Life/Hidup

1.8K 84 39
                                    

"Hang ni takdak life la dik." Kata Adlina kepada adiknya Rafa.

"Awat pulak?" Tanya Rafa kehairanan apabila di dilabel sebegitu secara tiba-tiba dan tidak bersebab.

"Takla, aku tengok Instagram hang kosong, FB pun kosong. Twitter pun jarang update. 4square dengan Swarm pun hang takdak. Balik-balik gambaq hang dengan kawan-kawan kat hostel. Boring gila. Takdak life."

"Duh. Habih tu kena update segala benda dalam social media la baru nampak ada life?"

"Dak la, aku tanya ja sebab tak pernah nampak. Hang tak payah la rasa offended sangat. Chill la."

Rafa diam dan terus sumbat earphone dalam telinga melayan lagu kegemarannya. Malas nak dilayan kakaknya itu. Dia kenal benar kakaknya. Sentiasa saja ada benda tentang dirinya untuk dijadikan modal dan dipersoal. Selalunya hanya untuk menjatuhkan air mukanya. Nama saja adik beradik, tapi dia arif benar dengan perangai kakaknya yang suka mengajaknya bersaing.
Tersentak Rafa bila sebelah earphonenya direntap.

"Tumpang dengaq lagu sat." Adlina berkata.

"Tak payah la! Hang bukan suka pun lagu-lagu yang aku dengaq." Rafa menyentap semula earphone tersebut tanda protes.

"Chill la wei. Tumpang dengaq ja pun bukan mati pun kalau hang bagi aku tumpang dengaq. Blergh."

Rafa malas nak menimbulkan isu lalu dia membiarkan saja kakaknya itu sama-sama menikmati lagu kegemarannya. Lagipun bukan luak kalau berkongsi.

"Lagu apa la hang dengaq ni dik. Mendayu-dayu entah apa-apa. Macam lagu nak bagi orang tidoq ja pun."

"Playlist aku, lagu favourite aku la. Hang sibuk apa. Nak dengaq, dengaq. Tak mau dengaq sudah." Rafa mulai geram. Tak dibagi dengar, dia nak dengar. Dibagi dengar, menyakitkan hati.

"Dah la ambik la balik la earphone hang. Entah apa-apa ja playlist hang ni. Tasteless. Fucking lame."

Rafa dengar sahaja setiap bait patah kata berbisa dan menjengkelkan itu keluar dari mulut kakaknya. Mulut kakak yang keluar dari perut ibu yang sama. Katanya-katanya memang dah terbiasa menyakitkan hati Rafa. Perit rasanya, umpama kena liwat tanpa bantuan KY Jelly. Tapi kenapa busuk sangat hatinya pun Rafa tak faham. Mungkin memang naturenya begitu. Ikutkan hati mau saja dilempangnya mulut kakaknya itu bagi diam. Tapi dia tahu hukum. Saudara yang lebih tua jangan dilawan, berdosa.

Setahu dia kakaknya memang begitu. Dari kecil lagi. Suka membanding-banding pencapaian dan segalanya dengan Rafa. Dahlah mereka dua beradik sahaja. Dua-dua perempuan. Tapi kakaknya umpama mewujudkan pertandingan yang tiada erti. Hal ini kerana, hanya kakaknya sahaja yang mahu menyertai pertandingan perbandingan kehebatan itu, sedangkan Rafa, tidak berminat sama sekali.

Kakaknya hebat dalam akademik. Namun tidaklah begitu hebat dalam bidang lain. Rafa masih ingat, kakaknya mengajak dia membandingkan jumlah sijil akademik yang mereka ada. Rafa tak layan. Namun kakaknya sendiri yang menyelongkar fail sijil Rafa, mengira, dan membandingkan sijil miliknya dan Rafa, dan kakaknya jugalah yang mengisytiharkan pemenang pertandingan itu, yang sudah tentulah kakaknya.

Tapi tak pernah sekali kakaknya cuba membandingkan sijil dari aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebab kakaknya memang ada tebiat takkan membandingkan sesuatu yang dia tahu dia akan kalah. Tetapi Rafa adalah seorang adik yang matang. Dia tidak pernah melayan provokasi kakaknya. Baginya, kalau dah kakaknya mahu menang. Maka menanglah. Dia tidak hairan menjadi yang kalah. Lagipun, kalau menang, bukan dapat pingat atau ganjaran. Kalau boleh dapat duit baguslah jugak. Impian dan visi hidup Rafa lebih besar dari sekadar bersaing dengan kakaknya.

Lain pula dengan kakaknya. Matlamat hidup kakaknya mudah. Dapatkan dan buat sesuatu yang mendapat approval rakan-rakan agar boleh dicanangnya di segenap sudut social media yang ada untuk mendapatkan taburan-taburan likes dan comments pujian dari sahabat handainya. Dan baginya, itulah kemenangan hakiki. That is life!

Nasi Kandar Cerita CampurWhere stories live. Discover now