Sayang Papa Saya Tak? 18

19.4K 430 38
                                    

"Ibu tak pandang aku pun. Marah betul dia kat aku,"Raisya berbisik pilu.

Fathiya memberi pandangan simpati. Memang Ibu Latifah marah betul sebaik sahaja kisah pernikahan Raisya terbongkar. Dan, apabila Raisya muncul hari ini, Ibu Latifah langsung tidak bersuara. Mungkin disebabkan terlalu marah, Ibu Latifah terus berlalu. Dia kenal Ibu Latifah. Jarang mahu bersuara kalau dia berada dipuncak amarah. Bersama kemarahan adalah syaitan. Itulah yang sering Ibu Latifah ulang apabila berlaku pertengkaran di antara penghuni rumah ini. Dan, memang begitu juga dengan Ibu Latifah. Apabila marah, dia akan berlalu seketika.

"Thiya, aku sedih kalau ibu marah aku sampai bila-bila,"

Fathiya menarik nafas lambat-lambat. Wajah Raisya yang gusar membuat dia sedikit simpati.

"Abang Yus?,"soalnya tiba-tiba. Teringat wajah riak wajah Abang Yusri yang jelas kecewa sebaik sahaja Raisya memberitahu dia sudah berkahwin.

Mendengar soalan Fathiya, Raisya mencemik. Tiba-tiba berasa dia sudah melakukan kesalahan yang amat besar.

"Jahatnya aku...,"

"Dah...dah... tak payah buat drama air matalah,"

"Betul ke salah benda yang aku dah buat ni, Thiya?,"

"Nak aku terus-terang?,"

Bersama air mata yang menitik akhirnya, Raisya mengangguk. Fathiya mengangkat punggung. Meninggalkan buaian besi yang diduduki Raisya.

Raisya terngadah menanti bicara Fathiya. Melihat kemarahan Ibu Latifah dan kekecewaan Abang Yusri, dia benar-benar serba-salah. Tidak menyangka sekuat itu impak keputusan tanpa berfikir panjang yang telah dia ambil.

"Niat kau betul. Tapi, cara kau buat tu salah. Mana boleh kau pertaruhkan masa depan kau macam tu saja? Aku rasa itu yang buat ibu kecewa. Ibu bukan marah, tapi ibu kecewa. Tak apalah. Kita diam dulu. Tunggu ibu panggil. Aku rasa lepas marah dia kurang sikit, mesti dia panggil kau balik. Kau belum cerita habis lagi, kan?,"

Raisya menunduk.

"Raisya...,"

Mendengar suara itu, spontan Raisya mendongak. Menentang renungan Abang Yusri. Wajah Abang Yusri masih kelihatan murung.

"Abang marah orang?,"

Yusri diam. Cuma matanya dalam merenung wajah yang tiba-tiba sudah menjadi isteri orang ini.

"Raisya rasa?,"

"Orang...,"

"Ibu panggil,"ucapnya pendek tanpa menunggu penjelasan lebih lanjut daripada gadis itu.

Raisya mengeluh lemah. Perlahan pandangannya dilayangkan kembali pada Fathiya.

"Kenapa aku bodoh sangat? Buat benda tak fikir panjang,"

"Kalau kau fikir panjang-panjang, mesti kau jadi aku. Tak jadi kau,"

Raisya mengerling. Fathiya tersenyum kelat. Gurauannya nampak kurang menjadi.

"Okay, cepat masuk. Nanti ibu marah,"tokoknya sambil menarik lengan Raisya. Menarik gadis itu masuk ke rumah.

"Ibu tunggu dalam bilik,"suara Abang Yusri menyapa sebaik sahaja kaki masuk ke ruang tamu.

Raisya mengangguk. Melangkah bersama Fathiya menuju ke bilik Ibu Latifah. Pasti Ibu Latifah mahu perbualan yang lebih nyaman tanpa ada penghuni lain yang mencuri dengar.

Masuk sahaja ke bilik yang agak besar itu, dia dapat lihat dengan jelas wajah Ibu Latifah yang tersangat serius. Perlahan dia mendekat. Hati mula diserang rasa bersalah yang bukan sedikit. Tidak tenang jiwanya melihat wajah itu masih dingin. Berpaling daripada bertentang mata dengannya. Perlahan dia melutut. Bersimpuh di atas permaidani sambil matanya terus menatap yang yang mencuka itu.

Sayang Papa Saya Tak?Onde histórias criam vida. Descubra agora