Part 9- Apakah ini!

2.3K 81 2
                                    




"HMMM.. Bagi saya 1 set menu. Buat cepat ya. Kalau boleh saya nak order semua. Tapi cukuplah 1 menu keluarga." Kata Syakqif sambil menongkat dagu.  

Terkebil kebil mata pelayan melihat Syakqif. Ini hantu raya ke manusia yang tempah makanan ni?Harap badan kecil tapi tempah makanan macam lapar 10 tahun.

"Baiklah. Terima kasih sudi pesan banyak. " Pelayan itu mengucapkan terima kasih dan senyum manis pada Syakqif. Dan dia berlalu dari situ.

Mata Syakqif melihat gerak gerik pelayan.Hanya untuk menatap mata sahaja.

Hmmm, comelnya pelayan tadi. Kalaulah jadi bini aku ini, hari hari tanya nak makan apa. Baru seronok!

Syakqif sudah berangan angan memiliki gadis comel itu. Belum pernah memberi kasih sayang, sudah angan angan hendak kahwin.

Syakqif mengenggam jari jemari dan matanya melilau melihat bunga bunga di restoran itu.Bunga ros yang dihias cantik itu mengingatkan dia pada seseorang.Seorang perempuan yang selalu bersama susah atau senang.Tetapi dia sangat kecewa apabila perempuan itu sanggup tinggalkan dia tanpa beritahu.Namun, dia tidak akan berputus asa menaruh harapan.

"Nadaira Binti Jaimuhar, Aku cinta kau."

Farhan yang baru sahaja duduk tadi terdengar Syakqif bercakap seorang diri. Terkejut Farhan mendengarnya. Oh, dia suruh aku datang sini semata mata nak luahkan perasaan dia ke? Farhan dari dulu sudah tahu Syakqif sukakan adiknya tapi sengaja diamkan diri.Jelas kelihatan perangai dia berubah apabila bersama Daira.

"Hoi.."Tegur Farhan.

Syakqif terkejut apabila terdengar suara Farhan menegurnya. Terus dia menoleh kehadapan.

"Alamak, sejak bila dia sampai ni? Matilah aku kalau dia dengar apa yang aku cakap tadi? Kalau dia dengar, memang kalutlah!" kata Syakqif dalam hati.

Terjegil Syakqif melihat Farhan . Glup...

"Dah lama tunggu aku? Tadi kawan aku Amin suruh belikan ubat dia sekejap.. Dia sakit teruk. Sakit apa entah. Terpaksa aku pergi kat dia. Kecemasan katakan..."Farhan menjelaskan apa yang berlaku.

Syakqif mengangguk..Oh,patutlah lambat. Tapi Agak agaklah nak lambat pun dua jam!

Nasib Farhan adalah abang Daira. Kalau tidak, sudah lama aku marah dia!

Farhan segera melambai pelayan sambil menunggu jawapan Syakqif.

"Eh aku dah order dah lah!"Syakqif cepat cepat memberitahu.Farhan tidak jadi untuk tempah.Bukan nak bagitahu budak ni. Buat lenguh tangan aku saja. 


"Abang ipar...Eh, apa yang aku merepek ni?Abang...eh"

Syakqif tersasul menyebut panggilan abang ipar.Almaklumlah, dah teranggap Daira isterinya jadi panggillah abang Daira kepada abang ipar.Syakqif mengaru garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Dahi Farhan berkeriut.Aih, gatalnya Syakqif sampai terlepas perkataan itu.Tak pernah panggil aku abang ipar. Ada something wrong ke ni?Jangan jangan hendak kahwin dengan adik aku! Aku setuju saja. Lagipun Syakqif orangnya baik.

"Ha...Abang ipar kau panggil aku?Kenapa panggil aku ni?Ada hajat ke ?Hajat apa yang kau bawa tu sampai terngiang ngiang panggilan abang ipar kat telinga aku ni."

Merah padam muka Syakqif apabila Farhan menegurnya.

Tepat pula pada waktunya, pelayan itu datang membawa makanan yang ditempahnya.Bolehlah dia memerah otaknya untuk mencari alasan.

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now