bab 17

803 9 0
                                    

"Eh.. cik Anis.. kata cuti seminggu"tegur salah seorang stafnya. Anis menyerahkan Aydeen kepada Farid dan menyuruhnya agar duduk di sofa tetamu. Dia akan ke biliknya sekejap mengambil beberapa dokumen yang penting.
"Ohh. Saya nak ambil dokumen tentang proposal kita untuk projek ke Jepun tu. Boleh tolong saya tak..?"

"Ohh.. okey jomlah, lagipun cik Rina dia ke Putrajaya, ada meeting disana." Ujarnya sambil membukakan pintu bilik bosnya. Anis masuk ke dalam biliknya dan mengambil beberapa fail untuk digunakan nanti. Nina pula sedang mencari dokumen yang dimaksudkan Anis tadi di rak.
Akhirnya, Nina menjumpai juga dokumen itu dan segera diserahkan kepada Anis. Laptop di atas meja dimasukkan ke dalam beg dan terus keluar dari biliknya.

Anis melihat Farid dan Aydeen telah dikerumuni oleh beberapa orang stafnya yang tersangatlah teruja melihat anaknya itu. Tidak pernah lagi mereka melihat Aydeen rasanya, kenduri cukur jambul hari tu pun hanya kenalan rapat saja dijemput hadir. Namun ada juga berita gembira itu dikongsikan oleh pihak media bersama umum tentang anak angkatnya itu.

"Cik Anis.. comelnya baby.. macam bos jugaklah.." puji Badrul dengan tangannya mencubit pipi tembam Aydeen. Farid hanya tersenyum melayan karenah pekerja Anis. Jujur dia kata dia bahagia begitu.

"Ehem.. apa pulak cik Anis.. puan ni.." selamber Farid menegur. Semua yang berada disitu sudah tergelak. Anis sudah merah menahan malu.

"ALah..lupa pulak. Padahal husband dia depan mata je.."

"Hurm. Tak pelah.. saya dah nak balik ni. Jaga office elok-elok sepanjang saya tak ada ni. Any problems bagi tahu Rina eh. And, Rina akan take over semua meeting saya. Okey, goodluck guys." Ujar Anis sambil meninggalkan pejabatnya. Risau dia mahu meninggalkan kerjanya selama seminggu. Nasib baik kawan baiknya banyak membantu apa yang patut.

"Suka betul dia orang dengan Aydeen kan.. aku tadi siap penat nak layan. Sekejap nak pegang, sekejap  tak nak. Sekejap tanya nama. Sekejap nak selfie. "

"Tulah..orang suruh duduk je dekat kereta tak nak. Degil sangatkan.."

"Biarlah.. lagipun anak kita ni comel sangat.. aku pun geram. Anis, setiap hari aku tak sabar nak tunggu dia besar. Nak main dengan dia. Nak ajak dia buat semua benda yang aku suka. Nak bawa dia pergi pejabat aku. Macam papa aku buat dulu masa aku kecik. Nak main bola dengan dia. Semualah.. yang penting dengan dia." Ujar Farid dengan perasaan yang amat teruja. Anis hanya tersenyum hambar mendengar impian Farid. Semoga Farid dapat mencapai impiannya.

"Farid..nantikan..bila dia dah besar.. kau tak larangkan aku jumpa dia sekali sekala.." soal Anis dengan takut. Takut Farid akan memarahinya lagi. "Kenapa pulak. Kau mama dialah. Setiap masa dia ada dengan kau. Dah, jangan merepek." Farid sakit bila mendengar Anis berkata begitu.

"Ye aku memang mama dia. Tapi kau papa dia. Mesti kau tak izinkan aku jaga dia sepenuhnya. Aku tahu kau mesti nak jaga dia. Aku hanya boleh jaga dia sekali sekala je kan. Apa yang merepeknya, betulah apa aku cakap."

"No.. kita akan jaga dia bersama. Faham, sekali lagi kau cakap pasal ni. Siaplah kau." Marah Farid.

Kereta kembali sepi. Anis bungkam selepas dimarahi Farid. Dia cepat saja marah akan dirinya. Dah tahu Farid tak suka cakap pasal perpisahan tu. AKu nak juga cakap. Kan dah kena marah. Perjalanan ke Terengganu bersama Farid hanya senyap tanpa sebarang bunyi. Hanya radio saja yang mengeluarkan bunyinya.

Farid memandang Anis yang asyik bermain phone di tangan. Aydeen di dalam baby seat asyik bermain dengan mainannya. Hari ni genaplah usianya sebulan. Perkahwinannya bersama Anis juga sudah genap sebulan. Farid sedar kini dia hanya mempunyai masa sebanyak 11 bulan je lagi untuk menambat hati Anis.

"Anis.. kau tak terfikir ke nak bagi Aydeen susu ibu. Bukan susu tepung.."

"Terfikir jugak.. tapi mana pulak nak cari ibu susuan dia.. aku bukannya ada susu. Mengandung tak lagi.."

Ucapkan Kata Cintamu ✔Where stories live. Discover now