bab 1

2.6K 31 0
                                    

Suasana rumah keluarga Anis riuh-rendah malam itu, dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga yang tidak putus-putus datang sejak kelmarin. Masing-masing sibuk bergotong-royong membuat persiapan untuk meraikan majlis persandingan Anis Amanda esok.

Barang hantaran sebanyak 8 dulang telah siap digubah dan tersusun rapi di tepi dinding kamar yang telah dihias indah oleh weeding planner ditempah khas oleh Anis untuk menguruskan majlisnya hari ini dan esok. Jambangan bunga mawar putih dan hijau muda menambahkan seri. Haruman bunga rampai memenuhi ruang kamar, semerbak baunya menusuk hidung. Maklumlah..bilik pengantin memang bau macam ni.

Segala persiapan majlis sudah hampir sempurna. Sudah seminggu Yana dan pekerjanya berkampung di kediaman orang tua Anis untuk menyiapkan persiapan. Anis senang berurusan dengan Yana. Apa saja yang diarahkan dan disuruh semuanya dilakukan dengan sempurna sekali dan mengikut tema. Anis memilih tema perkhawinan dalam taman yang dihiasi bunga ros segar berwarna putih dan hijau muda saja. Seluruh ruang di rumah ini dihiasi dengan renda berwarna putih untuk menaikkan lagi seri taman itu. Anis memilih untuk mengadakan majlisnya di rumah saja. Dia memilih taman dirumahnya sebagai tapak pelamin. Yana juga bersetuju dengan pilihan dan idea Anis dan telah melakukan yang terbaik.

Dari sudut jendela. Anis melihat papa sedang rancak berbual dengan saudaranya. Jelas terpancar kegembiraan di wajah Dato'Hisyam. Mana tak gembira, sebentar lagi dia akan menerima menantu pilihannya sendiri. Niat di hati untuk berbesan dengan kawan lamanya tercapai juga akhirnya bila Anis bersetuju dinikahkan dengan Farid Hakimi. Dia melihat dari pintu bilik, kelihatan mamanya pula sedang melayan cucu sulungnya dengan gembira sekali. ibu mana yang tidak suka bila anaknya berkahwin. Anis percaya tindakannya bersetuju hari itu tidak merugikan. Kerana jelas di wajah papa dan mamanya sangat gembira dengan perkahwinan ini. Anis reda jika ini saja yang dapat mengembirakan hati orang tuannya. Dia pasti Farid juga terpaksa bersetuju demi menjaga hati orang tuanya.

Anis teringat kembali bagaimana terlukanya dia bila Farid sering mengejeknya di sekolah dulu. Anis dan Farid tidak pernah berbaik seperti rakan mereka yang lain. Yang mereka tahu apabila berjumpa pasti akan bertegang urat. Mengejek sana, mengejek sini sehingga tamat tingkatan 5. Masih tidak berbaik-baik.

Takdir menentukan mereka ditempatkan di kolej yang sama. Mana tak sama bila orang tua mereka berkawan baik. Namun perangai Farid sudah berubah, mungkin sudah matang. Dia tidak lagi berlawan mulut dengan Anis dan mencari gaduh dengan Anis. Dia sedar tidak selamanya dia perlu bergaduh dengan Anis. Baginya Anis tidak seperti wanita lain yang lemah apabila diusik lelaki. Dia cuba berbuat baik dengan Anis.

Anis yang juga sudah boleh berfikiran dewasa telah memaafkan segala perbuatan Farid. Persahabatan mereka semakin lama, semakin erat sehingga membuahkan rasa cinta di hati Anis. Dia sedar Farid tidak sehaluan dengannya, demi menjaga hubungan baik. Anis bertekad merahsiakan perasaannya dari Farid. Suatu hari Anis dikejutkan dengan berita kemalangan Farid di kampus. Dia panik dan terus mendakap Farid. Dia melihat Farid yang seperti tidak bernyawa akibat daripada kemalangan motor. Dia meraung disisi Farid dan meluahkan segalanya.
"Farid bangunlah. Jangan seksa aku macam ni. Kau tak mati lagi kan. Bangunlah, aku sayang kau Farid. Aku sayang kau lebih dari seorang kawan."

Dia melihat mata Farid sedikit terbuka dan mulutnya melakarkan senyuman. Dia sedar yang dia kini telah ditipu oleh Farid.

"Oh.. jadi betullah tanggapan aku selama ni. Sampai hati kau Anis. Apa dah tak ada lelaki lain ke kau nak jatuh cinta. Kawan baik sendiri pun nak ke. Untuk pengetahuan kau. Aku dah ada Hannah, baik kau lupakan jelah perasaan kau tu. Aku saja je test kau ni. Nak tengok kau ni sayang tak kawan baik dia. Rupanya terlebih sayang."

"Aku tahu aku tak setanding Hannah. Tapi please jangan putuskan persahabatan ni. Aku sayang hubungan ni Farid."

"Kalau kau sayang. Kau tak akan rosakkan dia. Dah lah Anis. Aku nak blah dari sini. Panas hati aku tengok kau. Jangan cari aku dah. Dan jangan harap aku nak maafkan kau."

"Besar ke salah aku sebab jatuh cinta dengan kau. Huh.. aku bukan minta apa pun dari kau. Aku cuma nak kau tahu je. Takpelah, dah ni yang kau nakkan. Aku terima, pergilah Farid. Aku akan cuba lupakan kau."

Peristiwa 6 tahun yang lalu. Ketika mereka di tahun akhir pengajian mereka. Sejak dari peristiwa itu Anis lansung tidak melihat kelibat Farid lagi. Kawannya kata dia menyambung pelajaran di Australia.
Lelaki itu. Lelaki yang pernah menghinanya depan orang ramai apabila dia meluahkan isi hatinya yang akan menjadi suaminya. Dia tidak percaya bila hati ini berjaya melupakan kisah hitam itu dan membuka pintu hati kepada orang lain. Lelaki itu muncul kembali sekaligus menjadi suaminya.

Sesak nafasnya memikirkan tentang Farhan yang dicintainya sepenuh hati. Dan Farhan juga melakukan hal yang sama. Anis tahu Farhan menderita mendengar berita perkahwinannya. Dia berjanji akan melakukan sesuatu untuk memastikan perkhawinan ini tidak menghalang dia dan Farhan bersatu akhirnya.

"Assalamualiakum..."

Anis terkejut. Salam itu disambut lesu. Kak Suhani bersama suaminya dan anak sulung mereka. Comel sungguh dia melihat bayi yang berumur 4 bulan itu tersenyum, menampakkan lesung pipitnya yang dalam di atas pipinya yang gebu. Mereka sekeluarga baru saja tiba dari Terengganu.

Sudah lama tidak berjumpa dengannya. Kak Suhani merupakan pengurus Rumah Permata milik Anis Amanda. Anis menggunakan duit titik peluhnya berkerja di syarikat keluarganya untuk membina rumah itu. Anis ingin membela nasib anak-anak yatim di negara ini. Lagipula Anis memang gemar bermain dengan budak-budak. Niatnya juga disokong oleh keluarganya. Nasib baik Kak Su berbesar hati untuk menguruskan rumah itu. Kalau tidak pening juga Anis memikirkannya.

Gembiranya dapat berjumpa dengan Kak Su. Sudah sebulan dia tidak ke rumah Permata kerana sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

"Tak sangka Farid juga jadi suami kamu Nis. Akak ingat lagi yang kau cerita dulu tu. "Kak Su mengingati kisah lampau yang pernah Anis ceritakan dahulu. Tangan Anis digengam erat.

"Akak dah makan.?" Anis mengambil Hilman dari dukungan Kak Su.

"Tak apalah. Nak borak dulu dengan kamu."

Mama muncul di pintu. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman,menggambarkan kegembiraan.

"Su.. bawa suami kamu makan dulu. Jalan jauh tadikan. Lepaskan makan, naiklah bilik tetamu. Malam karang boraklah puas-puas"

"Haah.. pergilah makan dulu kak. Penat berjalan. Malam ni kita borak eh. Dah lama tak dengar cerita budak-budak Anis. Rindunya dekat diaorang"

"Jangan risau. Esok akak dah suruh dah Pak Harun bawak van datang sini bawak diaorang. Teringin katanya nak tengok mama diaorang khawin." Kak Su mengambil Hilman dan mengekori mama keluar dari bilik dan menuju ke dapur.

Seronok hatinya esok anak-anaknya akan datang ke majlisnya. Rindu benar Anis kepada mereka.

Anis sendirian lagi. Terasa sunyi saja, walaupun di bawah dan di luar rumah riuh rendah dengan suara sanak-saudara.

"Anis, jom keluar, orang semua dah tunggu tu. Kita nak buat majlis berinai". Ujar Yana sambil menacap lagi muka Anis
.

Anis meniliti lagi pernampilannya di cermin. Dia lengkap memakai baju kurung kedah berwarna cream dan kain batik warna sama. Rambut panjangnya disanggul dan dicucuk dengan bunga mawar sekuntum. Menampakkan lagi wajah gadis melayu terakhir.

Dia melangkah keluar dari bilik ke ruang tamu. Kelihatan ruang tamunya sudah dipenuhi dengan rakan-rakannya dan sanak-saudara. Mereka semua memakai baju mengikut tema malam ini. Tradisional katanya. Anis diarahkan oleh rakannya untuk duduk di atas pelamin mini yang juga bertemakan tradisional. Tema ini dipilih oleh rakan baik Anis sendiri yang mahukan konsep tradisional di gunakan di malam berinai.

Tangan dan kaki Anis mula diukir dengan inai. Anis memilih corak yang paling simple dan tidak begitu sarat. Dia gembira disamping rakan-rakannya di malam itu. Suasana meriah diserikan dengan gurau senda anak gadis yang lain. Mereka galak mengambil gambar bersama bakal pengantin. Anis melayan saja rakan-rakannya itu. Sebernanya Anis tidak mahu mengadakan majlis berinai ni pada mulanya. Tetapi atas permintaan kawan-kawannya akhirnya mereka bersetuju. Mereka ni juga merupakan bridesmaid Anis di hari perkhawinan Anis nanti. Terlalu teruja dengan berita ini. Anis layankan saja karenah rakannya.

Ucapkan Kata Cintamu ✔Where stories live. Discover now