Part 21

1.6K 56 0
                                    



 Pagi menjelma, Daira memakai baju kurung . Kali ini dia berhias lebih menarik. Dirinya terasa ingin lebih cantik dari biasa. Hatinya ini rasa gembira sangat sangat. Rasa gembira ini beza. 

Daira bersiul sambil mengenakan bedak pada mukanya itu.

"You can take my heart for a walk on a beach, 

you can take my heart for a little trip,
you can take my heart very close to your heart,
you can take my heart forever if you like "  

Daira nyanyi dengan sungguh menghayati. Daira menyandarkan tubuhnya di atas kerusi  empuk itu sambil menempek-nempek bedak asas, gincu dan blusher di wajahnya. PAP! Bibirnya diketap usai sahaja gincu dioles. Bibirnya yang sudah pink jambu menggoda ditilik di cermin sejenak sebelum dia memakai celak pada mata. 

" Hah, first time aku makeup macamni." ujar Daira sambil melihat mukanya di depan cermin miliknya itu. Dirinya terasa bukan dirinya yang sebenar. Mukanya pada masa itu kelihatan berseri dan persis bidadari. 

 Bunyi tapak kaki melangkah di hadapan pintu bilik Daira.

Knock.. Knock..

Farhan mengetuk pintu berkali kali.

"WOI, aku pergi pejabat dulu ye! Kau tu pergi kenduri jangan mengedik gedik sangat. Pakwe pakwe kat kenduri kat sana tak hensem pun. Lainlah aku ni ha! Handsome, lalu depan awek .. Awek yang minta nombor! " Farhan menjerit disebalik pintu Daira itu. Tanpa mengharapkan balasan dari Daira, Farhan terus pergi dari situ kerana tidak mahu terlambat ke ofis seperti biasa sambil memperkemaskan tali leher berwarna hitam.

"TAK DAK MAKNANYA WOI AKU NAK NGORAT ABANG ABANG SANA LA! " Jerit kuat Daira apabila FArhan kata begitu. Habis dia tenyeh lipstik itu pada bibirnya lebih kuat. Memang merahlah ceritanya. 

Dia menarik tisu itu dari kotak tisu lalu menenyeh sedikit untuk pudarkan warna merah bibir itu.

"Poyo gila abang aku ni . Mengaku diri sendiri hensem tu tak faham tu.. Rasa nak muntah je. Aku tengok dia pun boleh pengsan 10 tahun." Daira monolog sendiri sambil mengambil handbagnya di atas meja solek.

Walaupun Farhan baru keluar saja hendak menurun tangga, telinganya masih belum pekak dan sempat menangkap kata kata Daira. Dia menutup mulut kerana gelak. Macam tak tahu je perangai adik aku ni kalau berlama lama dalam bilik , makeup lah tu.

"Hoiiiiiiii, Apasal aku tergigit lidah ha? ! Orang dulu kata kalau tergigit lidah ada orang mengumpat pasal aku! Mengaku jelah yang kau ada abang hensem. Malu malu kucing pula! Dah cepat siap makeup! Nanti tak sempat pergi kenduri pula. Perempuan ni kalau bersolek, kita pergi London pun belum tentu dia habis siap makeup!" Farhan balas balik sambil menoleh menghala ke pintu bilik Daira agar gelombang suaranya sampai ke bilik Daira.

Farhan tersengih sambil turun tangga dengan perlahan lahan.


"Diamlah setan!" Kata Daira dengan marah.

**

 Tingkap kereta itu perlahan lahan turun ke bawah dan satu tangan berkulit putih melambai lambai ke arah Daira.

Setelah Daira perasan kelibat tangan lambaian kepunyaan Diyah, Daira terus bangun dari duduk lalu berjalan ke arah kereta itu sementara dia membalas lambaian tersebut dengan senyuman. Sudah berapa lama dia tidak keluar bersama kawan kawannya. Rindu sangat. Apalah khabar dorang ni eh? Hmmm

Diyah menoleh pandangannya ke arah Daira.

Matanya membulat.

"Daira?" Soal Diyah pada diri sendiri. Inikah Daira? Cantik sangat!

Dalam Diam Ustaz mencintaiku[ Complete ]Where stories live. Discover now