Setelah seminggu di Kuala Lumpur, Ezad dan nenek balik ke kampung. Ezad pergi ke rumah Wardah namun Wardah tidak berada di rumah ketika itu. Ezad mencium tangan Encik Hisyam. Ezad duduk dan memulakan bicara. 'Saya tahu mungkin saya ni bukanlah lelaki yang sesuai untuk Wardah. Tapi, yang saya tahu saya sudah jatuh cinta pada Wardah. Encik, puan. Saya janji saya akan jaga Wardah'. Encik Hisyam dan Puan Aisyah memandang antara satu sama lain. 'Ad, takpayahla nak bertuan-puan dengan kami ni. Siapala kami jika nak dibandingkan dengan status Ad sendiri. Macam ni lah, Wardah tu tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki kerana dia sentiasa mengejar cinta Allah s.w.t. sampaikan tidak memberi ruang pada mana-mana lelaki. Kami tak kisah kalau Wardah nak kahwin dengan mana-mana lelaki asalkan lelaki tu boleh menjaga dia sebagaimana kami berdua jaga dia dari kecil hingga dia besar macam sekarang' kata Encik Hisyam. 'Wardah tu satu-satunya anak kami. Walau apapun, kita mesti tanya dia dulu. Makcik dan pakcik tak boleh beri kata putus sekarang. Kalaulah nanti Wardah setuju, kami berharap sangat agar Ad boleh jaga hati Wardah. Jangan sesekali sakitkan hati dia' Puan Aisyah juga sudah mula bersuara. 'Insyaallah pakcik, makcik. Saya tak akan sia-siakan Wardah' jawab Ezad.
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir
RandomWalaupun Ezad Adrian seorang lelaki yang kaki perempuan, jahil tentang agama dan sukakan wanita-wanita yang cantik namun dia tidak mahu dikahwinkan dengan Haiza Safiyya walaupun dia mempunyai ciri-ciri yang selama ini Ezad inginkan. Haiza Safiyya ad...