'Berapa kali Ad nak cakap, Ad taknak kahwin dengan Haiza!' Ezad Adrian sekali lagi bertengkar dengan Datuk Alias dan Datin Elina dalam rumah mereka itu. 'So? Kenapa selama ni Ad ke hulur ke hilir dengan dia?' Datuk Alias mula meninggikan suara. 'Ad, Ad mesti kahwin dengan Haiza. Haiza Suffiya tu dah cukup perfect. Kaya, cantik, belajar pun ok. Ad nak apa lagi? Datin Elina juga sudah mula bersuara. Ezad segera berganjak dari ruang tamu. Dia mencapai kunci keretanya dan ingin berlalu pergi. 'Ad! Ad!' Datuk Alias mengejar Ezad sampai ke pintu. Ezad tidak menoleh ke belakang. Dia terus memecut laju. 'Ezad Adrian!' Datuk Alias berusaha memanggil Ezad lagi namun tidak dipedulikan oleh anak tunggalnya itu. 'Apa nak jadi dengan anak awak tu?' tanya Datuk Alias pada Datin Elina. 'Anak saya, anak awak juga' balas Datin Elina. Mereka kembali ke ruang tamu. 'So, nak buat macam mana ni? Selagi Ad tak kahwin selagi itula dia akan jadi macam ni. Keluar malam, joli sana joli sini, pergi pub. Peningla kepala saya dengan perangai Ad ni!' Datin Elina memicit-micit kepalanya. 'Dah la tu. Salah kita juga, kalaulah kita tak ambil dia dari mak kat kampung dulu masa dia umur 7 tahun, dah tentu-tentu dia tak macam ni' kata Datuk Alias pula.
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir
RandomWalaupun Ezad Adrian seorang lelaki yang kaki perempuan, jahil tentang agama dan sukakan wanita-wanita yang cantik namun dia tidak mahu dikahwinkan dengan Haiza Safiyya walaupun dia mempunyai ciri-ciri yang selama ini Ezad inginkan. Haiza Safiyya ad...