bab 53

2.7K 15 0
                                    

"Anis, bangun makan. Dah seharian kau tak keluar bilik. Bangunlah, makan sikit. Nanti kau sakit.." pujuk Rina lagi.

Dari semalam dia tidur sampai ke hari ni. Penat sungguh Anis nampaknya. Mana tak penat, menangis pun penat tau.

Tubuh lesu itu akhirnya bergerak juga. Anis membuka matanya dan terus tersenyum melihat kawan baiknya disisi.

"Kenapa ni..?" Soalnya bersahaja.

"Aku bawakkan kau makanan. Kau makan ye.?"

"Aku kenyanglah Rin.. nantilah aku makan ye. "

"No! Dari petang semalam lagi kau tak makan apa-apa. Jangan macam ni, kau tu pregnant. Kena ada tenaga untuk kau and baby. Anis, makan sikit je eh."

"Tak nak. Aku tak selera lah. Aku nak mandi dulu lah." Ujarnya.

Rina membantu Anis bangun dari katil. Dia tahu Anis masih tidak larat sepenuhnya. Lihat saja dari percakapannya. Sangatlah lemah. Begitu besar ujian yang dihadapi oleh kawannya itu. Tubuh Anis dipimpin sehingga ke pintu tandas. Kain tuala di birai katil diserahkan kepada Anis.

"Sure kau okey ni. Kalau ada apa-apa panggil aku tau. Aku tunggu kau dekat luar eh. Mandi elok." Pesan Rina. Dia bukan apa, Anis tu tak berapa sihat. Risau juga Rina memikirkan.

Anis akhirnya duduk di mangkuk tandas. Fikiran melayang mengingatkan anaknya. Apalah si kecil itu buat sekarang? Rindu pada anaknya tak tertahan lagi. Kalau dia boleh berjumpa Aydeen sekarang, pasti seronok harinya. Tapi mustahil, Farid pasti melarangnya.

Kepalanya pula memusing. Dipicit perlahan dengan harapan agar pening kepala segera beredar. Dia cuba bangun mencapai paip air tapi pandangannya gelap. Kakinya terasa bagai tidak memijak lantai lagi. Dia terawang-awangan.

Dan akhirnya dia terbaring dilantai bilik mandi bila dirinya sendiri tidak dapat menahan kesakitan. Perutnya mencucuk-cucuk. Amat perit. Dunianya gelap, dan dia tidak ingat apa-apa lagi.

Rina di luar tandas mula tidak senang duduk bila tiada lagi mendengar bunyian air menyimbah lantai. Senyap aja dari tadi. Tiba-tiba satu bunyi yang agak kuat menganggu fikirannya. Diikuti pula dengan bunyi botol-botol syampoo dan mandian jatuh berteraburan di lantai.

Anis! Ya Allah.!

Rina membuka pintu bilik air. Alangkah terkejutnya dirinya melihat sekujur tubuh lemah terbaring dilantai bilik mandi. Segera kepala Anis dipangkunya. Melihat ke arah bawah perut sehingga ke kakinya, Rina mengeleng beberapa kali. Darah! Darah penuh disekeliling peha dan kaki Anis.

"Ya Allah Nis, bangun Nis. Macam mana boleh jadi macam ni.?" Soalnya cemas.

"Rin... aku sakit. Anak aku sakit Rin, tolong aku Rin. Sakit Rin.." rintih Anis. Kesakitan mula menguasai dirinya. Hanya Allah saja yang tahu kesakitannya sekarang.

"Kita pergi hospital ye. Sabar Nis, aku telefon ambulans kejap. Kau kuat ye, In Sha Allah anak kau dengan kau akan selamat. Tahan sikit Nis." Balasnya lantas berlari mendapatkan telefon bimbit di atas almari.

"Rina.. jangan beritahu Farid. Aku tak nak susahkan dia, janji dengan aku Rin.. please"

"Ye! Anis aku janji. Kau kuat ye. Nanti aku telefon."

Rina segera menghubungi pihak hospital, selesai menghubungi pihak hospital, Rina menelefon pula Jimmy sepupu Anis memberitahu hal terjadi. Agak cemas Jimmy dibuatnya.

Tepat jam 12 tengahhari Anis dimasukkan ke wad kecemasan. Rina akhirnya terduduk di kerusi menunggu. Fikirannya serabut sekarang. Sama ada menghubungi Farid atau tidak. Anis dah memesan dari awal lagi jangan maklumkan pada Farid.

Jimmy pula dah memaksanya memberitahu kepada Farid. Bertengkar jugalah tadi sekejap. Akhirnya selepas Rina ceritakan apa yang telah Farid lakukan pada Anis semalam. Barulah Jimmy faham apa sebabnya.

"Cik Rina..?" Panggil seorang doktor lelaki.

Rina mendapatkan doktor itu bersama Jimmy disisi.

"Macam mana dengan kawan saya?" Soal Rina

"She fine, alhamdulillah, kandungan dia selamat. Cuma rahim dia masih lemah. Dan Puan Anis masih belum sedarkan diri. Tapi keadaan dia stabil." Terang Doktor itu berhati-hati.

"Sure tak ada apa-apa dok? bleading teruk tadi.?" Soal Jimmy dengan agak kurang yakin. Dia perlu tahu semunya selamat. Anis dan kandungannya selamat.

"Hentakan agak kuat. Tu punca darah banyak keluar. Tapi bayi Puan Anis kuat, dan bukti dia. baby still ada dalam rahim ibu dia. And the suprise! The baby are twins.!"

"What! Twins. Wow. Thanks doktor." Ucap Jimmy dengan begitu teruja. Rina disisi hanya tersenyum mendengar berita itu. Syukur akhirnya semua selamat.

Kembar! Anis mengandungkan bayi kembar. Satu anugerah tuhan yang paling seronok baginya walaupun itu bukan anaknya. Pasti Anis gembira saat tahu yang anaknya kembar.

"Kalau nak melawat Puan Anis, bolehlah masuk. Tapi dia belum sedar lagi lah. By the way, boleh saya berjumpa dengan suami dia."

"Ohh, suami? Hmm, suami dia outstation. Kenapa ye. Saya sepupu dia. Apa-apa just beritahu saya je." Balas Jimmy.

"Oh tak ada apa-apa. Cuma nak berjumpa. Puan Anis mengalami tekanan yang agak kuat. Dan dia jatuh tadi sebab pitam. Dia kekurangan tenaga dalam badannya. Saya harap lepas ni kesihatan dia lebih terjaga, dan pastikan dia makan dengan cukup. Tambah lagi dia mengandung kembar. Besar risikonya."

"Baiklah doktor. I will. Thanks ye."

Doktor Mazlan mengangguk perlahan lantas beredar dari situ.

Rina memandang Jimmy sesekali. Seolah mereka sedang bebicara melalui hati.
Bagaikan sedang berbincang, apa rancangannya mereka selepas ni. Tak akan nak sorokkan perkara ni dari pengetahuan Farid. Farid layak tahu, mana rasa tanggungjawab dia dengan Anis selama ni.

*****
"Tak nak makan, Aydeen tak nak makan. Mama tak ada pun dalam rumah ni. Mama tak sayang kan Aydeen lagi ke pa?" Rengek si kecil.

Farid membelai pipi Aydeen. Fikirannya buntu untuk menjawab soalan anaknya tentang Anis. Apa yang harus dia lakukan. Aydeen begitu rapat dengan mamanya. Seharian tidak berjumpa mamanya saja dah merengek tak tentu pasal. Ini sudah dua hari dia tidak berjumpa dengan mamanya.

"Sayang! Makanlah. Papa nak pergi office dah ni. Nanti Aydeen kan nak pergi sekolah. Nanti lambat sayang. Mama ada, tapi mama kena pergi kerja jauh hari ni. Aydeen sayang papa and mama tak? Kalau sayang, makan roti ni. Papa hantar pergi sekolah ye."pujuk Farid lagi.

Telefon berdering segera diangkat. Tertera nama Kak Suhani. Ni mesti sebab Aydeen datang lambat taska ni.

"Hello kak? Sorry Aydeen meragam sikit pagi. Farid on the way dah ni. Kejap eh?"

"Eh, mana Anis. Selalunya Anis yang hantar Aydeen."

"Anis outstation kak? Farid yang jaga Aydeen sekarang. Okeylah kami dah nak gerak ni."

"Haha okey. Akak tunggu ni"

Anaknya masih tidak bergerak. Dia buat hal pulak bila mamanya tak ada. Kalau ada mamanya senang je nak hantar ke taska. Hari ni macam-macam hal pulak dia buat. Macam tahu-tahu je yang mama dia tengah buat hal dengan papa dia. Haih, Sabar Farid, ini dugaan. Kau kena tempuh juga.

Ucapkan Kata Cintamu ✔Where stories live. Discover now