Sayang Papa Saya, Tak? 19

20.1K 485 48
                                    

"Apa gelak-gelak?,"

Makin nyaring gelak Qalish apabila disergah begitu. Raisya tersengih.

"Jangan gelak bila mama bebel,"sergahnya sekali lagi menambahkan lagi nyaring gelak Qalish. Qalish menggapai tangan dari kerusi bayi. Raisya menggelengkan kepala.

"Duduk situ dulu ya. Mama habiskan kerja sikit lagi ni,"

Tergesa-gesa Raisya menghidangkan bihun goreng di meja. Mengambil kesempatan sementara Qalish masih boleh bergelak ketawa.

"Tak ke mengada-ngada namanya? Pagi-pagi bertandang rumah orang. Jogging konon,"sambil merapikan hidangan di atas meja, dia menyambung bebelannya. Pagi-pagi bersua muka dengan Azyan memang betul-betul merosakkan harinya. Tawa Qalish kembali menyentuh gegendang telinganya. Nampaknya bayi itu cukup terhibur mendengar bebelannya.

"Gelak... gelak... makcik tu datang ada hajat tu tau. Dia nak jadi mak tiri Alish. Alish nak ke?,"

Qalish terus mengekek sambil menepuk meja.

"Seronok nampak. Tak sayang mama lah tu...,"usiknya sambil menyentuh pipi Qalish yang montel. Baru sahaja mahu mengangkat Qalish dari kerusi, telinganya menangkap bunyi tawa. Sambil mendukung Qalish, dia menjenguk ke ruang tamu. Suaminya baru pulang daripada jogging bersama Azyan. Belum masuk ke dalam. Masih leka berbual di pintu utama. Entah apa yang dibualkan sehingga masing-masing senyum sampai ke telinga.

Dia melangkah menghampiri. Tercegat memerhati.

"Ek hem...,"akhirnya dia bersuara apabila kehadirannya di situ seakan tidak disedari.

Farish berpaling.

"Ya?,"

"Saya buat sarapan. Jomlah makan. Ajaklah sekali kawan awak tu,"

Azyan mengangkat kening.

"Tak sakit perut ke nanti?,"soalnya sambil tergelak kecil.

Raisya merenung tajam.

"Sorry... gurau aje,"bersama tawa yang masih meleret, Azyan memohon maaf. Raisya mengerling.

"Pandai ke isteri kau masak ni? Kena ke dengan selera cerewet kau? Kasih dulu pun, jenuh berguru dengan dengan aku sebelum kau orang kahwin,"

Raisya menarik nafas perlahan. Sabar...

Cakap perempuan ini memang langsung tidak bertapis. Mahu beritahu dia handal memasaklah tu. Hati sudah mula membebel.

"Itulah.... siapa suruh kau kahwin dengan budak-budak?,"

Farish tersenyum nipis. Raisya menatap lama wajah Azyan yang kelihatan sangat-sangat berpuas hati dapat menyindirnya.

"Salah tu. Yang betulnya macam ni... itulah'... siapa suruh kau tak kahwin dengan aku'. Betul tak Cik Azyan?,"soalnya sinis sambil mengangkat kening. Azyan terdiam seketika.

"Amboi. Laser betul mulut isteri kau,"

"Raisya, tak elok cakap macam tu dengan tetamu,"

Teguran Farish semakin membuat dia panas hati.

"Tapi, tetamu elok pula kalau sindir-sindir tuan rumah macam tu, ya? Apa-apa je lah korang berdua,"

Farish menghela nafas perlahan.

"Tak padan budak. Kurang ajar,"

Raisya mencemik.

"Tak padan tua, suka cari pasal,"balasnya sambil berlalu. Dia tahu Azyan marah. Jelas di telinganya gadis itu merengus geram. Tetapi, dia peduli apa. Bukan dia yang mulakan. Memang ketara Azyan yang sengaja mencari hal dengannya.

Sayang Papa Saya Tak?Where stories live. Discover now