Taktick

1.5K 53 27
                                    

Barakbah adalah seorang tahi Twitter. Tak la famous di Twitter. Tapi dia memang suka scroll timeline. Kadang-kadang RT tweet lucu dan kadang-kadang layan selfie gadis manis.

Tapi ada satu gadis manis ni dia cukup suka. Tapi Barakbah bukannya reti sangat nak ekspresikan perasaan dia. Apatah lagi nak mengayat mintak number phone. Memang tak la.

Barakbah kalau di dunia nyata tak banyak bercakap. Lagipun dia tak ada rupa mahupun karisma. Tapi di dunia maya pun sama. Sebab Barakbah tahu dia tak funny dan tak ada daya penarik. Bila cuba buat lawak saja mesti terserlah kehambarannya. Bila selfie tersenyum terus nampak macam gay tua. Barakbah redha dengan nasib dirinya.

Tapi Barakbah teringin nak berkenalan dengan gadis twitter itu. Nak DM saja mintak number Barakbah langsung tak berani. Terasa kembang kuncup selaput scrotumnya setiap kali ingin berbuat demikian.

Jadi tiap-tiap hari Barakbah memikirkan apakah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan number si dia.

Satu hari si gadis tweet. Setiap tweet dari gadis tersebut memang takkan terlepas dari pandangan Barakbah. Dah minat, mesti la stalk setiap saat. Masa makan stalk dia, masa berak, masa nak tidoq. Setiap masa.

So si gadis tweet,

"Alahh, tak jumpa-jumpa jugak la court shoes Mizuno size 4. Mana nak cari eh?"

Barakbah terus dapat akal. Ini peluangnya! Barakbah dapat merasakan dia amat genius! Taktik ni mesti menjadi!

Esoknya, Barakbah memulakan langkah. Dia tunggu sampai gadis itu muncul di timeline.

Sebaik saja Barakbah nampak kelibat twitcon gadis yang diminatinya itu. Barakbah menggerakkan strategi. Berbekalkan gambar kasut hasil carian google image, Barakbah pun tweet,

"Court shoes Mizuno UK4 nak letgo, reason, tersilap size masa beli. Berminat sila whatsapp ke 015 2448667."

Umpan dipasang.

Dan umpan pun mengena. Gadis tersebut cepat ja favourite tweet si Barakbah. Punyalah gembira mamat bingai tu. Mapundek betui.

Memang gadis tu sahaja pun yang fav tweet tersebut. Ya lah, bukannya ramai orang nak court shoes Mizuno size UK4. Melayu kan gila nak beli DocMart ja. Walaupun tanpa sebab yang kukuh.

Tak lama kemudian, phone Barakbah yang sentiasa lengang dari sebarang mesej berbunyi. Barakbah bukak mesej dalam aplikasi whatsapp itu dengan gelojohnya.

"Salam, nak tanya about kasut Mizuno tu boleh? Berapa ya nak jual?"

Barakbah melonjak kegirangan. Namun dia harus pastikan siapa pemilik number tersebut. Laju-laju dia check default picture penghantar mesej itu. Ternyata wajah gadis yang diidam-idamkannya. JACKPOT!

Untuk mengelakkan dia dari kelihatan buas dan gelojoh, Barakbah tak reply mesej tersebut. Dia memutuskan untuk reply esok sahaja.

Malam itu Barakbah berimaginasi macam-macam. Dia terbayang mengajak gadis itu makan kek sama-sama dan pergi tengok wayang cerita Melayu tipikal lakonan pelakon komedi kegemarannya. Macam-macam imaginasi datang satu demi satu sampai termimpi-mimpi.

Sekonyong-konyong esok pun tiba. Barakbah pun tunggu masa yang sesuai, lalu dia pun reply mesej tersebut,

"Wasalam, maaf cik, semalam saya busy, sorry but kasut tu dah jual la. Cik lambat sikit je."

Tak lama kemudian gadis tu pun reply,

"Oh ok la kalau mcmtu, thanks."

Lepastu Barakbah pun masuk jarum,

"Cik ni yang tweetfamous kat twitter tu eh? Yang twithandle @Su3hyla tu kan?"

Gadis tu reply,

"Yes, sayalah tu. Tapi takdelah famous. Biasa2 je"

Ada respons! Barakbah girang sungguh! Taktiknya menjadi dengan cemerlang! Berjaya juga dia dapatkan number gadis tersebut dan berkenalan. Dia takkan sunyi lagi! YES! YES! YES!

"Oh, macamtu, patut la nampak familiar. Nama betul cik apa ya? Boleh saya save dalam phone ni." Barakbah cuba lagi.

Tiada balasan. Hanya bluetick.

Selepas 10 minit Barakbah hantar lagi satu mesej.

"Cik bz?"

Bluetick lagi. Barakbah rasa nak hempas phone. Tapi dia husnuzon. Mungkin gadis tu sibuk. Lagipun tak nampak perkataan "online" dibawah username gadis itu. Mungkin betul lah dia sibuk tu.

Barakbah tunggu. Dia tak bukak aplikasi lain. Hanya setia menunggu mengadap conversation dia dan gadis tersebut. Tiba-tiba perkataan "online" yang ditunggu hampir 2 jam, muncul. Barakbah terus text,

"Awak bz lg ke? Boleh kenal?"

Bluetick.

"Saya ganggu awak ke?"
"Saya nak kenal awak je please?"
"Awak dapat tak mesej ni?"
"Awak?"

Kali ini tiada lagi bluetick. Hanya single tick berwarna kelabu sahaja yang keluar. DP gadis itu juga sudah tidak kelihatan lagi.

Barakbah redha untuk kesekian kalinya. Hidupnya sepi semula.

Lalu Barakbah buka twitter dan click twitcon gadis tersebut. Sambil itu dia capai baby lotion di atas meja tulisnya.

TAMAT

Nasi Kandar Cerita CampurWhere stories live. Discover now