PDT26

6.6K 162 1
                                    

Mereka telah sampai di hospital. Orang tua Ezad bersalam-salaman dengan Encik Hisyam dan Puan Aisyah semasa masuk dalam wad. Datin Elina mengusap rambut Wardah yang masih tidak sedarkan diri. 'Macam mana keadaan Wardah? Ada doktor cakap apa-apa? tanyanya. 'Takda apa-apa perkembangan lagi, datin. Doktor tak ada cakap lagi tanda-tanda Wardah untuk sedar dari koma' jawab Puan Aisyah. 'Ishh, takpayahla nak panggil datin. Panggil Elina je' kata Datin Elina sambil memegang bahu Puan Aisyah. 'Baiklah datin. Eh maksud saya, Elina' jawab Puan Aisyah sambil tersenyum. 'Saya dengan isteri saya tak boleh lama kat sini kitaorang mesti selesaikan kerja kat JB sana. Ini ada sikit sumbangan daripada kami. Taklah banyak sangat tapi kami harap ia boleh bantu serba-sikit untuk kos hospital Wardah' kata Datuk Alias sambil menyerahkan sehelai cek berjumlah RM 15 000 pada Encik Hisyam. 'Ya Allah! Banyak sangat ni, Datuk. Saya tak boleh...' belum habis dia menghabiskan ayatnya, Datuk Alias mencelah. 'Tak apa, saya ikhlas. Lagipun Wardah bukan orang lain. Bakal menantu saya juga. Lagi satu, takpayahla nak panggil saya datuk. Panggil Alias je cukup' katanya sambil tergelak menepuk-nepuk bahu Encik Hisyam. 'Terima kasihlah Alias, Elina, Ezad. Susah-susah je. Semoga awak semua sentiasa dilimpahi rezeki oleh Allah s.w.t. dan sentiasa dalam lindunganNya. Nanti kalau ada rezeki lebih, saya bayar. Tapi, bayar ansur-ansurlah. Tak mampu saya nak bayar sekaligus. RM 15 000 bukan sikit ni' kata Encik Hisyam. Datuk Alias tergelak kecil dan berkata 'Amin. Terima kasih atas doanya. Sudahlah tu Syam. Awak tak perlu nak bayar apa-apa. Saya ikhlas. Awak simpan je untuk kos Wardah, kalau ada baki, itu bolehlah untuk awak dan keluarga' jawab Datuk Alias. Mereka meminta izin untuk balik ke rumah. Ezad juga begitu. Mereka balik ke rumah untuk melihat pula keadaan nenek.

Pertama Dan TerakhirWhere stories live. Discover now