Kancil dan Injang

2.1K 82 21
                                    

Suatu hari maka arakian hatta berastirehatlah Parameswara dan pengikut-pengikutnya setelah puas melarikan diri dari peperangan yang berlaku di Palembang.

Peperangan telah meletus antara Palembang dan Majapahit pada kurun ke-14. Sebab orang dulu-dulu mana ada kerja buat. Tanah pun banyak untuk diteroka dan dijajah, makanya perang sesuka hati lah.

Papa kepada Parameswara pula adalah seorang papa yang bertimbang rasa dan amat menyayangi anaknya. Makanya papa kepada Parameswara menitahkan supaya baginda lari ke Temasik. Tapi masa tu Lee Kuan Yew tak ada lagi kat Temasik. Jadi benih pun belum lagi rasanya. Jadi siapa yang ada di Temasik pada ketika itu? Siam. Siam ada di Temasik.

Disebabkan takut dipaksa makan daging ular dan biawak, maka Parameswara pun mengambil keputusan membawak rombongan Che Kiahnya lari pula ke Muar dan seterusnya Bertam. Parameswara memang tak berhasrat nak berhenti lama di tanah Temasik yang dikuasai Siam pada ketika itu. Walaupun pengikutnya merayu-rayu untuk stay kerana tak tertahan dek godaan Lady Boy dari Siam. Parameswara memberikan amaran keras kepada pengikutnya supaya jangan mengada-ngada.

Parameswara dan pengikutnya dulu memang banyak mengembara dengan berjalan kaki. Paling power pun setakat boleh tunggang kuda atau gajah la. Jangan harap la nak naik Safee Yang Menunggang atau Shamsul Yusof Mencelah, malah Perodua Kelisa berenjin VTEC type-R pun masih belum wujud pada ketika itu. Jadi setelah jauh berjalan makanya Parameswara mengarahkan seluruh angkatannya untuk berhenti berehat sebentar bersama-sama KitKat.

Parameswara sebagai seorang raja mestilah angkuh. So dia pilih la port yang sikit punya redup dan selesa di bawah sebatang pokok besar. Pengikut-pengikutnya pula kena pandai-pandai sendiri la nak cari tempat selesa. Ya, perangai pemimpin menindas rakyat memang wujud sejak dari zaman dulu lagi. Lagipun rakyat zaman tu tak ada Twitter kalau tak mesti depa dah tweet bash Parameswara. Contohnya:

"Dia ja tau nak redup dan selesa, kami ni biar kering bawah matahari #KitaUbah #IniKalilah"

"Zalim, dia dengan kroni dia ja dapat dok tempat best-best. Tak pernah fikir pasai orang lain #Tukar #IniKalilah"

"Fuck pemerintah tak berhati perut #Anonymous #DudukBantah"

Untuk menghiburkan hati pengikut-pengikutnya yang kepanasan, Parameswara berkenan memberikan pil kuda kepada mereka semua dan mengarahkan seorang DJ untuk spin lagu-lagu EDM. Arakian, bergonjenglah semua pengikut Parameswara di tengah panas terik itu. Tiadalah mereka mencerca pemerintah mereka lagi kerana semuanya sudah khayal hakiki.

Parameswara dan pembesar-pembesarnya turut sama terhibur. Ada pembesar yang mula hisap puting susu sebab dah shemeck teroxx. Dalam keghairahan mereka enjoy tiba-tiba anjing-anjing peliharaan Parameswara melolong-lolong. Salah seekornya adalah Injang.

Pesta terhenti seketika.

Semua menumpukan perhatian terhadap apa yang dilolongkan oleh anjing-anjing tersebut.

Muncul seekor kancil hijau. Kecil tetapi yakin. Menggerak-gerakkan kaki-kaki kecilnya. Mukanya bengis. Seolah-olah cuba memberi amaran agar blah dari tempat dia. Ya aku tau ada versi cerita ada yang kata pelanduk, ada yang kata kancil putih. Versi aku kancil hijau, because I can madefake.

Maka semua yang ada pun tertawalah melihat amarah kerdil dari kancil hijau tersebut.

Seraya itu Parameswara pun melepaskan seekor dari anjingnya untuk pergi menghalau kancil hijau tersebut.

Dengan gaya angkuh, anjing itu pun melaksanakan perintah tuannya. Anjing tersebut tahu, kancil ini bukan tandingannya. Mungkin dia bagi penampar dua, tiga das mesti kancil itu akan insof dan berlalu pergi. Fikirnya.

Nasi Kandar Cerita CampurWhere stories live. Discover now