Mencintai Dia... 12

17K 389 28
                                    

Qalish yang sibuk mencapai itu dan ini di hadapannya, diperhatikan sahaja. Dibiarkan anak kecil itu meneroka dunia kecilnya. Anak asuhannya yang kini sudah menjadi anak tirinya. Sungguh masih sukar untuk dia sesuaikan diri dengan situasi yang baru. Sukar dipercayai akhirnya dia menjadi isteri Farish dan di dalam akaunnya kini ada sejumlah wang yang mampu membuat dia mengukir senyum lega. Tidak sabar mahu serahkan wang tersebut kepada ibu Latifah. Ibu Latifah kawan baik kepada arwah ibunya. Itulah yang diceritakan oleh ibu Latifah. Untuk dia ingat semua itu, mustahil rasanya. Sewaktu ibunya meninggal dunia, dia belum pun berumur setahun. Spontan pandangannya jatuh pada Qalish. Tiba-tiba terkenangkan kisah hidupnya, dia jadi simpati benar pada Qalish. Mungkin dia seusia Qalish sewaktu ibunya pergi buat selama-lamanya. Perlahan dia menyentuh pipi Qalish yang montel.

"Sekarang Alish tak sendiri lagi. Alish ada mama,"dia bersuara sendirian.

Qalish mengangkat muka. Memandang wajah Raisya seakan-akan memahami kata-katanya. Raisya tersenyum.

"Comelnya. Macam faham aje apa mama cakap ya?,"agahnya sambil tergelak kecil. Mendengar gelaknya, Qalish turut tergelak sama.

"Comel. Comel sangat. Mama kena peluk jugak ni,"Raisya bersuara lagi sambil mengangkat tubuh kecil Qalish. Dipeluk sambil mengucup pipi Qalish yang bulat. Membuat bayi itu ketawa mengekek. Raisya tersenyum riang. Lupa seketika pada hatinya yang jadi tidak menentu setiap kali dia teringat dia kini isteri kepada Farish. Mungkin kalau dua puluh empat jam dia sentiasa fokus pada Qalish, hatinya akan tenang seperti sebelum ini. Dia tersenyum.

"Raisya?,"

Raisya mendongak. Ibu mertua merangkap majikannya tercegat di hadapannya. Dia melarik senyum.

"Ya, Puan?,"

Puan Rogayah kerutkan muka.

"Eh, lupa. Ya, mama?,"perlahan dia membetulkan silapnya bersama nada segan yang masih belum hilang. Adakah semua gadis yang baru berkahwin akan mengalami rasa yang serba tidak enak ini? Dia jadi tertanya-tanya sendiri.

"Pergilah temankan Farish sarapan,"

"Saya dah sarapan, mama. Kan kita sarapan sama-sama,"

Puan Rogayah tersenyum. Tidak salahkan Raisya yang masih terlalu muda untuk satu tanggungjawab yang cukup besar.

"Suami awak tengah sarapan. Jadi, tanggungjawab awak, temankan dia,"

"Qalish?,"

"Tak apa. Mama boleh tengok sekejap,"

Raisya masih diam di hadapan Qalish. Seketika, dia memandang Puan Rogayah.

"Kalau hilang terus selera dia nak bersarapan sebab tengok muka saya, macam-mana?,"

Puan Rogayah tersenyum.

"Dah. Pergi teman Farish sarapan. Qalish tinggal dengan mama kejap,"

Raisya mengangguk lemah. Perlahan mengangkat punggung. Hampir seminggu menjadi isteri Farish, dia seakan gerun mahu berdepan dengan lelaki itu. Tahap serius lelaki itu rasanya semakin berganda-ganda. Tetapi, demi arahan ibu mertua, kaki diatur juga ke meja makan. Hari minggu, lewat Farish turun untuk sarapan. Melihat Farish tekun membaca akhbar di meja makan, dia diam seketika. Berkira-kira untuk menegur atau berlalu meninggalkan Farish. Tidak mahu mengganggu lelaki itu, dia berpaling. Mahu melangkah pergi. Meninggalkan Farish menghabiskan sarapannya dengan aman.

"Duduk,"

Langkahnya mati serta-merta. Sangkanya Farish tidak menyedari kehadirannya. Dia berpaling semula menghadap meja makan. Farish kelihatan masih serius membaca akhbar.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now