Sekali lagi Ezad singgah ke bukit itu. Hanya tempat itu sahajalah yang boleh membuatkan hatinya kembali tenang. Dia masih lagi tertanya-tanya apakah tujuan Datuk Alias menghantarnya ke kampung. Tiba-tiba, telefon Ezad berdering. Khairul di talian. 'Yes, khai. Ada apa?' tanyanya sambil membuka cermin mata kaca hitamnya dan meletakkan di kerusi penumpang. 'Eh malam ni kau free tak? Jom join kitaorang karok kat tempat biasa. Ini kali Aiman belanja, dia dah nak kahwin da bro!' kata Khairul. 'Tengokla macam mana. Aku tak janji. Nanti aku call kau balik' jawab Ezad. Dia terus mematikan panggilan. Dia memicit-micit kepalanya sendiri. Akhirnya, setelah puas memikir, dia sudah pun membuat keputusan. Dia segera balik ke rumah. Kelihatan Datin Elina sedang membaca majalah di halaman rumah. 'Ma..' Ezad menyapa sambil menarik kerusi rotan dan duduk. 'Yes?' jawab Datin Elina. 'Ad minta maaf pasal pagi tadi' katanya. Datin Elina tersenyum dan menutup majalah yang dibacanya. Dia melihat wajah anaknya itu. 'Ad tahu tak kenapa mama dan papa nak hantar Ad ke kampung duduk dengan nenek?' tanya Datin Elina. Ezad mendiamkan diri. 'Ad, dulu Ad tak macam ni tau. Dulu Ad baik, tak keluar malam, tak pergi pub. Ad juga yang cakap nak kahwin dengan perempuan yang betul-betul sesuai dijadikan isteri right? So, baliklah kampung. Mama dan papa tak kisah Ad nak kahwin dengan mana-mana pilihan pun. So, pendek cerita sekarang ni Ad ada dua pilihan, 1 Ad mesti kahwin dengan Haiza ataupun Ad balik ke kampung'. Malam itu, Ad tidak dapat tidur lena. Adakah dia perlu berkahwin tanpa rasa cinta ataupun balik ke kampung setelah sekian lama tidak pergi ke sana?
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir
RandomWalaupun Ezad Adrian seorang lelaki yang kaki perempuan, jahil tentang agama dan sukakan wanita-wanita yang cantik namun dia tidak mahu dikahwinkan dengan Haiza Safiyya walaupun dia mempunyai ciri-ciri yang selama ini Ezad inginkan. Haiza Safiyya ad...