PDT21

7.2K 186 0
                                    

Wardah telah menceritakan pada Ezad segala-galanya. Ezad tidak dapat balik semula ke kampung kerana masa tidak mengizinkan. Sudah dua hari Ezad cuba menghubungi Haiza namun tidak dapat. Walaupun Wardah sudah memaklumkan pada Ezad supaya tidak bertengkar dengan Haiza namun Ezad tetap tidak berpuas hati dengan Haiza. Nenek juga sudah cuba untuk menenangkan Ezad. Akhirnya, Haiza menjawab panggilan Ezad. 'Kita jumpa kat bukit. Urgent' kata Ezad dan segera memutuskan panggilan. Dia mencapai kunci keretanya. Apabila tiba di bukit, Haiza sedang menunggunya di dalam kereta. Ezad keluar dari kereta dan menghantak kereta Haiza. Haiza sangat terkejut. 'Kau keluar!' kata Ezad. 'You ni dah kenapa? I tahulah parents you kaya. Tapi takpayahlah nak hantak-hantak kereta I. Kalau kereta I calar...' belum habis Haiza menghabiskan ayatnya Ezad mencelah. 'Kau takpayah nak buat-buat bodohlah, Haiza. Atau you ni memang betul bodoh?' kata Ezad. 'You jangan melampau Ad' jawab Haiza sambil merenung tajam wajah Ezad. 'Aku melampau? Habis, kau serang Wardah kat rumah tu, tak melampaula?' kata Ezad. 'Oh perempuan tu..' Ezad sekali lagi mencelah. 'Namanya dia Wardah. Wardah Hanissa'. 'Fine! Wardah. Ad, pleasela. Takkan perempuan macam tu taste you? Bertudung? Pakai baju kurung? Mata you dah rosakke?' kata Haiza. 'Sebab itulah maruah dia terjaga. Dia turut perintah Allah. Eh Haiza Safiyya, kalau nak dibandingkan kau dengan dia, dia jauh lebih baiklah dari kau!' Ezad sudah mula meninggikan suara. 'Ok fine! Enough! Ok Ad listen. I boleh berubah. I boleh je pakai tudung. Pakai baju kurung. Habis cerita' rayu Haiza. Ezad terbahak. 'Pakai tudung? Pakai baju kurung? Haiza Safjyya pakai semua tu? Entah-entah kedai jual tudung kat KL ni pun kau tak tahu' sindir Ezad. 'Look. Kau takkan dapat jadi seperti dia ok? Lagipun, bukan dua perkara tu je yang buat saya jatuh cinta pada dia. Hampir 90% perintah Allah s.w.t dia laksanakan. Keperibadian dia. Cara dia bercakap. Ilmunya tentang agama sangat dalam dan yang paling penting dia membawa saya ke arah yang betul' sambung Ezad lagi. Haiza tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ezad terus ke kereta dan memecut laju tanpa mengendahkan Haiza.

Pertama Dan TerakhirWhere stories live. Discover now