita buat sesuka hati. Lagipun kita dah janji walau apa pun yang terjadi, benda ni takkan ada orang lain tahu selain kita,"

Balas Najib panjang lebar. Matanya dicerlungkan ke arah Izzat.

"Okay. Gi ah tengok Adib,"

Laju Mazlan cuba meleraikan ketegangan yang melanda tiba-tiba. Kenapa pula Izzat mesti membuka cerita lama kembali? Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini.

"Apa yang diorang semua kata ni?"

Bisik Azam di balik pintu biliknya. Baru saja dia hendak keluar dan mengambil burgernya, namun perbualan kecil antara rakannya membuatkan langkahnya mati.

Apa yang sedang mereka rahsiakan?


P/s : Jemput baca dan komen apa yang kurang pada IDENTITI keluaran Buku Fixi semua. Terima kasih kerana menyokong. =)

IDENTITI:2Where stories live. Discover now