bab 44

1.1K 8 0
                                    

"Anis.. kau okey tak ni? Kalau kau tak sihat, kau balik jelah dulu rest dekat rumah." Tegur Rina semasa melintasi bilik bosnya itu.

Nampak Anis sedang mengurut-ngurut kepalanya perlahan-lahan.

"Aku okey, kau jangan risau ye. Pening banyak sangat kerja ni."

"Sure..?"

"Sure! Kalau ada apa-apa nanti aku cakap dekat kau ye?"

Rina mengangguk tanda faham keadaan Anis. Mungkin betullah agaknya dia serabut sikit fikirkan tentang kerja yang berlambak.

Anis runsing memikirkan tentang ibu mertuanya yang memintanya untuk berjumpa sebentar lagi disebuah cafe. Apa yang penting sangat sampai tak boleh diajak berbincang di rumah saja. Mamanya itu boleh diarah-arah macam-macam. Mula lah naik angin. Kalau tak diturutkan arahannya, pasti akan dimarahi sehabis mungkin.
Jadi jalan penyelesaiannya, ikutkan saja perintahnya.

---
"Rin...?.. aku keluar kejap, ada hal sikit. Apa-apa call aku ye." Pesan Anis kepada penolongnya.

Rina hanya mengangkat tangan dengan jari ibu terangkat simbol 'okey'. Apa-apa saja kawannya itu.

Setiba sahaja di tempat yang dijanjikan. Anis mula mencari-cari kelibat ibu mertuanya.
Lama mencari, kelibat seorang wanita separuh usia melambai-lambai dari hujung cafe tersebut. Sah! Itu ibu mertuanya.

Anis segera mendapatkan ibu mertuanya yang sedang asyik menikmati secawa kopi di sudut cafe. Bergaya sungguh ibu mertuanya itu. Tidak lansung dilihat sebagai wanita separuh usia. Masih cantik!

"Mama... lama ke mama tunggu Anis?" Sapanya dengan menghulurkan salam.

Datin Zahirah menyambut salam ala kadar. Tiada masa untuk bermesra sekarang. Dia perlu sedarkan Anis tentang masalah dia sekarang.

"Tak ada lah lama sangat, mama rehat sambil minum kopi je ni."

"Kenapa mama nak jumpa Anis ni, ada berita penting ke?"

"Mama nak beritahu Anis suatu perkara ni. Tapi mama harap Anis faham dan dapat terima segalanya"

Anis mengangguk tanda faham.

"Mama bagi Anis dua pilihan, tinggalkan Farid atau benarkan Farid kahwin lagi satu."

pangg!

Bagaikan ada batu besar telah menghempas tubuhnya bila terdengarkan bicara ibu mertuanya. Jadi inilah punca ibu mertunya ajak berbincang di luar. Anis berfikir sejenak, apa lagi dugaan untuk dalam mengharungi alam rumahtangga bersama Farid. Berbagai-bagai rintangan yang datang menimpa.

"Mama buat semua ni sebab Farid saja, mama faham Anis susah nak terima semua ni. Tapi ini untuk kebaikannya juga. Dia perlukan zuriat. Anis fahamkan maksud mama ni."

"Sure Anis faham, mama nak yang terbaik buat Farid. Tak apalah, Anis terima semua ini kalau kehendak mama." Kata Anis dengan suara mula sebak.

"Mama bagi masa untuk Anis, fikirkan pilihan mama. Apa pun Anis kena reda ye dengan semua. Mama bukan nak seksa Anis, mama faham sakitnya berkongsi suami. Tapi ini demi masa depan Farid. Apa salahnya Anis berkorban untuk Farid kan? Lagi pun selama ni dah banyak Farid korbankan untuk Anis. Boleh kan.? Mama balik dulu, ada hal dengan kawan mama. Bye" ujar Datin Zahirah lantas bangun meninggalkan Anis seorang diri.

Lega hatinya dapat beritahu niatnya kepada Anis. Rasakan Anis, ini yang sepatutnya kau terima dari dulu lagi.

Terhenjut-henjut bahu Anis menahan tangisan. Risau juga ada orang lain yang perasan dia sedang menangis. Apa yang latut dia lakukan. Semua ini juga berpunca dari dirinya juga. Dirinya sendiri lemah, tidak dapat berikan kebahagian kepada suami sendiri.

Tinggalkan Farid? Tidak! Sama sekali dia tidak tinggalkan Farid. Farid telah menberinya kebahagian selama ini. Kasih dan sayangnya hanya untuk Farid. Dia cintakan Farid. Tidak sanggup dia berpisah dengan lelaki itu. Lelaki itu saja yang menyempurnakan hidupnya.

Benarkan Farid kahwin lain? Tidak! Masakan dia boleh berkongsi kasih sayang dengan wanita lain. Sabarkah dia nanti bersama madunya ? Cemburukah dia dengan madunya nanti?

"Hey, Anis Amanda kan ni? Tak sangka dapat jumpa U dekat sini." Tegur Syaf di depan Anis.

Dia baru sahaja selesai makan tengah hari dengan suaminya terlihat Anis di hujung kafe sedang termenung sendiri. Lama tidak berjumpa dengan wanita itu.

"Hai, Syaf kan. Yes! I Anis. U buat apa dekat sini, jemputlah duduk."

"Thanks, I baru lepas lunch dengan Adib. U sorang je ke. Farid tak ada?"

"Ohh, dia busy lah. Memang sorang pon, hilangkan rest kejap dekat sini. U sihat? Nampak makin berseri sekarang ni."

"Haha, tak adalah. Biasa je. Badan je makin naik. Babybump dah besar dah ni."

Mata Anis terus menyorot kearah perut Syaf yang sedikit membuncit disebalik dress ketat itu.

"Wah! Tahniah. Dah berapa bulan?"

"Thanks, baru 4 bulan. Nasib baik I tak kena alahan."

"Seronokkan dapat pregnant. I comfirm tak dapat rasa semua tu."

"Why? Biasalah lambat sikit. Nanti ada lah rezeki korang berdua. I ni pun tak sangka dapat seawal ini. Tapi last" happy pulak bila dah ada dalam perut sendiri."

"Haha tak adalah. I memang tak boleh pregnant. Btw, I kena gerak dulu ni. Ada hal, nanti kita jumpa lagi ye." Anis pantas bangun meninggalkan Syaf, dia perlu segera ke pejabatnya kerana ada kerja.

Syaf segera memaut lengan Anis, dia juga sangat terkejut dengan perkara yang diberitahu oleh Anis sebentar tadi.

"Anis, seriusly I tak tahu. I minta maaf ye! I tak ada niat nak sakit hati U. I harap U kuat hadapi semua ni. Sabar ye? Kalau ada apa-apa masalah jumpa je I. I sedia jadi tempat U luahkan rasa hati. Datang je butik I"

"Tak apa. I dah biasa dah. Sure, I pon memang teringin nak pergi butik U tu. Tapi tulah tak ada masa lagi. Thanks ye. I gerak dulu. Bye"

Anis berlalu mendapatkan keretanya. Dia tidak mahu pulang ke pejabat, kepala pening. Dia mahu segera ke Rumah Permata menjemput Aydeen. Fikirannya sekarang bercelaru saat ini. Tidak dapat berfikir dengan baik lagi. Bermacam-macam masalah datang menimpanya.

Telefonnya mula berdering tanda ada panggilan. Tertera nama Farid di skrin telefon. Segera dia menjawab panggilan. Apa kena pula dengan suaminya ini. Jarang dia telefon kalau waktu pejabat.

"Hello, Anis kat mana sayang?" Soal Farid.

"Anis on the way jemput Aydeen. Kenapa?"

"Awalnya, Anis dah habis kerja ke?"

"Dah kenapa? Abang tak ada kerja ke?"

"Tak ada, lepas ni Anis gerak rumah mama abang ye. Tapi singgah lah rumah dulu ambil baju ke apa. Kita tidur sana ye, mama pesan dah tadi. Katanya rindu dekat Aydeen. Isya pun ada balik kejap lagi. Boleh kan sayang?"

"Ha yelah, Anis tengah drive ni. Nanti abang balik cepat sikit. Nanti mama bising pulak." Balas Anis.

"Ha, okey. Drive baik-baik sayang. Bye,love U"

Panggilan dimatikan, Anis mula tersenyum sendiri. Lega sedikit keresahan hati dia tadi selepas dengar suara tenang suaminya. Sekejap cuma kebahagian ini dirasainya. Lepas ini dia perlu berkongsi dengan wanita lain pula demi kebahagian Farid. Dia reda.

Ucapkan Kata Cintamu ✔Where stories live. Discover now